Hasut-menghasut adalah hasil kerja Persekutuan

NAMPAKNYA Kerajaan Najib Razak akan lebih teruk dari kerajaan kuku besi Mahathir Mohamad dulu. Kenyataan Najib akan mengekalkan Akta Hasutan 1948 bukan saja melanggar janji terang bulannya mahu hapuskan akta itu tapi maklah lebih teruk dari itu.

Najib cakap Umno akan menambah lagi kekuatan Akta Hasutan untuk melindungi Islam dan menangkap orang yang berkempen memisahkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi pula dengan angkuh mengulangi kata-kata Najib termasuk untuk menangkap pemimpin Sabah dan Sarawak yang mahu dua negeri itu keluar dari Malaysia yang sebenarnya sudah terbukti sangat merugikan Sabah dan Sarawak lebih 50 tahun ini.

Meminta dikebalikan hak Sabah dan Sarawak seperti dijanjikan pada penubuhan Malaysia pada tahun 1963 bukanlah hasutan.

Malah menarik diri dari Persekutuan juga bukan hasutan. Lihatlah Singapura pun dulu dalam Persekutuan Malaysia tetapi keluar atau lebih tepat dikeluarkan dari Malaysia hanya dua tahun selepas menyertai Persekutuan.

Jadi kalau rakyat Sabah dan Sarawak mahu Perjanjian Malaysia dikaji semula serta kedudukan mereka dalam Malaysia patut diperiksa semula, ini bukan hasutan. Ini hak merekalah lagipun Sabah dan Sarawak sekarang sudah menjadi dua negeri termiskin dalam Malaysia sedangkan mereka sangat kaya dari segi sumber asli.

Memang patutlah suara-suara mahu autonomi dan berkerajaan sendiri semakin kuat didengar sebab rakyat Sabah dan Sarawak yakin kalau mereka sendiri yang mengurus negeri dan rakyat mereka seperti dijanjikan, maka dua negeri itu akan lebih maju, lebih maju dari Malaya sendiri !

Bagaimanapun UMNO memang bongkak, ia tidak takut kepada kemarahan rakyat Sabah dan Sarawak, yang selama ini ia anggap sebagai "simpanan tetap" Barisan Nasional.

Inilah juga silap rakyat Sabah dan Sarawak, mereka lambat berfikir, selalu ketinggalan. Mereka juga menolak peluang yang ada untuk memaksa Malaya tunduk kepada mereka. 

Yang sebenarnya inilah masanya kedua-dua negeri itu bersatu memaksa Najib mendengar semua tuntutan rakyat mereka termasuk mendapatkan semula kedudukan sama taraf dengan Malaya. Tapi beranikah mereka menuntut apa-apa kuasa? 

Yang mereka buat ialah tunggu dan tunggu serta ikut saja, jangan buat bising, tunduk saja, patuh dan setia sepenuhnya kepada bos mereka UMNO.

Namun sekurang-kuraangnya ada seorang Ahli Parlimen dari Sabah yang bersuara iaitu Ghapur Salleh. Beliau jauh lebih baik berbanding MP-MP Kadazandusun dalam BN yang hanya mendiamkan diri, tidak menegur langsung Najib yang terang-terang membelakangkan mereka dalam keputusan mengekalkan Akta Hasutan.

Malunya kalau saya, tapi mereka ini ada malu lagi kah kepada rakyat sendiri. Maximus Ongkili dan Madius Tangau pun macam suara mereka seperti Zahid dan Najib sudah. Apa mahu jadi dengan Sabah sekarang.

Kita tunggu apa tindakan selanjutnya mereka yang berkuasa dalam Akta Hasutan ini. Tingu apakah mereka akan buat dengan kegiatan hasut-menghasut UMNO itu.

3 comments:

  1. Hasut ini malaya supya gaduh dari dalam putrajaya. Najib sekrang makin pening kepala.

    ReplyDelete
  2. Otopot tobpinai Fred.. Yang veteran juga yang berani hentam ini Malaya yang kajam betul kepada SSKM. Kita semua sokong menyuokng antara satu sama lain sekarang Sabah dan sarawak mesti bersatu hati seperti CM Tan Sri Adenan Satem berani pertahankan negara Sarwak dari karakusan kuasa Najib an UMNo yang mahu mati sudah itu. Ngam tobpinai. Bravo

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya kita bkn lambat berfikir tentang permasalan sabahan tetapi kita telah ditekan sehingga bila kita bersuara soal perjanjian malaysia spya dikaji semula akta hasutanlah bekal kita hadapi..memang tdk adil tetapi itu cerita dulu ..kini kita bersama bangkit menentang kezaliman umnobn singkirkan puak puak penjajah ini halau semula balik ke malaya..join the fight go go ssu~uk sskm

    ReplyDelete