Top posts

Featured Posts

Usno bidas PKR cuba kaitkan Tun Datu Mustapha untuk bersihkan Anwar



As-salamualaikum dan Salam Perjuangan,

Kenyataan  Rasmi  dari Urusetia  Penaja  USNO  Sabah yang  merujuk  kepada  Laporan  Daily Express bertarikh 1hb. Mac 2013 di Muka Hadapan bertajuk : WAS TUN MUSTAPHA ALSO INVOLVED?


Dengan ini kami Penaja USNO Sabah membantah sekeras-kerasnya tindakan Sidang Akbhar Wanita  PKR  AMINAH  BTE  MAHMUD  yang  membuat  kenyataan  di  Johor  bahawa  beliau disuruh oleh Tun Mustapha membuat KPT untuk mengundi pada tahun 1994.

Apa kah niat sebenar beliau mengaitkan Nama Bapa Kemerdekaan Sabah dalam soal pengeluaran KPT palsu di Sabah dan membersihkan nama Anwar Ibrahim dari hal ini?,

Pada tahun 1992 Tun Mustapha telah keluar dari UMNO dan membantu Parti PBS di Sabah menghadapi Pilihanraya 1994, bahkan beliau telah bergabung dengan PBS dalam pilihanraya itu serta memenangi Pilihanraya Sabah dengan menggunakan lambang PBS+. Jesteru itu jika dilihat dari tarikh kenyataan beliau ( Aminah Bte Mahmud ) ini menunjukan bahawa ianya bercanggah   dengan  tuduhan  dan  tohmahan  serta  pembohongan   wanita  PKR  itu  yang mengaitkan   Tun   Mustapha   bapa   Kemerdekaan   Sabah   dan   pada   masa   yang   sama membersihkan nama Pemimpin mereka Anwar Ibrahim.

Tun Mustapha tidak pernah menjadi ketua Perhubungan  UMNO di Sabah seperti didakwa , Ketua Perhubungan UMNO pada tarikh itu adalah En. Abdul Ghafar Baba ( 1990 –
1993 ) dan Tun Sakaran Dandai ( 1993 – 1996 ) sementara orang yang menjaga hal
ehwal  Sabah  dalam  UMNO    pada  tarikh  itu ( 1993  -1997  ) adalah  Anwar Ibrahim
mereka ini semua adalah Pemimpin UMNO.

Keratan AKBAR DAILY EXPRESS – 1HB. MAC 2013

Jesteru itu Penglibatan  bapa kemerdekaan  dalam proses KPT adalah tidak benar dan tidak berasas,   mereka   sengaja   menjadikan   Tun   Mustapha   sebagai   “Scape   Goat“   bagi membersihkan nama pemimpin PKR Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan siasatan RCI di Negeri Sabah pada hari ini.

Kami yakin semua  kerja jahat ini adalah kerja pemimpin-pemimpin  Kuala Lumpur terhadap rakyat  Sabah  yang  mereka  akui  sendiri  dengan  pengeluaran  500,000  KPT  kepada  PTI  di Negeri ini.

Justeru itu USNO menuntut supaya Aminah Bte Mahmud memohon maaf kepada Keluarga
Tun Mustapha dan semua Rakyat Sabah atas perbuatan Terkejinya mengeluarkan  500,000
Kpt haram di negeri ini yang telah membawa kekotoran kepada Negeri SABAH. 
Sekian dan Terima kasih


BERJUANG TETAP BERJUANG

ABDULLAH SANI HJ ABDUL SALLEH.
Naib Presiden Penaja Ex-USNO Sabah
 

No comments:

Post a Comment

Search This Blog