Top posts

Featured Posts

Pengganas Sulu bunuh polis dengan kejam

LAHAD DATU 7 Mac - Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.
Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.

Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala.
Sumber
Sumber Gambar

12 comments:

  1. For sure these people are barbaric & no better than wild animals.All pati's illegal immigrants must be kicked out of Sabah sooner than later.The wickedness & evils of mahathir's i see project is rearing its demonic head.Those people given ics should be booted to the Malayan state where mahathir was born,where he can share & live with the wretchedness of these barbaric people

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. You are one of those demonic people.The time will come when you realize too late your depravity when you will be gnashing and gnawing your teeth.

      Delete
  3. ...hello bos, gmbr yg bos taru tu berlaku di negara jiranlah...kalau mau 'chhoongg'pn agak2lah, kesian dgn pegawai keselamatan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Read Star on line;they cannot mutilate like cutting off heads,says Dtk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi..Come here to Tawau hospital and ask the doctors/nurses.You have enrolled in philosophical school of lying to lie if it is good for you and hopefully you will be delivered from such infestation.May the good Lord have mercy on you.

      Delete
  4. http://cutedeadguys.net/threads/837-Dead-of-Thai-soldiers-in-bigger-size!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Fake... 2008 Thai soldier pictures?

    ReplyDelete
  5. http://www.documentingreality.com/forum/f10/dead-thai-soldiers-87702/

    More Fake photos... It was Thai soldier...

    ReplyDelete
  6. Oi Babi... This picture is Thai soldier at Pattani killed by Islamic extremist.. Why you so easy got fooled...

    ReplyDelete
  7. Oi Babi... This picture is Thai soldier at Pattani killed by Islamic extremist.. Why you so easy got fooled...

    ReplyDelete
  8. Stupid.....gambar palsu pun cakap gambar betul....lain kali periksa dulu betul2.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. But the terrorist bastardo from mindanao yg putung kepala memang butul 2, da gambar lgi bha cuma yg ini fake la

      Delete
    2. wartawan mee segera mcm ni la... janji syok sendiri je. fakta copycat. foto dh la silap, jgn repost journal/post org lain. beli tiket kpl terbang, pergi sabah nu. interview mangsa & pasukan elit kt sana, selit2kan foto asli nko sendiri. baru lah smua tabik spring!!

      Delete

Search This Blog