Ezra Haganez
KOTA KINABALU : Seorang lelaki yang dikhuatiri rakyat asing tetapi memiliki kad pengenalan Malaysia yang cuba memecah masuk dua buah rumah di Kampung Kopungit dekat sini pada Hari Raya Aidilfitri pertama bermandi darah dibelasah penduduk kampung yang berang dengan tabiat pencuri itu.
Abdul Malik, 36, dari Lorong 12, Kampung Sembulan, di sini, juga terpaksa bermalam di tempat tahanan balai polis Tanjung Aru untuk menunggu pendakwaan.
Seorang penduduk Kampung Kopungit, sebuah perkampungan tradisional Kadazandusun dekat ibu negeri, memberitahu FMT, lelaki tersebut didapati penduduk kampung cuba memasuki sebuah rumah tetapi gagal berbuat demikian dan cuba memasuki sebuah rumah lain pada kira-kira jam 11 malam.KOTA KINABALU : Seorang lelaki yang dikhuatiri rakyat asing tetapi memiliki kad pengenalan Malaysia yang cuba memecah masuk dua buah rumah di Kampung Kopungit dekat sini pada Hari Raya Aidilfitri pertama bermandi darah dibelasah penduduk kampung yang berang dengan tabiat pencuri itu.
Abdul Malik, 36, dari Lorong 12, Kampung Sembulan, di sini, juga terpaksa bermalam di tempat tahanan balai polis Tanjung Aru untuk menunggu pendakwaan.
"Seorang perempuan yang nampak lelaki tersebut cuba memasuki rumah jiran kemudian membangunkan bapa dan ahli keluarganya sebelum si bapa menghampiri Abdul yang cuba mengelak untuk melarikan diri.
"Beberapa jiran kemudian datang termasuk seorang lelaki Cina yang berjaya mengejar pencuri yang cuba melarikan diri meninggalkan motorsikal yang ditungganginya yang juga disyaki motorsikal curi," kata seorang pemuda yang mengaku berada di tempat kejadian ketika itu.
Pencuri itu yang tiada saudara-mara di tempat kejadian dan cuba memecah masuk dua buah rumah mulanya enggan mengaku tetapi kemudian mengaku mahu mencuri apabila penduduk kampung seramai kira-kira 15 orang mula berang dan memukul lelaki tersebut dengan tangan, kaki dan helmet.
Lelaki Cina yang mengejar dan menangkapnya semula pula dilaporkan mendapat kecederaan pada kakinya dan telah dihantar ke hospital.
Polis yang tiba di tempat kejadian tidak lama selepas penduduk kampung membelasah Abdul, kemudian menggari pencuri itu dan membawanya ke balai polis Tanjung Aru untuk siasatan lanjut.
ReplyDeleteSiapa suruh kau mencuri. Nah trimalah.
ReplyDeleteDupang punya pencuri !!