Top posts

Featured Posts

UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2014 OLEH DATUK DR. JEFFREY KITINGAN, ADUN BINGKOR

Tuan Speaker,
Terima kasih kerana memberikan saya peluang membahas Budget 2014 yang baru sahaja dibentangkan oleh YAB Ketua Menteri merangkap menteri Kewangan pada 15/11/2013

Pembentangan dan persembahan Budget 2014 oleh YAB Ketua Menteri sangat mengkagumkan kerana dia telah melukiskan satu senario  yang sedap didengar dan dibayangkan untuk mendodoikan kita semua di Dewan yang mulia ini – budget yang terbesar : hasil yang meningkat 20% atas persembahan itu saya ucapkan tahniah kepada YB Menteri Kewangan.

Walaubagaimanapun, saya tidak melihat kebenaran itu . Benarkan saya, Tuan Speaker, untuk memberi penjelasan.

Jika kita menganalisa fakta-fakta Belanjawan 2014 ini, kita akan melihat dan memahami dengan lebih jelas lagi senario kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Sabah yang sebenarnya,

Yang Jelas,
a)       Budget 2014 adalah budget yang mempunyai DEFISIT yang TERBESAR dalam sejarah
(RM 1,039J)

b)       Kedudukan Kewangan Negeri Sabah tidak kukuh hanya bergantung kepada dua  Komoditi (50.5%)
-        Cukai Jualan minyak sawit (20%)
-        Royalty Petroleum (30.5%)
Yang mana YAB Ketua Menteri mengakui tertakluk kepada pasaran global.

c)       Hasil Negeri telah menurun bukan meningkat sepertimana yang kita dengar – iaitu:-
2013  - RM3,828 juta
2014 – RM3,583 juta

d)       Hutang Negeri Sabah akan meningkat daripada RM500 juta kepada RM1,000 juta tidak termasuk hutang kepada Kerajaan Pusat.



DEFICIT FINANCED BY BOND/BORROWING

This is a bad financial management
-        Increasing expenditure
-        Decreasing income
-        50% of Income dependent on 2 commoditis subject to external         factors
-        deficit financed by borrowing

STATE SHOULD TAP POTENTIAL REVENEUS

Kerajaan Sabah mempunyai banyak sumber untuk menambahbaik kedudukan kewanganya : -
Paling mudah – tuntut hak kewangan Sabah dalam Persekutuan,
Ada tiga (perkara) sumber kewangan yang boleh diambil kira oleh kerajaan Sabah.

1.      Pemulangan 40% Hasil Bersih Yang Dipungut Dari Sabah

40% Hasil Bersih (Jadual Ke-10 Perlembagaan Persekutuan) Page 326/327 Fed. Con)
Kerajaan Sabah berhak untuk menuntut 40% daripada hasil Bersih (Net Revenue) yang kerajaan Pusat pungut dari Sabah.

40% ini boleh memulangkan paling sedikit RM10 billion kepada Sabah e.g. (40% x [28b – 3b] = 10b (2012)

2.      Royalti Minyak

Kerajaan Sabah dan Persekutuan masing-masing menerima 5% Royalti pada masa sekarang.

Kerajaan Pusat sebenarnya tidak perlu menerima 5% Royalti ini sebab ianya sudah menerima keuntungan daripada dividen khas sebanyak RM30 bilion setahun dari Petronas yang dimiliki 100% oleh Kerajaan Pusat yang juga menerima wang cukai sebanyak melebih RM30 bilion daripada keuntungan Petronas.

Maka kerajaan Sabah bolehlah memujuk kerajaan Pusat untuk memberi dan memindahkan Royalti tambahan 5% ini serta merta daripada Pusat tanpa menjejas kedudukan mana-mana pihak termasuk Petronas.   Bayaran 5% ini serta merta akan menambah hasil Sabah dengan RM1.4 bilion.

Dengan hubungan baik yang dikatakan ujud diantara Kerajaan Negeri Sabah dan Pusat saya percaya Ketua Menteri boleh melakukannya demi kebaikan dan kepentingan Sabah yang kita cintai ini.

Jika ini berlaku Kerajaan Sabah boleh lipatgandakan hasil Sabah daripada RM1.4 bilion kepada RM2.8 bilion dengan serta merta.

3.      Cukai Tanah Petronas

Petronas menggunakan Tanah kawasan Sabah untuk mencarigali dan menjalankan operasinya tetapi sehingga hari ini tidak mendapat sewa tanah daripada Petronas. Oleh sebab itu Kerajaan Sabah berhak untuk menerima atau memungut sewa daripada sumber ini.

Jika kerajaan Sabah mengenakan cukai tanah keatas tanah-tanah yang diusahakan oleh Petronas dan syarikat minyak antarabangsa yang berusahasama dengan Petronas, kemungkinan besar, hasil Sabah akan bertambah dengan berpuluh-puluh juta Ringgit Malaysia.

Sebenarnya, Bajet 2014 seharusnya berjumlah RM20 bilion jika dibandingkan dengan Bajet Negara Brunei tahun 2013/2014 sebanyak RM15.677 bilion (Brunei Dollar BD6.1 bilion) dan Singapura dimana Bajet 2013/2013 ada RM142.12 bilion (SGD55.03 bilion).

Tuan Speaker,
Menyatakan tentang Budget 2014 saya ingin bertanya tentang beberapa perkara,

1.       Mengapa Peruntukan pembangunan untuk Kementerian-kementerian tertentu tidak diletak atau dikawal oleh Kementerian Kewangan secara langsung?..

Contohnya:-
a)       Kementerian Pertanian            RM139 juta ( table on page 12 – CM’s Speech)
       Tetapi dalam huraiannya, YAB Ketua Menteri berkata Kementerian ini mempunyai RM247 juta untuk pembangunan Pemakanan

b)       Kementerian Pelancongan                 RM 17.87 juta (Table)
Tetapi     RM 223.99 juta (dalam huraian)

c)       Infrastruktur                           RM 1,583.65j (huraian)
Tetapi   RM 298.59 (Table)

Adakah ini bermaksud Menteri-Menteri ini tidak boleh diharap atau Menteri Kewangan mahu kontrol semua peruntukkan tersebut?

SECURITY/KESELAMATAN

Tuan Speaker,
Baru-baru ini berlakunya pembunuhan dan penculikan pelancong-pelancong Taiwan di Pulau Pom-Pom, Semporna, anehnya tempat ini ianya 1km jauh daripada Pasukan Keselamatan Awam (PKA)

Kenapa ini masih berlaku sedangkan Kerajaan Pusat baru sahaja meletakkan 7 BATTALION di ESSZONE Sabah?
Jika pembunuhan ini boleh berlaku di Pusat Pelancongan di Semporna apakah jaminan Kerajaan yang perkara/kejadian tidak akan berlaku di tempat-tempat yang lain?

Tuan Speaker,

Negeri Sabah sudah terkenal di seluruh dunia sekarang bukan sahaja di Malaysia dengan IC Palsu dan Projek IC.

SABAH PALSU!
Nampaknya segala-gala yang palsu semuanya datang dari Sabah.
-        IC Palsu
-        Nama Palsu          - Harian Bte Duakali Lima, Donald Duck, Batman Bin Superman
-        Nationality Palsu
-        Gigi Palsu

BUKA AKAUN TIDAK PALSU
JADI SECURITY GUARD TIDAK PALSU
DIBERI SENAPANG DAN SENJATAPI TIDAK PALSU
UNDI PRU TIDAK PALSU, TAPI BILA MEROMPAK DAN MEMBUNUH SEMUANYA JADI PALSU, KENAPA?

Saya nak tanya,
Apakah tindakan Kerajaan untuk membentras masalah ini?
Tarik balik semua IC dan keluarkan IC baru   } SETUJU?

Apa sebenarnaya peranan ESSCOM?
Dimana sudah jaminan Keselamatan Kerajaan Pusat yang bertanggungjawab ke atas keselamatan dalam Negeri?

Tidakkah Kerajaan Negeri Sabah dapat terfikir untuk memainkan peranannya dalam Keselamatan Tanah Air kita?
“ Do you trust the Fed. Govt (which is controlled by Malaya 100%)?

Darimana datangnya IC-IC palsu ini?
Bukti-bukti yang kita dengar dalam RCI Hearing menunjukkan wujudnya Project IC
Dan peranan Kerajaan Pusat/Pemimpin-pemimpin pusat dalam pemberian IC/MyKad ini kepada pendatang asing dan PTI-PTI.

Mungkin tiba masanya untuk Kerajaan Sabah mempertimbangkan dan mengujudkan Kementerian dan Jabatan Keselamatan Tanah Air untuk menambahbaik kawalan keselamatan di Sabah dan tidak lagi bergantung 100% kepada Kerajaan dan agensi-agensi pusat.   Sambil itu juga mengeluarkan Sabah IC kepada warga Sabah yang tulen sebab semua warga Sabah adalah warga Malaysia tetapi bukan semua warga Malaysia adalah warga Sabah.

Tuan Speaker,
Baru-baru ini PENGARAH JKR telah mengumumkan keperluan mendesak untuk membaiki Jalanraya yang melebihi RM 2 bilion dan sebanyak RM700 juta untuk meningkat tarak 65 Jambatan-jambatan dii Sabah tetapi Kerajaan Sabah dan Belanjawan ini hanya memperuntukkan RM298 juta sambil Kerajaan Pusat dalam Budget Nasional 2014 pula hanya memperuntukkan RM2 bilion bagi Sabah dan Sarawak.

Adakah Kenyataan dan permintaan Pengarah JKR tidak diperdulikan oleh Kerajaan Sabah?

Bagaimana pula dengan Kemajuan sektor Pertanian? Khususnya Petani Padi (dimana 60-70% daripada golongan miskin)
-        Some improvement in irrigation, Yes. But the yield/ha has remained static at ¾ tons/acre
No improvement at all – “ IRI OM IRI”

Ini langsung tidak setanding dengan hasil pengeluaran di Semenanjung dimana hasilnya diantara 8 hingga 14 ton/se hektar.

What happened?
You give them RM200/acre, How has it helped when yield remain the same.
Is the Sabah Govt, neglecting research & development in agriculture especially Padi?
Kerajaan memberi bantuan RM200 seekar, ini tidak berkesan jika hasil pengeluaran masih sama dengan dulu dan tidak bertambah baik.
Adakah Kerajaan Sabah mengabaikan dan tidak mementingkan penyelidikan dan pembangunan (Research and Development) dalam hal pertanian amnya penanaman padi khasnya.

I suggest the Govt do more in the area of mechanization and the application of modern technology to improve production and yields in the padi sector.
-        MARDI

Tuan Speaker,
Satu diantara objektif Belanjawan 2014 ialah pembasmian Kemiskinan ,
Tiap-tiap tahun objektif ini ada dan Kerajaan Negeri telah menceritakan kejayaannya untuk menurunkan kadar kemiskinan ini, namun Sabah masih lagi terkenal sebagi Negeri yang termiskin di Malaysia mengikut Laporan  EPU, Jabatan Perdana Menteri Malaysia sendiri.

-        Isirumah Miskin tegar – 15,805 orang (Negara)
-        Isirumah Miskin – 108,000 (Negara)
-        Isirumah Miskin Tegar di Sabah  - 8,457 orang (53.5%)
-        Di Sarawak – 1,801 orang (11.4%)

Bagi isi rumah miskin pula
          Sabah   -  42,400 (39.3%) – Terbesar
          Sarawak -  12,600 (11.7%) – No. 2

Ini bermakna Negeri Sabah dan Sarawak kedua-duanya pengeluar minyak adalah juga negeri-negeri yang paling miskin di Malaysia.
Lebih separuh (51.11%) (55,000) isi rumah miskin di Malaysia berada di Sabah dan Sarawak.

Dan lebih 64.9% atau 10,258 isi rumah miskin tegar adalah di Borneo – Sabah/Sarawak
(Garis Kemiskinan :       SM              : RM 763/-
                                      SABAH        : RM1,048/-
                                      SARAWAK   : RM912/-
Tuan Speaker,
Persoalannya Apakah  Kerajaan puas hati dengan keadaan ini,
Apakah yang perlu kita bangga.

APA STRATEGI BARU ?
= “IRI OM IRI”

Dengan budget yang terbesar dalam sejarah tetapi dalam masa yang sama Sabah Kita masih lagi digelar sebagai Negeri yang termiskin di Malaysia!

Sebab itu Tuan Speaker, Kerajaan Sabah perlu sedar bahawa selama ini Sabah telah terlalu bergantung kepada Kerajaan Pusat.

Tanpa sedar kita telah membenarkan kuasa autonomi kita hilang kerana jawatan dan kedudukan serta keistemewaan.   Pemimpin-pemimpin telah hilang perjuangan untuk mempertahankan Kuasa-kuasa dan hak –hak kemerdekaan Sabah kita ini.

Maka itu, saya ingin bertanya pendirian Kerajaan Sabah ke atas Perkara-perkara berikut:

1.       Isu Pengkajian semula atau Review of The Malaysia Agreement 1963 (MA63) – kerana review ini sepatutnya berlaku 40 tahun yang lalu.

Apakah Kerajaan Sabah berhasrat untuk berbuat demikian dan apakah langkah/tindakan Kerajaan Sabah untuk memastikan ini berlaku?

2.       Apakah usaha Kerajaan Sabah untuk mempastikan :-
-        Program Borneonisasi dijalankan sepenuhnya
-        Apakah pendirian Kerajaan Sabah terhadap Pemindahan / transfer of judges & magistrates KDM yang luarbiasa ke Semenanjung?
-        Bukankah ini bertentangan dengan program/dasar Borneonisasi?

CABOTAGE DAN DUBAI OF THE FAR EAST

Baru-baru ini YAB Ketua Menteri telah memberi jaminan kepada Federation of Sabah Industries (FSI) (dulu Federation of Sabah Manufacturers) bahawa Kerajaan Sabah akan menyokong menjadikan Sabah/Kota Kinabalu sebagai “Dubai of the Far East” dimana Kota Kinabalu akan dijadikan sebagai hub perkapalan dan perdagangan – “Hub of the Far East”.    Konsep dan cadangan ini adalah hebat dan boleh mentransformasikan Sabah dan ekonomi Sabah.

Saya ingin menanya disini bagaimana Kerajaan Sabah boleh membantu melaksanakan cadangan FSI.   Untuk menjadikan cadangan dan impian Hub of the Far East sebagai realiti, memang adanya banyak halangan dan rintangan dan yang terutama sekali adalah Dasar Kabotaj Persekutuan.

Adakah sokongan YAB Ketua Menteri ini bermakna Kerajaan Sabah akan berunding dengan Kerajaan Pusat supaya Dasar Kabotaj itu dimansuhkan.

Sekiranya ini berlaku, saya akan “salute/tabik” kepada Kerajaan Sabah kerana tindakan ini akan membuka jalan yang luas untuk membangunkan perindustrian di Sabah.  
-        Akan membuka rintangan dan menarik lebih banyak lagi pelabur-pelabur ke Sabah
-        Mengurangkan kos pelaburan
-        Mengurangkan kos hidup rakyat
-        Mengujudkan lebih banyak industri dan kilang-kilang
-        Menambahkan peluang pekerjaan
-        Menambah daya saingan untuk semua sektor di Sabah


Maka saya ingin menanya “Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Sabah untuk melaksanakan Sabah/Kota Kinabalu sebagai Hub of the Far East?”.

1 comment:

  1. individu seperti inilah yang layak, selayak-layaknya dipanggil pemimpin dan wakil rakyat..gelaran YB(yang berhormat, yang berkerja, yang berkomitmen, yang berkebijaksanaan etc.) sangat bertepatan untuk pemimpin seperti ini...saya tidak pernah menyesal memberikan sokongan kepada beliau selama ini...
    Dr.Jeff you are my hero...keep it up..thumbs up from me..thanks..

    ReplyDelete

Search This Blog