Komen-Mengomen Bersama Fredolin E. Lojingki

Saya ucap 'thank you' kepada Borneo Herald sebab bagi 'chance' orang tua buka cerita-cerita pengalaman sebagai orang tua di ruangan ini.

Saya ni sudah veteran pada umur menjangkau 74 saya sudah melihat segala-galanya sekurang-kurangnya di Sabah, bumi tercinta kita ini...

Badan yang sudah tua tetapi hati masih berkobar-kobar semangat ini umpama seorang jejaka melihat gadis melimpas pantang mesti mata kita melihat jua.

Isu-isu yang bermain di dada-dada akhbar kebelakangan ini amat merimaskan saya sebagai orang tua. Banyak perkara tidak betul berlaku di Malaysia dan di Sabah ini. Saya harap pemimpin Sabah jangan sampai hilang arah atau plot kata orang muda.

Isu Laporan RCI yang menyiasat kebanjiran pendatang haram di Sabah belum juga keluar-keluar laporannya sampai sekarang sedangkan laporan sudah siap. Kenapa?

Kenaikan harga barang-barang keperluan asas seperti bahan makanan macam makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Rakyat yang pendapatan kecil paling teruk memikul beban hidup akibat kenaikan kos hidup terus tidak dapat dibendung.

Kenaikan harga minyak petrol 20 sen seliter minggu lepas tidak disangka-sangka terus naik, tiada pengumuman. Mana sudah janji Barisan Nasional tidak akan naikkan harga petrol lagi?

Yang saya hairan lagi kenapa bila harga petrol naik, kerajaan dan rakyat Sabah dan Sarawak patut mendapat peningkatan pendapatan sebab dua negeri ini pengeluar utama petroleum ..

Lagi menghairankan harga minyak memang turun-naik tetapi kenapa naik sahaja, tiada keturunan kalau di Malaysia. Dan, kenapa bila harga petrol turun, harga barangan keperluan dan lain tidak pula turun tapi kekal harga lama?

Memang ada sesuatu yang tidak betul di Malaysia ini.

3 comments:

  1. INI KALI LAH KAWAN kasi taru sama dia orang cukup-cukup bah. Termasuk lah huguan2 yang tidak mau pinsin-pinsin walaupun sudah 40 tahun menyeri YB tapi tiada kecapaian.. bikin block orang muda sahaja maju.

    Mai noh gundohing fred.

    ReplyDelete
  2. Cuba gundohing komen-mengomen itu MP Kota Beleud Raman Dahlan bilang Sabah hanya salah satu negeri spt juga negeri-negeri lain di Semenanjung dan bukan equal partner dalam Malaysia.. Tkasih

    ReplyDelete

  3. Kasi padas lagi bah tobpinai Fredolin.

    Pakai lada Mexico. Bagus nasib tobpinai kena bagi ruang menulis hobi-hobi orang veteran tentu banyak cerita lama yang menarik hati.. Cuba gia cerita pengalaman tobpinai Frdolin time dulu-dulu musim Gipun kaa..

    ReplyDelete