Oleh Adam Fistival Wilfrid
Adam (kiri) bersama pengasas Borneo Herald, Kanul Gindol |
“Help Sarawak Fight Against Darkness” itulah tema sebuah usaha yang kini dilakukan oleh My ChangeMakers dan pimpinan KEADILAN dalam usaha untuk menerangi malam yang gelap di Sarawak.
My ChangeMakers sudah menghantar 200 unit solar ke Sarawak dan sebanyak 114 unit solar bakal dibawa dan dipasang di beberapa perkampungan pedalaman Ba’Kelalan, Sarawak pada minggu hadapan. Ekspedisi ini bakal memakan masa selama 4 hari dan 3 malam. Kami akan bergerak sejauh 153 KM untuk tiba di Ba’ Kelalan dengan menggunakan jalan darat melalui daerah Lawas. Turut bersama kami juga ialah beberapa pimpinan pusat KEADILAN.
Kami akan berganding bahu bersama YB Baru Bian dan sukarelawan tempatan untuk memasang solar tersebut. Sukacitanya, seramai 76 buah keluarga di kawasan Buduk Nur, Ba’Kelalan bakal menerima solar tersebut. Selain itu, kami akan bergerak ke perkampungan kampong Batu Rurug dan seramai 24 buah keluarga bakal menerima solar dan begitu juga 14 buah keluarga di perkampungan Long Tuyo.
Sekaligus ini bakal memberi impak perubahan yang besar dalam kehidupan penduduk disana dimana sebelum ini mereka dibebani dengan kos yang besar akibat kebergantungan dengan mesin janakuasa diesel/petrol untuk mendapatkan elektrik.
Sarawak mempunyai 1.2 juta penduduk yang tinggal di luar bandar dengan unjuran 6 235 buah kampung, 200 000 buah rumah. Sebanyak 2216 kampung atau 36 % masih belum menerima bekalan tenaga elektrik. Kekurangan tenaga elektrik ini melibatkan 40 000 buah rumah dan 250, 000 penduduk. Diharap usaha kecil ini mampu memberi perubahan kehidupan rakyat disana.
Pelbagai lagi usaha akan diteruskan oleh My ChangeMakers pada masa hadapan, dan saya menyahut lagi ramai sukarelawan dan malah juga mengalukan orang awam untuk menghulurkan sumbangan untuk perubahan.
Salam perjuangan.
Ini yang terbaik untuk beri keyakinan kpd rakyat Sarawak bahawa Keadilan serius ingin membantu ringankan bebanan rakyat yg selama ini tiada bekalan elektrik di baqah kerajaan BN.. Tahniah My ChangeMakers.
ReplyDelete