Mahasiswa dihalang hantar memorandum pada TPM


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Sabah bersama Pro-Mahasiswa pada hari ini telah menghantar memorandum menuntut Pilihanraya Kampus yang adil dan bersih. Memorandum ini diajukan kepada Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj. Muhyiddin Bin Hj.Mohd  Yassin, yang juga merangkap Menteri Pelajaran Malaysia dalam satu Majlis Ramah Mesra Siswa Siswi beliau.
Antara tuntutan tegas yang dikemukakan dalam memorandum ini adalah seperti berikut:


  1. Menuntut agar Kementerian Pelajaran memberi jaminan kepada mahaiswa dan mahasiswi seluruh Malaysia bahawa pelaksanaan pilihanraya kampus adalah bersih dan adil.
  2. Menuntut pilihanraya juga dijalankan tanpa campur tangan kuasa politik pihak luar universiti.
  3. Mendesak organisasi yang mengendalikan pilihanraya kampus berlaku adil dengan memastikan mahasiswa dan mahasiswi yang layak bertanding diberi kebebasan untuk menyertai pilihanraya kampus di universiti masing-masing tanpa dikenakan sebarang sekatan.
  4. Mendesak pihak pentadbiran universiti di bawah Kementerian Pendidikan untuk mengumumkan tarikh pilihanraya kampus kepada mahasiswa lebih awal agar proses pilihanraya menjadi mudah dan berjalan lancar. 

Justeru itu, GAMIS meminta agar pihak Kementerian Pelajaran dapat mengemukakan respon terhadap memorandum yang diajukan kepada YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj. Muhyiddin Bin Hj.Mohd  Yassin, yang juga Menteri Pendidikan Malaysia dalam tempoh seminggu selepas memorandum ini.

Kami juga menyatakan kekecewaan kami ekoran penghantaran memorandum tersebut, beberapa individu dipercayai terdiri daripada kumpulan mahasiswa Aspirasi, Staff Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS dan Polis cawangan khas telah menghalang kami menghantar memorandum tersebut kepada YAB Tan Sri. 
Kami telah dihalang daripada mendapatkan mikrofon yang disediakan untuk berdialog dengan YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima  Hj. Muhyiddin Mohd. Yassin. Kemudian, kami telah mengangkat memorandum bagi menarik perhatian YAB Tan Sri. Bengang dengan tindakan kami, pihak pengurusan majlis bersama-sama beberapa orang pegawai HEP, telah menghalau kami keluar daripada Dewan Canselor dengan cara yang kasar serta merampas memorandum dan merenyukkan. Beberapa video kamera milik mahasiswa yang merakam kejadian tersebut telah dirampas dengan kasar sehingga menyebabkan video kamera rosak.

Justeru, kami melahirkan kekecewaan terhadap kekasaran yang berlaku semasa kami dihalau keluar daripada Dewan Camselor. Namun begitu, memorandum Berjaya dihantar kepada pegawai khas Naib Canselor dengan harapan memorandum tersebut berjaya sampai ke tangan timbalan perdana menteri dalam masa yang terdekat. Kami di peringkat GAMIS dan Pro-Mahasiswa akan menunggu dalam tempoh seminggu yang telah dinyatakan dalam memorandum bagi menilai sajauh manakah ketelusan pengurusan di pihak timbalan menteri. Sekiranya tidak ada apa-apa tindakan dari kementerian pelajaran Malaysia, aktivisme akan diteruskan demi mendesak pihak kementerian memberikan jaminan ketelusan dan keadilan dalam pilihanraya kampus kali ini.

2 comments:

  1. oh..ganas sungguh orang atasan...susah benor nak terima kenyataan.

    ReplyDelete
  2. pemimpin Malaysia adalah separuh masak dan separuh tiang punya orang. jangan haraplah mereka ada otak yang terbuka, TERTUTUP HABIS bro.

    ReplyDelete