Top posts

Featured Posts

Jangan sampai Malaysia Madani menjadi Malaysia Maddening, kata dua aktivis terkenal Sabah

                              Kanul Gindol

Kenyataan Bersama
Daniel John Jambun & Kanul Gindol, 21-6-2023

1. Kenyataan Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim beberapa hari lepas bahawa kerajaannya akan memperkasa (empower) semua Pegawai Daerah di Malaysia adalah dialu-alukan, namun jangan setakat memperkasa dengan kuasa dan dana.
                       Daniel John Jambun

2. Memperkasa Pegawai2 Daerah dengan lebih kuasa, dana dan autoriti di kawasan jagaan masing-masing sahaja tidak menjamin keberkesanan perancangan dan penyampaian program dan projek kerajaan kepada sasaran.

3. Nampaknya Perdana Menteri gagal melihat bahawa memperkasa pegawai2 dengan kuasa dan dana tidak akan mencapai apa-apa jika tidak diiringi dengan satu lagi pra-syarat untuk "reset" budaya kerja pekerja awam.

4. Kerajaan Madani sepatut mengangkat "merit" dalam memilih dan memastikan hanya pegawai2 yang bersih, cekap dan beramanah saja dilantik dan dinaikkan pangkat menjaga kawasan2 / daerah seluruh negara.

5. Memperkasa pegawai2 yang sedia malas, bijak curi tulang, rasuah, tiada visi, angkuh mengelak melawat kampung2 dan berjumpa dengan rakyat hanya menghabiskan duit rakyat saja.

6. Di Sabah kita amat dukacita mendengar seseorang pegawai yang terlibat dalam salah guna kuasa dilantik pula menjadi pengarah, bukannya diambil tindakan. Ini mengubah slogan Malaysia Madani menjadi "Malaysia Maddening".

7. Kita juga mendengar sungutan dan laporan ada pegawai2 awam asyik naik ke ibu negeri bahkan ada yang sering mengunjungi tempat-tempat maksiat termasuk kelab2 karaoke dan juga mesin jekpot yang berselerak di ibu negeri.

8. Pegawai2 ini sepatutnya bersama rakyat di kawasan mereka, sebahagian besar masanya sebagai pegawai awam yang diperkasa dengan dana rakyat jelata, siang dan malam.

9. Perdana Menteri perlu memastikan retoriknya diikuti dengan tindakan memastikan hanya pegawai2 yang paling cerdik, rajin dan beramanah diberi tanggung jawab dan autoriti yang besar untuk membasmi kemiskinan dan membawa pembangunan terutama sekali ke kawasan masih mundur atau memerlukan.

Sekian.

Daniel John Jambun ialah Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoFiMaFo) manakala Kanul Gindol Pengerusi Gindol Initiative for Civil Society Borneo

No comments:

Post a Comment

Search This Blog