Kenaikan harga rumah sekurang-kurangnya 15% tidak dapat dielakkan akibat ketidakcekapan Pihak Berkuasa Tempatan |
Oleh: Kevin Ivan
KOTA KINABALU : Pihak berkuasa tempatan (PBT) dikenal pasti antara penyebab utama kenaikan harga rumah mendadak di Sabah sehingga harga rumah di negeri ini menjadi kedua paling mahal di Malaysia sekarang.
Ini ditegaskan dalam ucapan Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA), Francis Goh, bagi mengulas banyak rungutan harga rumah terlalu mahal di Sabah sehingga hanya orang luar dan yang berada sahaja yang mampu memilikinya.
“Kenaikan harga rumah ini tidak dapat dielakkan apabila pihak berkuasa tempatan lewat meluluskan pelan perancangan pembangunan bagi sesebuah perumahan.KOTA KINABALU : Pihak berkuasa tempatan (PBT) dikenal pasti antara penyebab utama kenaikan harga rumah mendadak di Sabah sehingga harga rumah di negeri ini menjadi kedua paling mahal di Malaysia sekarang.
Ini ditegaskan dalam ucapan Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA), Francis Goh, bagi mengulas banyak rungutan harga rumah terlalu mahal di Sabah sehingga hanya orang luar dan yang berada sahaja yang mampu memilikinya.
“Ini menyebabkan pihak pemaju menanggung kos pegangan (holding cost) yang tinggi dan ianya akan terus meningkat sehingga kelulusan diperolehi dari pihak berkuasa tempatan,” kata Goh ketika pelancaran Ekspo Hartanah Sabah di Pusat Dagangan Sabah di sini yang berakhir semalam.
Katanya kenaikan harga rumah sekurang-kurangnya 15% tidak dapat dielakkan akibat daripada ketidakcekapan PBT bertindak.
Menurut Goh, justeru itu pihak PBT harus bekerja jauh lebih cekap dari sekarang agar sama-sama membantu mengurangkan kos tinggi hartanah di Sabah.
Dalam ucapan perasmian ekspo tiga hari itu Jumaat lepas, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan, telah menyeru para pemaju rumah khususnya SHAREDA agar mencari jalan merancang dan membina lebih banyak rumah mampu milik di Sabah dan tidak semata-mata mengejar keuntungan menerusi pembinaan rumah mewah.
Sementara itu, Goh juga menjelaskan bahawa kenaikan harga rumah turut berkait rapat dengan pembekal perkhidmatan monopoli seperti pembekal prasarana talian tetap, Telekom dan pembekal bekalan elektrik, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).
“Kerajaan digesa campurtangan dengan menghalang pembekal-pembekal perkhidmatan monopoli seperti ini dari mengenakan caj yang tidak berpatutan dan sumbangan modal pengguna yang zalim terhadap pemaju kerana caj tinggi ini akan terpaksa ditangggung oleh pihak pembeli nanti.
“Sumbangan modal pengguna yang dikenakan oleh SESB pada masa kini adalah 700% lebih tinggi berbanding di Semenanjung,” tegas Goh.
Dasar Kabotaj
Beliau juga berkata dasar kabotaj (pengangkutan kapal) yang telah sekian lama diaplikasikan di Sabah bukan saja merupakan sumber utama kenaikan harga keperluan barang-barang seharian tetapi turut secara tidak langsung telah menyebabkan peningkatan kos yang besar terhadap pemaju perumahan.
“Ini berlaku apabila kos logistik untuk keperluan bekalan peralatan melambung tinggi akibat dari pelaksanaan dasar kabotaj,” kata presiden SHAREDA itu lagi sambil menambah kos logistik yang tinggi disebabkan oleh dasar itu saja telah menyumbang kepada 30% kenaikan harga rumah di Sabah.
“Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kenaikan pasaran hartanah di Sabah adalah kenaikan mendadak harga tanah terutama di kawasan bandar dan yang berdekatan dengannya.
“Kenaikan mendadak ini disebabkan oleh pasaran di mana permintaan melebihi bekalan. Pemaju perumahan tempatan terpaksa bersaing dengan pemaju luar (dari Semenanjung) bagi mendapatkan tapak yang sesuai. Ini menyebabkan pemilik tanah memilih untuk menaikkan harga tanah tersebut, memburukkan lagi keadaan,” kata Goh lagi.
Sehubungan ini, Goh meminta agar kerajaan negeri campurtangan bagi mengelakkan kenaikan harga tanah yang mendadak akibat dari persaingan di kalangan pemaju tempatan dan luar.
No comments:
Post a Comment