Tuan Speaker,
Terima kasih kerana memberikan
saya peluang membahas Budget 2014 yang baru sahaja dibentangkan oleh YAB Ketua
Menteri merangkap menteri Kewangan pada 15/11/2013
Pembentangan dan persembahan
Budget 2014 oleh YAB Ketua Menteri sangat mengkagumkan kerana dia telah
melukiskan satu senario yang sedap
didengar dan dibayangkan untuk mendodoikan kita semua di Dewan yang mulia ini –
budget yang terbesar : hasil yang meningkat 20% atas persembahan itu saya
ucapkan tahniah kepada YB Menteri Kewangan.
Jika kita menganalisa
fakta-fakta Belanjawan 2014 ini, kita akan melihat dan memahami dengan lebih
jelas lagi senario kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Sabah yang sebenarnya,
Yang Jelas,
a) Budget 2014 adalah budget yang mempunyai DEFISIT yang TERBESAR
dalam sejarah
(RM 1,039J)
b) Kedudukan Kewangan Negeri Sabah tidak kukuh hanya bergantung
kepada dua Komoditi (50.5%)
- Cukai Jualan minyak sawit (20%)
- Royalty Petroleum (30.5%)
Yang mana YAB Ketua Menteri
mengakui tertakluk kepada pasaran global.
c) Hasil Negeri telah menurun bukan meningkat sepertimana yang
kita dengar – iaitu:-
2013 - RM3,828 juta
2014 – RM3,583 juta
d) Hutang Negeri Sabah akan meningkat daripada RM500 juta kepada
RM1,000 juta tidak termasuk hutang kepada Kerajaan Pusat.
DEFICIT FINANCED BY
BOND/BORROWING
This is a bad financial
management
- Increasing expenditure
- Decreasing income
- 50% of Income dependent on 2 commoditis subject to external factors
- deficit financed by borrowing
STATE SHOULD TAP POTENTIAL
REVENEUS
Kerajaan Sabah mempunyai banyak
sumber untuk menambahbaik kedudukan kewanganya : -
Paling mudah – tuntut hak
kewangan Sabah dalam Persekutuan,
Ada tiga (perkara) sumber
kewangan yang boleh diambil kira oleh kerajaan Sabah.
1. Pemulangan 40% Hasil Bersih Yang Dipungut Dari Sabah
40% Hasil Bersih (Jadual Ke-10
Perlembagaan Persekutuan) Page 326/327 Fed. Con)
Kerajaan Sabah berhak untuk
menuntut 40% daripada hasil Bersih (Net Revenue) yang kerajaan Pusat pungut
dari Sabah.
40% ini boleh memulangkan
paling sedikit RM10 billion kepada Sabah e.g. (40% x [28b – 3b] = 10b (2012)
2. Royalti Minyak
Kerajaan Sabah dan Persekutuan
masing-masing menerima 5% Royalti pada masa sekarang.
Kerajaan Pusat sebenarnya tidak
perlu menerima 5% Royalti ini sebab ianya sudah menerima keuntungan daripada
dividen khas sebanyak RM30 bilion setahun dari Petronas yang dimiliki 100% oleh
Kerajaan Pusat yang juga menerima wang cukai sebanyak melebih RM30 bilion
daripada keuntungan Petronas.
Maka kerajaan Sabah bolehlah
memujuk kerajaan Pusat untuk memberi dan memindahkan Royalti tambahan 5% ini
serta merta daripada Pusat tanpa menjejas kedudukan mana-mana pihak termasuk
Petronas. Bayaran 5% ini serta merta
akan menambah hasil Sabah dengan RM1.4 bilion.
Dengan hubungan baik yang
dikatakan ujud diantara Kerajaan Negeri Sabah dan Pusat saya percaya Ketua
Menteri boleh melakukannya demi kebaikan dan kepentingan Sabah yang kita cintai
ini.
Jika ini berlaku Kerajaan Sabah
boleh lipatgandakan hasil Sabah daripada RM1.4 bilion kepada RM2.8 bilion
dengan serta merta.
3. Cukai Tanah Petronas
Petronas menggunakan Tanah
kawasan Sabah untuk mencarigali dan menjalankan operasinya tetapi sehingga hari
ini tidak mendapat sewa tanah daripada Petronas. Oleh sebab itu Kerajaan Sabah
berhak untuk menerima atau memungut sewa daripada sumber ini.
Jika kerajaan Sabah mengenakan
cukai tanah keatas tanah-tanah yang diusahakan oleh Petronas dan syarikat
minyak antarabangsa yang berusahasama dengan Petronas, kemungkinan besar, hasil
Sabah akan bertambah dengan berpuluh-puluh juta Ringgit Malaysia.
Sebenarnya, Bajet 2014
seharusnya berjumlah RM20 bilion jika dibandingkan dengan Bajet Negara Brunei
tahun 2013/2014 sebanyak RM15.677 bilion (Brunei Dollar BD6.1 bilion) dan
Singapura dimana Bajet 2013/2013 ada RM142.12 bilion (SGD55.03 bilion).
Tuan Speaker,
Menyatakan tentang Budget 2014
saya ingin bertanya tentang beberapa perkara,
1. Mengapa Peruntukan pembangunan untuk Kementerian-kementerian
tertentu tidak diletak atau dikawal oleh Kementerian Kewangan secara
langsung?..
Contohnya:-
a) Kementerian Pertanian RM139
juta ( table on page 12 – CM’s Speech)
Tetapi dalam huraiannya, YAB Ketua Menteri berkata Kementerian
ini mempunyai RM247 juta untuk pembangunan Pemakanan
b) Kementerian Pelancongan RM
17.87 juta (Table)
Tetapi RM 223.99 juta (dalam huraian)
c) Infrastruktur RM
1,583.65j (huraian)
Tetapi RM 298.59 (Table)
Adakah ini bermaksud
Menteri-Menteri ini tidak boleh diharap atau Menteri Kewangan mahu kontrol
semua peruntukkan tersebut?
SECURITY/KESELAMATAN
Tuan Speaker,
Baru-baru ini berlakunya
pembunuhan dan penculikan pelancong-pelancong Taiwan di Pulau Pom-Pom,
Semporna, anehnya tempat ini ianya 1km jauh daripada Pasukan Keselamatan Awam (PKA)
Kenapa ini masih berlaku
sedangkan Kerajaan Pusat baru sahaja meletakkan 7 BATTALION di ESSZONE Sabah?
Jika pembunuhan ini boleh
berlaku di Pusat Pelancongan di Semporna apakah jaminan Kerajaan yang
perkara/kejadian tidak akan berlaku di tempat-tempat yang lain?
Tuan Speaker,
Negeri Sabah sudah terkenal di
seluruh dunia sekarang bukan sahaja di Malaysia dengan IC Palsu dan Projek IC.
SABAH PALSU!
Nampaknya segala-gala yang
palsu semuanya datang dari Sabah.
- IC Palsu
- Nama Palsu -
Harian Bte Duakali Lima, Donald Duck, Batman Bin Superman
- Nationality Palsu
- Gigi Palsu
BUKA AKAUN TIDAK PALSU
JADI SECURITY GUARD TIDAK PALSU
DIBERI SENAPANG DAN SENJATAPI
TIDAK PALSU
UNDI PRU TIDAK PALSU, TAPI BILA
MEROMPAK DAN MEMBUNUH SEMUANYA JADI PALSU, KENAPA?
Saya nak tanya,
Apakah tindakan Kerajaan untuk
membentras masalah ini?
Tarik balik semua IC dan
keluarkan IC baru } SETUJU?
Apa sebenarnaya peranan ESSCOM?
Dimana sudah jaminan
Keselamatan Kerajaan Pusat yang bertanggungjawab ke atas keselamatan dalam
Negeri?
Tidakkah Kerajaan Negeri Sabah
dapat terfikir untuk memainkan peranannya dalam Keselamatan Tanah Air kita?
“ Do you trust the Fed. Govt
(which is controlled by Malaya 100%)?
Darimana datangnya IC-IC palsu
ini?
Bukti-bukti yang kita dengar
dalam RCI Hearing menunjukkan wujudnya Project IC
Dan peranan Kerajaan
Pusat/Pemimpin-pemimpin pusat dalam pemberian IC/MyKad ini kepada pendatang
asing dan PTI-PTI.
Mungkin tiba masanya untuk
Kerajaan Sabah mempertimbangkan dan mengujudkan Kementerian dan Jabatan
Keselamatan Tanah Air untuk menambahbaik kawalan keselamatan di Sabah dan tidak
lagi bergantung 100% kepada Kerajaan dan agensi-agensi pusat. Sambil itu juga mengeluarkan Sabah IC kepada
warga Sabah yang tulen sebab semua warga Sabah adalah warga Malaysia tetapi
bukan semua warga Malaysia adalah warga Sabah.
Tuan Speaker,
Baru-baru ini PENGARAH JKR
telah mengumumkan keperluan mendesak untuk membaiki Jalanraya yang melebihi RM
2 bilion dan sebanyak RM700 juta untuk meningkat tarak 65 Jambatan-jambatan dii
Sabah tetapi Kerajaan Sabah dan Belanjawan ini hanya memperuntukkan RM298 juta
sambil Kerajaan Pusat dalam Budget Nasional 2014 pula hanya memperuntukkan RM2
bilion bagi Sabah dan Sarawak.
Adakah Kenyataan dan permintaan
Pengarah JKR tidak diperdulikan oleh Kerajaan Sabah?
Bagaimana pula dengan Kemajuan
sektor Pertanian? Khususnya Petani Padi (dimana 60-70% daripada golongan
miskin)
- Some improvement in irrigation, Yes. But the yield/ha has
remained static at ¾ tons/acre
No improvement at all – “ IRI
OM IRI”
Ini langsung tidak setanding
dengan hasil pengeluaran di Semenanjung dimana hasilnya diantara 8 hingga 14
ton/se hektar.
What happened?
You give them RM200/acre, How
has it helped when yield remain the same.
Is the Sabah Govt, neglecting
research & development in agriculture especially Padi?
Kerajaan memberi bantuan RM200
seekar, ini tidak berkesan jika hasil pengeluaran masih sama dengan dulu dan
tidak bertambah baik.
Adakah Kerajaan Sabah
mengabaikan dan tidak mementingkan penyelidikan dan pembangunan (Research and
Development) dalam hal pertanian amnya penanaman padi khasnya.
I suggest the Govt do more in
the area of mechanization and the application of modern technology to improve
production and yields in the padi sector.
- MARDI
Tuan Speaker,
Satu diantara objektif
Belanjawan 2014 ialah pembasmian Kemiskinan ,
Tiap-tiap tahun objektif ini
ada dan Kerajaan Negeri telah menceritakan kejayaannya untuk menurunkan kadar
kemiskinan ini, namun Sabah masih lagi terkenal sebagi Negeri yang termiskin di
Malaysia mengikut Laporan EPU, Jabatan
Perdana Menteri Malaysia sendiri.
- Isirumah Miskin tegar – 15,805 orang (Negara)
- Isirumah Miskin – 108,000 (Negara)
- Isirumah Miskin Tegar di Sabah - 8,457 orang (53.5%)
- Di Sarawak – 1,801 orang (11.4%)
Bagi isi rumah miskin pula
Sabah - 42,400 (39.3%) – Terbesar
Sarawak - 12,600
(11.7%) – No. 2
Ini bermakna Negeri Sabah dan
Sarawak kedua-duanya pengeluar minyak adalah juga negeri-negeri yang paling
miskin di Malaysia.
Lebih separuh (51.11%) (55,000)
isi rumah miskin di Malaysia berada di Sabah dan Sarawak.
Dan lebih 64.9% atau 10,258 isi
rumah miskin tegar adalah di Borneo – Sabah/Sarawak
(Garis Kemiskinan : SM :
RM 763/-
SABAH : RM1,048/-
SARAWAK : RM912/-
Tuan Speaker,
Persoalannya Apakah Kerajaan puas hati dengan keadaan ini,
Apakah yang perlu kita bangga.
APA STRATEGI BARU ?
= “IRI OM IRI”
Dengan budget yang terbesar
dalam sejarah tetapi dalam masa yang sama Sabah Kita masih lagi digelar sebagai
Negeri yang termiskin di Malaysia!
Sebab itu Tuan Speaker,
Kerajaan Sabah perlu sedar bahawa selama ini Sabah telah terlalu bergantung
kepada Kerajaan Pusat.
Tanpa sedar kita telah
membenarkan kuasa autonomi kita hilang kerana jawatan dan kedudukan serta
keistemewaan. Pemimpin-pemimpin telah
hilang perjuangan untuk mempertahankan Kuasa-kuasa dan hak –hak kemerdekaan
Sabah kita ini.
Maka itu, saya ingin bertanya
pendirian Kerajaan Sabah ke atas Perkara-perkara berikut:
1. Isu Pengkajian semula atau Review of The Malaysia Agreement
1963 (MA63) – kerana review ini sepatutnya berlaku 40 tahun yang lalu.
Apakah Kerajaan Sabah berhasrat
untuk berbuat demikian dan apakah langkah/tindakan Kerajaan Sabah untuk
memastikan ini berlaku?
2. Apakah usaha Kerajaan Sabah untuk mempastikan :-
- Program Borneonisasi dijalankan sepenuhnya
- Apakah pendirian Kerajaan Sabah terhadap Pemindahan /
transfer of judges & magistrates KDM yang luarbiasa ke Semenanjung?
- Bukankah ini bertentangan dengan program/dasar Borneonisasi?
CABOTAGE DAN DUBAI OF THE FAR
EAST
Baru-baru ini YAB Ketua Menteri
telah memberi jaminan kepada Federation of Sabah Industries (FSI) (dulu
Federation of Sabah Manufacturers) bahawa Kerajaan Sabah akan menyokong
menjadikan Sabah/Kota Kinabalu sebagai “Dubai of the Far East” dimana Kota
Kinabalu akan dijadikan sebagai hub perkapalan dan perdagangan – “Hub of the
Far East”. Konsep dan cadangan ini
adalah hebat dan boleh mentransformasikan Sabah dan ekonomi Sabah.
Saya ingin menanya disini
bagaimana Kerajaan Sabah boleh membantu melaksanakan cadangan FSI. Untuk menjadikan cadangan dan impian Hub of
the Far East sebagai realiti, memang adanya banyak halangan dan rintangan dan
yang terutama sekali adalah Dasar Kabotaj Persekutuan.
Adakah sokongan YAB Ketua
Menteri ini bermakna Kerajaan Sabah akan berunding dengan Kerajaan Pusat supaya
Dasar Kabotaj itu dimansuhkan.
Sekiranya ini berlaku, saya
akan “salute/tabik” kepada Kerajaan Sabah kerana tindakan ini akan membuka
jalan yang luas untuk membangunkan perindustrian di Sabah.
- Akan membuka rintangan dan menarik lebih banyak lagi
pelabur-pelabur ke Sabah
- Mengurangkan kos pelaburan
- Mengurangkan kos hidup rakyat
- Mengujudkan lebih banyak industri dan kilang-kilang
- Menambahkan peluang pekerjaan
- Menambah daya saingan untuk semua sektor di Sabah
Maka saya ingin menanya “Apakah
tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Sabah untuk melaksanakan Sabah/Kota
Kinabalu sebagai Hub of the Far East?”.
individu seperti inilah yang layak, selayak-layaknya dipanggil pemimpin dan wakil rakyat..gelaran YB(yang berhormat, yang berkerja, yang berkomitmen, yang berkebijaksanaan etc.) sangat bertepatan untuk pemimpin seperti ini...saya tidak pernah menyesal memberikan sokongan kepada beliau selama ini...
ReplyDeleteDr.Jeff you are my hero...keep it up..thumbs up from me..thanks..