Kota Kinabalu: “Wanita Malaysia harus diiktiraf dengan sewajarnya sumbangan besar and pengorbanan mereka di dalam pembangunan Negara. Sebagai salah satu pengiktirafan tersebut, Wanita Keadilan menggesa Kerajaan BN menyalurkan terus sebahagian pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) kepada suri rumah” kata YB. Haniza Talha, Timbalan Ketua Wanita PKR Sabah, dalam suatu sidang media selepas melancar “Petisyen Rakyat Iktiraf Suri Rumah” peringkat Sabah di Kinarut, pada hari Sabtu lalu.
“Mereka memain peranan yang penting mendidik dan membesarkan anak-anak yang bakal menjadi pemimpin Negara, selain menguruskan rumah tangga” ujar YB. Haniza.
Amat penting penerima BR1M adalah wanita bagi memastikan kewangan ini dibelanjakan dengan berhemah pada barang-barang asas rumah yang diperlukan, agar pemberian dapat memberi menafaat dan kesejahteraan pada seluruh keluarga. Lebih-lebih lagi di Sabah dimana kadar kemiskinan adalah yang paling tinggi di Malaysia serta kos keperluan asas rumah yang lebih mahal atas sebab-sebab tertentu termasuk dasar kabotaj nasional.
Wanita juga telah membuktikan bahawa mereka dapat menguruskan perbelanjaan rumah dengan lebih baik dan bertanggungjawab. Justeru itu, suri rumah patut diberi pengiktirafan dalam pengagihan bantuan kewangan bagi membolehkan pembuatan keputusan dalam hal kewangan rumahtangga dikongsi bersama kaum bapa.
Namun, adalah wajarnya kerajaan persekutuan tidak meminggirkan kaum wanita amnya dan suri rumah khasnya, dalam pemberian BR1M. Ini adalah salah satu matlamat asas Petisyen Rakyat.
Dengan ini, kami menyeru saudara/saudari khasnya di Sabah menurunkan tandatangan anda sebagai bukti sokongan kepada petisyen ini dan menggesa kerajaan persekutuan menyalurkan sebahagian BR1M terus untuk suri rumah.
No comments:
Post a Comment