Top posts

Featured Posts

Malaysia Day Joke

Seorang gadis jelita yang mempunyai kelulusan “Ijazah Kewartawanan” dari sebuah universiti  tempatan baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai pemberita di sebuah syarikat akhbar tempatan. Dia diberi tugas pertama iaitu menemu-rama seorang petani yang sudah berumur pertengahan abad. Perbualan mereka adalah seperti berikut:

Pemberita: “Siapa nama pakcik?”

Petani: “Nama saya Aysia”.

Pemberita: “Berapa orang anak, pakcik?”

Petani: “Empat orang. Tapi yang satu sudah meninggal.”

Pemberita: “Ok, yang tiga orang lagi tu, sila bagi tahu nama, tarikh lahir dan umur mereka?”.

Petani: “Yang ‘bungsu’ bernama Abah berumur 50 tahun, dilahirkan pada 31.08.1963. Yang ‘kedua’ bernama Awak berumur 50 tahun 1 bulan 9 hari, dilahirkan pada 22.07.1963.”

Pemberita: “Yang sudah tiada itu?”

Petani: “Namanya Pura, lahir pada tahun 1959”.

Pemberita: “Dimana dia sekarang?”

Petani: “Dia lari meninggalkan kami sejak tahun 1965. Tidak pernah pulang lagi”.

Pemberita: “Yang satu lagi?”

Petani. “Anak saya yang ‘sulung’ bernama Alaya berumur 56 tahun, lahir pada 31.08.1957.”

Pemberita: “Pakcik pula bila dilahirkan?”

Petani: “Saya dilahirkan pada 16.09 1963”.

Pemberita: “Umur?”

Petani: “50 tahun”.

Pemberita: “Odoi, Odoi, Odoi dogo! Matai!!” (dia berkata dalam hatinya: “Anak-anaknya terlahir dahulu daripada dia!”).

MORAL:  Bolehkah kita terima Malaysia “merdeka” 56 tahun sedangkan baru berumur 50 tahun, lahir pada 16.09.1963?

2 comments:

  1. Hoho- UMNOcrats can't count for nuts even if they were monkies..

    ReplyDelete
  2. Insyalahha Umno akan salasai PRU14 Malaya hangkang kerusi kena rabut oleh Pakatan dan Bebas.

    ReplyDelete

Search This Blog