Generasi muda kurang tahu Sejarah Batu Sumpah Keningau

Oleh:  Roger  Binson  A.S
KENINGAU: Batu  setinggi  4  kaki  yang  terpacak  teguh  di  hadapan  bangunan  Urusetia   Keningau  merupakan  bahan  sejarah  yang  amat  berharga  bagi  masyarakat  Sabah  khususnya  di  pedalaman. Malangnya  pada   masa  kini   generasi muda  hanya mengenali batu  itu  tidak lebih dari sekadar landskap  bagi  menceriakan  kawasan  sekitarnya.

Kemerdekaan  Malaya  pada  tahun  1957  turut  memberi  kesan  kepada  masayarakat  Borneo  Utara(Sabah)  untuk  mendapat  kemerdekaan  sendiri  daripada  kerajaan  British.  Pada  tahun  1962 beberapa  komuniti  antara   kerajaan  yang  di  wakili  oleh kerajaan Inggeris,Malaya,Sarawak,  Burneo  Utara  dan   Singapura telah  berbincang mengenai impilakasi  tentang  penubuhan  Perseketuan  Malaysia.Komuniti  ini   di  kenali  sebagai  Suruhanjaya  Cobbold  dan  ini  merupakan  bermulanya  sejarah  penting  tahun  1963  dalam  sejarah  Borneo  Utara(Sabah)  yang  menyaksikan  berakhirnya  era  penjajahan  oleh  kuasa  British.
 
Sebelum  pembentukan  Malaysia  ini  terjadi   Masyarakat  Borneo  Utara (Sabah) menolak  dengan  keras  Pembentukan  Malaysia  di  sebabkan  takut  di  jajah  oleh  Malaya  yang  lebih  matang  dari  segi  Politik,Sosial  dan  ekonomi  pada  waktu  itu , namun  kesangsian  itu  telah  berakhir  apabila  penduduk  Borneo  Utara(Sabah)  diberi   jaminan  oleh  Malaya  bahawa   tidak  akan  ada  penjajahan  di  Borneo  Utara(Sabah)  sekiranya  Malaysia  di  bentuk.Akibat  daripada  implaikasi  itu   satu  jaminan  telah  di  buat  dan  jaminan  itu  di  kenali  sebagai  “Perkara  20”,setelah    jaminan  itu   di  terima  oleh  Pihak  Malaya  maka  Malaysia  pun  di  bentuk  oleh   4  negara  iaitu  Singapura,Borneo  Utara,Serawak  dan  Tanah  Malaya.

Batu  sumpah  ini  amat  bermakna  dan  dihormati  oleh   semua  penduduk  pendalaman  dan  sesiapa  yang  melanggar    simbol  keamanan  menurut  batu  sumpah  ini  nasibnya  akan  malang  ataupun  ditimpa  bencana.Terdapat  tiga  rukun  yang  dipersetujui :

  1. Agama  bebas  dalam  Borneo  Utara( Sabah).
  2. Tanah-tanah  dalam  Borneo  Utara(Sabah)  dikuasai  oleh  Kerajaan  Borneo  Utara(Sabah).
  3. Adat  Istiadat  rakyat  Borneo  Utara(Sabah  )di hormati  dan  dipelihara  oleh  Kerajaan.

Batu   Sumpah  ini    di  istiharkan  pada  31 Ogos 1964  sempena  ulang  tahun  pertama  kemerdekaan  bagi Borneo  Utara (Sabah)  oleh  mendiang Tan  Sri V.Manickasavagam  yang  merupakan  menteri  buruh  perseketuan  ketika  itu,  ini  sekali  gus  membuktikan    Batu  sumpah  yang  terdapat  di  daerah  Keningau  ini  amat  bernilai  dan  bukan  seperti  tanggapan  generasi  muda  iaitu  sebagai  landskap  untuk  menceriakan  kawasan  di  sini.

1 comment:

  1. Let us all hope that those politicians who betrayed this malaysia agreement would be gummed and nailed on this batu sumpah,that the peoples could hear their cries,barking & howling 'cause of their lies..deceptions.

    ReplyDelete