Top posts

Featured Posts

“Ajaran Sesat” oleh Suruhanjaya Pilihan Raya

Dalam satu bulan yang lalu, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sering mengatakan tentang “ajaran sesat.Lihat TheBorneoPost 20hb Feb 13 dan TheStar 22hb Mar 13.Ia telah jelasnya menjadi satu corak yang tidak seharusnya ditinggal tanpa dicabar oleh kerana ia seakan-akan mengelirukan orang awam.

Setelah menuduh NGO-NGO tidak bernama mengelirukan orang awam dengan “ajaran sesat”, SPR terus programnya mengelirukan orang awam malah lebih dengan membuat pengumuman awam yang akan retak atas tatapan yang teliti.

Yang paling terkini ialah “penjelasan” diterbit dalam media (TheMalaysianInsider 23hb Mar 13) yang mana menuntut bahawa, malah dengan pendaftaran berganda, ia mustahil mengundi dua kali.

Mari melihat apakah nilainya penjelasan itu.

Pertama, mereka secara tersirat mengakui bahawa terdapat pendaftaran berganda!

Kedua, akankah dakwat kekal menghalang pengundian berganda seperti yang didakwa oleh SPR itu?
 
UNDP Procurement Guide For Post-Conflict Electionstelah mencadangkan bahawa dakwat kekal mempunyai hayat andal selama 3 hari!  [dakwat kekal digunakan untuk pilihan raya selepas konflik.  Begitulah buruknya terjadi sistem pilihan raya kami.]  Kami tidak tahu jenis dakwat kekal apakah yang akan digunapakai SPR.  Kumpulan-kumpulan bebas tidak diberi sebarang demonstrasi ketahanan dakwat mahupun sampel-sampel dakwat bagi pengujian.  Tanpa bukti lain, kita perlu ambil syor UNDP sebagai sahih.

Peraturan 3 (1A) Elections (Conduct of Elections) Regulations 1981 memerlukan bahawa “hari pengundian awal akan ditetapkan tidak kurang daripada tujuh hari selepas hari penamaan calon dan tidak kurang daripada 3 hari dari tarikh atau tarikh-tarikh hari pengundian”.  Terdapat satu jangkamasa tertentu bagi Pengundian Awal, 7 hari selepas penamaan calon dan 3 hari sebelum hari pengundian.Ini sangat aneh.

Dakwat kekal bagi Pengundian Awal tidak boleh memenuhi syor minima UNDP melainkan mereka menggunakan dakwat berkualiti sangat tinggi dan mempunyai prosedur ketat bagi menghalang penipuan.Oleh itu SPR tidak boleh menjamin dakwat kekal yang digunakan di atas Pengundi-pengundi Awalakan kekal dapat dilihat pada hari pengundian.

Terdapat factor-faktor tambahan yang SPR memilih untuk mengabaikan walaupun faktor-faktor ini telah secara terbuka dibincangkan semasa yang dikatakan “ajaran sesat”, sebahagian sessi-sessi ini dihadiri oleh orang-orang yang disyaki pegawai-pegawai SPR malah juga ahli-ahli Cawangan Khas:


1. Apakah langkah-langkah yang diambil terhadap seseorang pengundi menyalut jari dengan satu bahan jernih seperti gilap kuku telus untuk menghalang dakwat kekal dari melekat?

2. Apakah pelarut yang telah SPR ujikan dengan dakwat kekal untuk menentukan ketidakhapusannya?  Apakah kepastian bahawa seseorang yang tahu kimia dakwat tidak boleh mereka satu cara mengurangkan, jika tidak membuang, kesan dakwat?


3. Adakah dakwat kekal pernah diuji pada pelbagai jenis kulit untuk memastikan bahawa ketidakhapusannya berkesan merentasi semua jenis-jenis kulit?

4. Agen-agen Undian kini ditempatkan di mana ia amat sukar bagi mereka memeriksa jari-jari para pengundi.  Terdapat sebuah video lucu sedang diedar di YouTube yang menunjukkan ini.Walaupun bersifat lucu, kemungkinannya para pengundi yang telah mengundi boleh dibenarkan mengundi sekali lagi amat menakutkan, terutamanya memandangkan bahawa SPR sendiri dituduh berpakat sulit dengan kepimpinan kini.

5. Dalam sebuah video latihan yang dikeluarkan oleh SPR, Ketua Tempat Mengundi diberi arahan bagaimana mengatasi barisan panjang di Tempat Mengundi dengan memproses para pengundi berdua-dua.  Kalau begitu, bagaimanakah Agen-agen Mengundi memeriksa jari-jari bagi dakwat kekal?Jika pakatan sulit disyaki, pemprosesan berganda boleh dilaksanakan apabila para pengundi dengan jari-jari comot datang mengundi, dengan demikian membolehkan orang-orang tersebut berjaya mengundi dua kali.


6. Biarpun pemeriksaan identiti dijalankan pengundi demi pengundi, kita seharusnya tetap sedar akan kekangan masa – dalam setiap Tempat Mengundi (Saluran), sebanyak 700 pengundi hendaklah diproses dalam masa 9 jam.  Ini bermakna setiap pengundi perlu diproses dalam hanya 46 saat.  Dalam 46 saat tersebut, yang berikut perlu dilakukan:

a.       Jari pengundi perlu diperiksa dan disahkan.

b.      Dokumen pengenalan pengundi perlu diperiksa dan gambar perlu sepadan dengan muka pengundi.

c.       Rekod pengundi perlu ada dalam Daftar Pemilih

d.      Nama dan nombor pengenalan pengundi perlu dibandingkan di antara dokumen pengenalan dan Daftar Pemilih

e.       Nama dan nombor pengenalan pengundi perlu disebutkan untuk pengesahan Agen-agen Mengundi.

f.       Masa mesti dibenarkan untuk Agen Mengundi menaikkan sebarang bantahan

g.      Jika terdapat sebarang bantahan, masa selanjutnya untuk baki pengundi akan lagi dikurangkan.


Jadi, berapa berkesankah pemeriksaan Agen Mengundi?Namun Timbalan Pengerusi SPR berani menuntut secara terbuka (TheStar 22hb Mar 13) “Ia hanya mengambil masa tiga minit bagi seseorang untuk mengundi, melainkan dia menimbulkan huru-hara dan enggan mengikut arahan”, dia memberitahu para wartawan selepas mempengerusikan satu sesi khas bersama pegawai-pegawai pilihan raya dan pegawai-pegawai polis semalam.

Sehingga kini SPR tidak membuat apa-apa untuk meyakini Masyarakat Sivil bahawa pelaksanaan dakwat kekal dijangka akan berkesan.Segala yang kami telah perhatikan adalah situasi-situasi yang bakal menjadi kelam-kabut dan jawapan-jawapan yang diberikan kepada soalan-soalan yang dikemukakan tiada yang boleh dipercayai.

Ada satu lagi faktor amat penting yang telah dibiarkan oleh SPR – terdapat satu kelas pengundi di mana dakwat kekal tidak akan digunakan!  Ya, tiada peruntukan bagi dakwat kekal digunakan pada Pengundi Pos.Kami faham tidak praktis menggunakan dakwat kekal ke atas orang yang boleh berada di mana-mana apabila mereka mengundi.  Tetapi kebanyakan pengundi pos tempatan boleh mengundi sebagai Pengundi Awal!  Tetapi mereka tidak diklasifikasikan sebegitu.

Ini adalah sebab betapapentingnya yang mana-mana orang layak menjadi Pengundi Pos mesti betul-betul dibuang dari Daftar Pemilih para pengundi tetap.Kalau tidak dakwat kekal TIDAK DAPAT menjamin bahawa pendaftaran berganda tidak bermakna pengundian berganda.

Ingat bahawa mana-mana ahli Polis dan kuasa-kuasa Tentera boleh, pada bila-bila masa, memilih untuk mengundi secara pos.Ini bermaksud Papagomoterkenal mungkin boleh menggunakan kedua-dua identitinya yang ketenteraan dan awam untuk mengundi.Jadi jangan kita ditipu dan diredakan ke dalam kepuasan hati.Ini adalah satu lubang yang amat besar dalam sistem ini.

Undi pos juga disediakan untuk semua pegawai SPR – kira-kira 300,000 daripada mereka.Ini berpotensi menwujudkan 300,000 undi berganda.Ini bukan nombor remeh memandangkan bahawa kadang-kadang kerusi-kerusi boleh dimenangi atau dirampas oleh perbezaan beberapa ratus atau puluhan.Ia hanya mengambil majoriti satu undi untuk dimenangi.

Wartawan-wartawan bertugas juga layak untuk menjadi Pengundi Pos.  Kami boleh menjangka bahawa, jika pakatan sulit disyaki ternyata sebenar, wartawan-wartawan yang dibenarkan undian berganda akanmengundi bergantung kepada pemihakan organisasi politik induk mereka.  Kami tidak mencadangkan bahawa ini akan berlaku.  Kami hanya mengatakan bahawa lubang dalam sistem itu belum ditutup dengan berkesan.  Kami tidak seharusnya begitu bergantung akan kejujuran orang yang terlibat.  Sistem-sistem sepatutnya direka bentuk untuk menjadi selamat.


Terdapat satu unsur lain yang orang ramai tetap jahil – dengan penggunaan satu Borang 717, seorang pegawai SPR boleh membuang Undian Posnya di mana-mana Stesen Mengundi.


Ini malah disediakan dalam Conduct of Election Regulations 15(1)!

Dengan syarat bahawa jika seseorang pemilih bagi sesuatu bahagian-pilihanraya dipertugaskan sebagai ketua tempat mengundi atau dalam apa-apa jawatan lain di suatu tempat mengundi dalam bahagian-pilihanraya tersebut dan sukar baginya hendak mengundi di tempat mengundi yang telah diuntukkan bahagian daftar pemilih yang mengandungi namanya, pegawai pengurus boleh membenarkan pemilih itu mengundi di mana-mana tempat mengundi dalam bahagian-pilihanraya itu. Kebenaran itu hendaklah diberi di bawah tandatangan pegawai pengurus dan hendaklah menyatakan nama pemilih itu, dan nombornya dalam daftar pemilih, dan juga bahawa ia adalah dipertugaskan sebagaimana tersebut di atas dan hendaklah menyatakan tempat mengundi di mana ia dibenarkan mengundi itu. 

Oleh kerana pengeluaran Kertas Undi ini tidak disaksikan oleh mana-mana agen bebas, sebarang jumlah Kertas Undi sedemikian boleh dikeluarkan kepada pegawai-pegawai tersebut.Dan Kertas-kertas Undi ini boleh dibuangkan di mana-mana Saluran selagi mereka disertai dengan satu Borang 717.

Sekiranya tiada sistem pengesahan ditetapkan, pegawai-pegawai SPR boleh membuang seberapa jumlah undi.  Dan kerana inilah ajaran NGO-NGO tentang Undang-undang Pilihan Raya dan Proses Pilihan Raya dituduh sebagai “ajaran sesat” – terlalu banyak rahsia SPR sedang didedahkan/terbongkar.

Kami pernah mengatakan dan akan mengatakan sekali lagi – KAMI TIADA KEYAKINAN DALAM SURUHANJAYA PILIHAN RAYA SEKARANG.

Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa suatu Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik “yang mendapatkan keyakinan orang awam”.Orang awam telah hilang keyakinan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya ini dan menyeru Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong supaya memecat Suruhanjaya Pilihan Raya ini.  Kami hanya boleh mengadakan pilihan raya secara demokrasi jika badan ditugaskan menjalankan pilihan raya mampu bertindak dalam cara yang adil dan tidak berat sebelah (saksama?).  Suruhanjaya Pilihan Raya sekarang telah membuktikan berkali-kali bahawa ia adalah bukan sahaja berat sebelah tetapi juga tidak cekap.

Enough is enough!

Cukuplah!

English Version

1 comment:

  1. SPR JANGAN MAIN DENGAN JUTAAN RAKYATMarch 26, 2013 at 7:15 AM

    Jangan main-main owh dengan berjuta rakyat..

    Silap haribulan ada yang hilang nyawa kali ini. Sebab orang sudah marah dengan segala macam penipuan, angkara jahat pemrintah yg kotor lagi mengotorkan..

    ReplyDelete

Search This Blog