Ahli Parlimen Pokok Sena
2. Pengakuan bertulis IPIC dan Aabar Investment PJS kepada London Stock Exchange mengesahkan Laporan PAC berhubung kawalan pengurusan tadbir urus 1MDB di muka surat 92 pada para 7.3.12. Para tersebut mencatatkan 1MDB telah mengemukakan Certificate Of Incumbency yang dikeluarkan oleh Offshore Incorporation Limited bagi membuktikan bahawa Aabar Ltd yang berdaftar di British Vergin Islands (BVI) adalah anak syarikat IPIC. Tetapi Jabatan Audit Negara (JAN) mendapati Aabar BVI tidak tersenarai dalam kumpulan IPIC berdasarkan Penyata Kewangan 2013 dan 2014.
3. Pengakuan IPIC dan Aabar Investmen PJS sendiri telah mengesahkan Aabar BVI bukan milik mereka. Persoalannya, adakah sijil daripada Offshore Incorpprotion yang diberikan 1MDB kepada JAN itu palsu, atau adakah 1MDB telah memalsukan sijil tersebut? Daripada mana sebenarnya 1MDB mendapat sijil tersebut? Pada hemat saya, jelas 1MDB telah menipu Jabatan Audit Negara (JAN).
4. Persoalan yang lebih besar ialah kepada siapa wang berjumlah kurang lebih USD3.5 bilion (RM13 bilion) itu dibayar dan akaun mana wang tersebut di depositkan? Jika ke akaun Aabar BVI, siapakah pemiliknya? Adakah pemiliknya JEBON? Kalau bukan ke akaun Aabar BVI, ke akaun mana wang tersebut didepositkan oleh 1MDB dengan kebenaran bertulis Najib? Adakah wang tersebut dideposit ke akaun Pak Man Telo atau kepada akaun Ceti atau akaun Along?
5. Pertanyaan akhir saya, adakah "DERMA" RM2.6 bilion yang diterima PM Najib itu merupakan "DERMA" daripada syarikat Aabar BVI? Syarikat yang JAN, PAC, BANK NEGARA, SPRM, PDRM dan AG tidak tahu siapa pemiliknya? Mungkin JEBON??
#UndurNajib
#RefomNegara
#SelamatkanMalaysia.
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
IJN, 11.00 pagi.
13 April 2016/ 5 Rejab 1437H
No comments:
Post a Comment