Apabila pemimpin-pemimpin kita menjadi "talibarut" Malaya, apa telah
terjadi?. Sila baca artikel yang sangat menarik oleh saudara Zainnal
Ajamain di bawah ini:
Politik Proxi di Malaysia Bagaimana impaknya di Sabah dan Sarawak Jika kita memerhatikan politik di Amerika Syarikat kita melihat bahawa polisi yang sama dijalankan walaupun pelakon yang berbeza duduk di Rumah Putih. Kami memerhatikan politik jenis sama yang dimainkan di Malaysia. Ia bukan mengenai sistem dua parti, ia bukan sistem penentu (Kingmaker) dan ia bukan satu negara dua sistem. Ia adalah mengenai sifat ketamakan jelas dan nyata dan siapa yang berkuasa mengawal kekayaan di Malaysia. Ini adalah kebenarannya terutama sekali apabila dasar Malaya ke atas Sabah dan Sarawak. Bagaimana ini dimainkan? Ia adalah sangat mudah, hanya perlu melihat daripada gambaran yang lebih besar. Politik PAKATAN (PR) dan Barisan Nasional (BN) apa yang sebenarnya perjuangan mereka? Saya yakin dan pasti ia bukan kerana mereka mengambil berat tentang rakyat khususnya rakyat di Sabah dan Sarawak, saya yakin dan pasti ia bukan kerana mereka mahu menjadikan Malaysia lebih kuat. Kedua dua mereka berjuang untuk mendapatkan kuasa, ini sudah jelas dan pasti. Mereka berjuang untuk mendapatkan kuasa dan hak untuk mengawal Sabah dan Sarawak. Dengan ini mereka boleh mengambil apa sahaja kekayaan yang mereka mahu – mereka tidak peduli dengan undang-undang, mereka tidak hiraukan dengan Perjanjian Malaysia 1963–mereka tau tindakan mereka akan disokongan oleh Professor Kangkung dan SiTanggangs dari Sabah dan Sarawak. Semua ini bermula apabila Ketua Menteri Sarawak sekarang bersara YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meninggalkan legasi beliau kepada Ketua Menteri penggantinya. Legasi beliau berbentuk dua perkara utama. Pertama, untuk tidak membenarkan UMNO daripada memasuki Sarawak dan kedua, untuk menegakkan perlindungan yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 - tidak lebih dan tidak kurang. Reaksi seruan ini satu kejutan besar kepada Kuala Lumpur dan ini dicerminkan oleh kekeliruan dan ketakutan mereka. Kadir Jasin membuat teguran pertama dengan mengatakan bahawa Taib menghina UMNO, beliau sebenarnya melakukan bidaan Mahathir untuk menunjukkan kelemahan kepimpinan Najib. Sebaliknya, kenyataan beliau makan tuan apabila rakyat Sabah dan Sarawak tidak mengambil kenyataan ini sebagai satu amaran kepada Taib sebaliknya melihat Taib sebagai orang yang menolak UMNO dan menegakkan perlindungan di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Kejutan sama berlaku kepada rakyat di Sabah dan Sarawak, satu perasaan gabungan tidak percaya dan kemeriahan. Sesetengah orang di Sabah dan Sarawak berhati-hati kerana mereka melihat perwatakan Taib dan rekod yang tidak baik, tetapi rata rata rakyat Sabah dan Sarawak melihat beliau sebagai Ketua Negara berani dan melihat implikasi seruan beliau. Pemegang politik Taib yang kukuh di Sarawak mewajarkan sokongan rakyat dari Sabah dan Sarawak sekiranya beliau boleh mengekalkan seruan ini. Sarawak kini menerajui usaha untuk menjadikan Malaysia kuat atau untuk menjadikan Malaysia terburai–usaha seterusnya perlu di lakukan oleh Kuala Lumpur. Sebaliknya kerajaan BN/UMNO tidak bertindak balas kepada kenyataan ini, kerajaan BN/UMNO tidak mempunyai pilihan, mereka hanya boleh mengucapkan terima kasih kepada Taib dan tahniah kepada Adenan Satem. Ini menyebabkan keadaan dimana pembangkang yang datang untuk menyelamatkan keadaan untuk Malaya. Pukulan pertama adalah seruan PR kepada Duli Yang Maha Mulia dan Perdana Menteri supaya tidak melantik Taib sebagai Yang Di Pertua Negeri Sarawak sebelum selesai siasatan keatas beliau yang dijalankan oleh SPRM. Ini masih tidak mencukupi mereka manghantar pula bekas Profesor Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari, yang juga seorang pakar Perlembagaan untuk menegaskan bahawa kedua-dua negeri ini tidak boleh menarik diri dari Malaysia berdasarkan Artikel2 Perlembagaan Malaysia. Idea ini telah dibukti tidak berasas dalam penulisan ini. Kemudian datang pula Menteri Perumahan Kesejahteraan Bandar Abdul Rahman Dahlan yang kebetulan datang dari Tuaran, Sabah memberi amaran bahawa sebarang perbincangan mengenai isu pemisahan dianggap sebagai menghasut dan ini adalah salah mengikut undang undang negara. Amaran ini juga dibukti tidak berasas dalam penulisan ini. Terkini daripada Angkatan Perubahan Sabah (APS) Wilfred Bumburing yang secara terbuka menyatakan bahawa pemisahan dari Malaysia adalah tidak praktikal kerana "ancaman" dari dalam dan luar Sabah. Tumpuan beliau adalah mengenai tuntutan Sulu yang pada asasnya mengingatkan orang ramai pencerobohan Tonduo pada 2013. Hujah balas kepada isu ini seperti yang tertera di bawah: PencerobohanTonduo 2013 menyedarkan majoriti rakyat Malaysia di Sabah bahawa kerajaan BN/UMNO tidak lagi mampu untuk menjaga keselamatan di Sabah. Ini adalah berdasarkan kepada fakta-fakta mudah yang berikut : 1. Bagaimana mungkin boleh berlaku dimana dari satu kampung air 4,928 buah rumah dengan penghuni 24,931, 58 % adalah terdiri daripada penduduk bukan warganegara? Hakikat bahawa mereka telah ada sekian lama tinggal di situ mencerminkan kemampuan kerajaan untuk menjamin keselamatan dan sempadan Sabah tidak bolos. 2. Kelewatan kerajaan BN/UMNO untuk menyelesaikan pencerobohan Tonduo tidak meyakinkan rakyat Sabah. Terdapat hanya kira-kira 100 penceroboh namun kerajaan BN/UMNO perlu menggunakan Jet pejuang dan pengeboman keatas 100 penceroboh - yang juga bermakna kerajaan BN/UMNO perlu menghabiskan perbelanjaan kira-kira RM100,000 bagi setiap penceroboh. Adakah ini setakat kemampuan dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia? Adakah ini sebab Malaysia dibebani dengan hutang? Nampaknya kerajaan lebih cenderung menggunakan godam untuk membunuh lalat. 3. Sabah dan Sulu telah wujud beribu-ribu tahun, namun sepanjang sejarah ini –bila mana Sabah berada di bawah pemerintahan Empayar Sulu? Atau bila pernah Pantai Timur Sabah termasuk di bawah perintah Sulu? Jika jawapannya adalah tidak pernah - mengapa Wilfred Bumburing takutkan perkara ini terjadi? 4. Cuba lihat contoh Singapura, sebuah pulau kecil terletak di antara Indonesia dan Malaya - Singapura bukan sahaja tidak bermasalah, mereka juga berjaya. Sabah dan Sarawak adalah lebih besar daripada Singapura dan lebih banyak sumber semula jadi daripada Singapura - kenapa Sabah dan Sarawak memerlukan Malaya untuk menjaga kita - adakah 51 tahun masih tidak cukup masa bagi kita untuk membuat pilihan, adakah Sabah dan Sarawak kekurangan orang berkebolehan dan kemampuan? Ini adalah satu contoh yang jelas dan nyata kepada rakyat di Sabah dan Sarawak yang mana jua yang di pilih dari Malaya mereka akan menggunakan polisi yang sama. Dasar sebegini hanya mampu menyatakan bahawa rakyat di Sabah dan Sarawak tidak tahu bagaimana untuk menjaga kekayaan kita sendiri. Malaya mahu kita percaya bahawa mereka adalah satu-satunya yang boleh menjaga kebajikan kita dan perkembangan kita. Seperkara yang menyedihkan adalah bahawa Malaya juga terus berkempen memburuk-burukkan dan membesar-besarkan isu terhadap Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Ini ia lah satu kempen untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada apa yang benar-benar berlaku – di mana rakyat Sarawak asik dengan kempen ini, rakyat tidak mengambil perhatian terhadap hasil minyak dan gas yang dikeluarkan oleh Malaya. Ini adalah kerana di situlah wang, ia bukan pembinaan Empangan atau Balak. Rakyat di Sabah dan Sarawak perlu sedar dengan fakta-fakta ini - akan ada orang yang tidak berpuas hati apabila kita sudah merdeka. Zainnal Ajamain Zainnal Ajamain adalah seorang pakar ekonomi, menamatkan pengajian dengan ijazah Sarjana dari University of East Anglia. Beliau telah memegang beberapa jawatan perkhidmatan awam diperingkat kanan dan “think tank” kerajaan da nbeliau juga telah bekerja sebagai pensyarah universiti, penyelidik kanan, broker saham, dan jururunding ekonomi dan menerbitkan beberapa kertas kerja dalam jurnal media antarabangsa. Beliau juga merupakan penulis bersama di belakang wawasan Kerajaan Sabah untuk pembangunan dan kemajuan Koridor Pembangunan Sabah dan pembentuk Dana Islam luar pesisir pertama di Labuan. Beliau juga memegang jawatan Felo Penyelidik Kanan diPusat Remote Sensing danSistem Maklumat Geografidi Universiti Malaysia Sabah. Beliau adalah Co-Pengasas United Borneo Fron t(UBF) dan seorang aktivis untuk menghapuskan Dasar Kabotaj. Beliau juga merupaka nKetua Setiausaha sebuah parti politik yang baru ditubuhkan di Sabah. |
No comments:
Post a Comment