Top posts

Featured Posts

SAMM: Anak Nazri beli rumah RM7juta?



PETALING JAYA: NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mahu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz menjelaskan dakwaan skandal pembelian banglo mewah bernilai RM7.2 juta.

Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin mendakwa, pihaknya menerima dokumen pembelian banglo tiga tingkat itu dibuat atas nama anak lelaki Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nedim Mohamed Nazri.
“Bagi anak yang sangat muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, adalah amat meragukan dari sudut kemampuan.

“Bagaimana anak menteri ini punya kemampuan untuk membeli banglo dengan harga yang sedemikian tinggi,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Badrul berkata, melalui sumber rekod Jabatan Hasil Dalam Negeri, wujud keraguan bagaimana Mohamed Nedim mampu memiliki kediaman mewah bernilai tinggi berbanding dengan pendapatan yang diisytiharkan.

“Menarik juga dilihat dari dokumen yang diperolehi ialah bagaimana dalam proses membeli rumah mewah ini pembeli menikmati diskaun RM500,9444.08 (-7%) selaku bumiputera.

“Orang biasa termasuk pimpinan Umno di peringkat cawangan yang gila–gila mempertahankan Umno ada yang hanya menikmati diskaun tak sampai RM10,000 atas nama bumiputera ketika membeli rumah kerana itulah sahaja kemampuan orang biasa,” katanya.

Badrul yang dikenali Che’guBard mendedahkan, dokumen itu diperolehinya sejak bulan lalu daripada pihak tidak dikenali lengkap dengan salinan sebut harga, perjanjian dan gambar aset.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan dokumen yang sengaja dibocorkan ini ada kaitan dengan pertembungan dalaman Umno menjelang pemilihan parti Oktober depan.

Katanya, ketika generasi muda kini masih bergelut dengan peningkatan kos hidup dan dihimpit dengan pelbagai masalah kewangan, Nazri perlu menjawab bagaimana anaknya mampu membeli aset sedemikian.

“Adakah dia membeli dengan tunai? Jika melibatkan pinjaman bank berapa banyak pinjaman dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar? Bagaimana bank boleh memberikan kelulusan bernilai jutaan ringgit kepadanya, adakah kerana dia anak menteri?

“Nasib kita sebagai rakyat biasa, untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membeli kereta kancil atau rumah kos rendah pun bagai nak gila memanjat tangga dari bank ke bank bagai mengemis,” katanya.

Che’guBard turut mendakwa pihaknya mempunyai beberapa siri dokumen lagi yang akan didedahkan secara berperingkat, selain beberapa dokumen lain yang mengaitkan anggota menteri kabinet lain.

Mohamed Nedim sebelum ini dipersoalkan kedudukannya sebagai Pegawai Khas Menteri Pelancongan, namun dipertahankan Nazri dengan alasan gaji anaknya itu tidak dibayar oleh kerajaan.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli juga pernah mendedahkan tindakan Nedim menerima kenderaan mewah ‘hadiah’ daripada seorang jutawan, Michael Chia dengan diiringi pengawal peribadi.

Michael Chia, ahli perniagaan kayu balak sebelum ini dilaporkan terbabit dalam skandal RM40 juta untuk Umno Sabah.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog