Top posts

Featured Posts

Syarikat Malaya rampas tanah adat Ulu Sugut


Dari wartawan lokaliti

RANAU: Perkampungan Ulu Sugut kini berada dalam krisis rampasan tanah oleh sebuah syarikat dari Malaya.
Kompeni sudah sampai di kampung dan sedang meradu getah dan tanah orang kampung.
Memang mereka cukup bersedia kerana siap dengan dua bas penuh dengan kaki pukul,6 buah kereta,2 lori dan satu hitachi.
Kami buntu kerana apabila kami hubungi wakil rakyat tiada respon. Mungkin pagi esok beberapa ekar getah akan siap diradu.
Kampung Sinurai, Wayan dan Malinsou dirampas tanah oleh syarikat sawit Malaya.

Wakil penduduk Ulu Sugut terbabit telah ke balai polis Ranau, untuk membuat laporan polis. Dianggarkan dalam 100 orang yang disyaki orang asing berada di kampung Sinurai, Ulu Sugut.
Syarikat ini sudah memulakan kerja penebangan getah orang-orang kampung bermula kemarin (25 Sept 2014).

1 comment:

  1. Ke manakah YB Ranau Ewon Ebin, ADUN Kundasang Joachim Gunsalam tidak muncul mempertahakan tanah adat orang Dusun mereka sendiri??
    Pengecut dan pentingkan diri sendiri saja.

    ReplyDelete

Search This Blog