Dalam
satu bulan yang lalu, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sering mengatakan
tentang “ajaran sesat”.Lihat TheBorneoPost 20hb Feb
13 dan TheStar 22hb Mar 13.Ia telah
jelasnya menjadi satu corak yang tidak seharusnya ditinggal tanpa dicabar oleh
kerana ia seakan-akan mengelirukan orang awam.
Setelah
menuduh NGO-NGO tidak bernama mengelirukan orang awam dengan “ajaran sesat”,
SPR terus programnya mengelirukan orang awam malah lebih dengan membuat
pengumuman awam yang akan retak atas tatapan yang teliti.
Mari
melihat apakah nilainya penjelasan itu.
Pertama, mereka secara tersirat mengakui bahawa
terdapat pendaftaran berganda!
Kedua, akankah dakwat kekal menghalang pengundian
berganda seperti yang didakwa oleh SPR itu?
UNDP Procurement Guide For
Post-Conflict Electionstelah mencadangkan bahawa dakwat kekal mempunyai
hayat andal selama 3 hari! [dakwat kekal digunakan untuk pilihan raya
selepas konflik. Begitulah buruknya
terjadi sistem pilihan raya kami.]
Kami tidak tahu jenis dakwat kekal apakah yang akan digunapakai
SPR. Kumpulan-kumpulan bebas tidak
diberi sebarang demonstrasi ketahanan dakwat mahupun sampel-sampel dakwat bagi
pengujian. Tanpa bukti lain, kita perlu
ambil syor UNDP sebagai sahih.
Peraturan
3 (1A) Elections
(Conduct of Elections) Regulations 1981 memerlukan bahawa “hari pengundian awal
akan ditetapkan tidak kurang daripada
tujuh hari selepas hari penamaan calon dan tidak kurang daripada 3 hari dari tarikh atau tarikh-tarikh hari
pengundian”. Terdapat satu jangkamasa
tertentu bagi Pengundian Awal, 7 hari
selepas penamaan calon dan 3 hari sebelum hari pengundian.Ini sangat aneh.
Dakwat
kekal bagi Pengundian Awal tidak boleh memenuhi syor minima UNDP melainkan
mereka menggunakan dakwat berkualiti sangat tinggi dan mempunyai prosedur ketat
bagi menghalang penipuan.Oleh itu SPR tidak boleh menjamin dakwat kekal yang
digunakan di atas Pengundi-pengundi Awalakan kekal dapat dilihat pada hari
pengundian.
Terdapat factor-faktor
tambahan yang SPR memilih untuk mengabaikan walaupun faktor-faktor ini telah
secara terbuka dibincangkan semasa yang dikatakan “ajaran sesat”, sebahagian
sessi-sessi ini dihadiri oleh orang-orang yang disyaki pegawai-pegawai SPR
malah juga ahli-ahli Cawangan Khas:
1. Apakah langkah-langkah yang
diambil terhadap seseorang pengundi menyalut jari dengan satu bahan jernih
seperti gilap kuku telus untuk menghalang dakwat kekal dari melekat?
2. Apakah pelarut yang telah SPR
ujikan dengan dakwat kekal untuk menentukan ketidakhapusannya? Apakah kepastian bahawa seseorang yang tahu kimia
dakwat tidak boleh mereka satu cara mengurangkan, jika tidak membuang, kesan
dakwat?
3. Adakah dakwat kekal pernah
diuji pada pelbagai jenis kulit untuk memastikan bahawa ketidakhapusannya
berkesan merentasi semua jenis-jenis kulit?
4. Agen-agen Undian kini
ditempatkan di mana ia amat sukar bagi mereka memeriksa jari-jari para
pengundi. Terdapat sebuah video lucu sedang
diedar di YouTube yang menunjukkan ini.Walaupun bersifat lucu, kemungkinannya
para pengundi yang telah mengundi boleh dibenarkan mengundi sekali lagi amat menakutkan,
terutamanya memandangkan bahawa SPR sendiri dituduh berpakat sulit dengan
kepimpinan kini.
5. Dalam sebuah video latihan yang dikeluarkan oleh SPR, Ketua Tempat Mengundi diberi arahan bagaimana mengatasi barisan panjang di Tempat Mengundi dengan memproses para pengundi berdua-dua. Kalau begitu, bagaimanakah Agen-agen Mengundi memeriksa jari-jari bagi dakwat kekal?Jika pakatan sulit disyaki, pemprosesan berganda boleh dilaksanakan apabila para pengundi dengan jari-jari comot datang mengundi, dengan demikian membolehkan orang-orang tersebut berjaya mengundi dua kali.
5. Dalam sebuah video latihan yang dikeluarkan oleh SPR, Ketua Tempat Mengundi diberi arahan bagaimana mengatasi barisan panjang di Tempat Mengundi dengan memproses para pengundi berdua-dua. Kalau begitu, bagaimanakah Agen-agen Mengundi memeriksa jari-jari bagi dakwat kekal?Jika pakatan sulit disyaki, pemprosesan berganda boleh dilaksanakan apabila para pengundi dengan jari-jari comot datang mengundi, dengan demikian membolehkan orang-orang tersebut berjaya mengundi dua kali.
6. Biarpun pemeriksaan identiti
dijalankan pengundi demi pengundi, kita seharusnya tetap sedar akan kekangan
masa – dalam setiap Tempat Mengundi (Saluran), sebanyak 700 pengundi hendaklah
diproses dalam masa 9 jam. Ini bermakna
setiap pengundi perlu diproses dalam hanya 46 saat. Dalam 46 saat tersebut, yang berikut perlu
dilakukan:
a. Jari
pengundi perlu diperiksa dan disahkan.
b. Dokumen
pengenalan pengundi perlu diperiksa dan gambar perlu sepadan dengan muka
pengundi.
c. Rekod
pengundi perlu ada dalam Daftar Pemilih
d. Nama dan
nombor pengenalan pengundi perlu dibandingkan di antara dokumen pengenalan dan
Daftar Pemilih
e. Nama dan
nombor pengenalan pengundi perlu disebutkan untuk pengesahan Agen-agen
Mengundi.
f. Masa
mesti dibenarkan untuk Agen Mengundi menaikkan sebarang bantahan
g. Jika
terdapat sebarang bantahan, masa selanjutnya untuk baki pengundi akan lagi
dikurangkan.
Jadi, berapa berkesankah pemeriksaan Agen Mengundi?Namun
Timbalan Pengerusi SPR berani menuntut secara terbuka (TheStar 22hb Mar 13) “Ia hanya mengambil masa tiga minit bagi
seseorang untuk mengundi, melainkan dia menimbulkan huru-hara dan enggan
mengikut arahan”, dia memberitahu para wartawan selepas mempengerusikan
satu sesi khas bersama pegawai-pegawai pilihan raya dan pegawai-pegawai polis
semalam.
Sehingga
kini SPR tidak membuat apa-apa untuk meyakini Masyarakat Sivil bahawa
pelaksanaan dakwat kekal dijangka akan berkesan.Segala yang kami telah
perhatikan adalah situasi-situasi yang bakal menjadi kelam-kabut dan jawapan-jawapan
yang diberikan kepada soalan-soalan yang dikemukakan tiada yang boleh
dipercayai.
Ada satu
lagi faktor amat penting yang telah dibiarkan oleh SPR – terdapat satu kelas
pengundi di mana dakwat kekal tidak akan digunakan! Ya, tiada peruntukan bagi dakwat kekal
digunakan pada Pengundi Pos.Kami faham tidak praktis menggunakan dakwat kekal ke
atas orang yang boleh berada di mana-mana apabila mereka mengundi. Tetapi kebanyakan pengundi pos tempatan boleh
mengundi sebagai Pengundi Awal! Tetapi
mereka tidak diklasifikasikan sebegitu.
Ini
adalah sebab betapapentingnya yang mana-mana orang layak menjadi Pengundi Pos
mesti betul-betul dibuang dari Daftar Pemilih para pengundi tetap.Kalau tidak
dakwat kekal TIDAK DAPAT menjamin bahawa pendaftaran berganda tidak bermakna
pengundian berganda.
Ingat
bahawa mana-mana ahli Polis dan kuasa-kuasa Tentera boleh, pada bila-bila masa,
memilih untuk mengundi secara pos.Ini bermaksud Papagomoterkenal
mungkin boleh menggunakan kedua-dua identitinya yang ketenteraan dan awam untuk
mengundi.Jadi jangan kita ditipu dan diredakan ke dalam kepuasan hati.Ini
adalah satu lubang yang amat besar dalam sistem ini.
Undi pos
juga disediakan untuk semua pegawai SPR – kira-kira 300,000 daripada mereka.Ini
berpotensi menwujudkan 300,000 undi berganda.Ini bukan nombor remeh
memandangkan bahawa kadang-kadang kerusi-kerusi boleh dimenangi atau dirampas
oleh perbezaan beberapa ratus atau puluhan.Ia hanya mengambil majoriti satu
undi untuk dimenangi.
Wartawan-wartawan
bertugas juga layak untuk menjadi Pengundi Pos.
Kami boleh menjangka bahawa, jika pakatan sulit disyaki ternyata
sebenar, wartawan-wartawan yang dibenarkan undian berganda akanmengundi
bergantung kepada pemihakan organisasi politik induk mereka. Kami tidak mencadangkan bahawa ini akan
berlaku. Kami hanya mengatakan bahawa
lubang dalam sistem itu belum ditutup dengan berkesan. Kami tidak seharusnya begitu bergantung akan
kejujuran orang yang terlibat. Sistem-sistem
sepatutnya direka bentuk untuk menjadi selamat.
Terdapat
satu unsur lain yang orang ramai tetap jahil – dengan penggunaan satu Borang
717, seorang pegawai SPR boleh membuang Undian Posnya di mana-mana Stesen
Mengundi.
Ini malah
disediakan dalam Conduct of Election Regulations 15(1)!
Dengan syarat
bahawa jika seseorang pemilih bagi sesuatu bahagian-pilihanraya dipertugaskan sebagai
ketua tempat mengundi atau
dalam apa-apa jawatan lain di suatu tempat mengundi dalam
bahagian-pilihanraya tersebut dan sukar baginya hendak mengundi di tempat
mengundi yang telah diuntukkan bahagian daftar pemilih yang mengandungi
namanya, pegawai pengurus boleh
membenarkan pemilih itu mengundi di mana-mana tempat mengundi dalam
bahagian-pilihanraya itu. Kebenaran itu hendaklah diberi di bawah tandatangan
pegawai pengurus dan hendaklah menyatakan nama pemilih itu, dan nombornya dalam
daftar pemilih, dan juga bahawa ia adalah dipertugaskan sebagaimana tersebut di
atas dan hendaklah menyatakan tempat mengundi di mana ia dibenarkan mengundi
itu.
Oleh
kerana pengeluaran Kertas Undi ini tidak disaksikan oleh mana-mana agen bebas,
sebarang jumlah Kertas Undi sedemikian boleh dikeluarkan kepada pegawai-pegawai
tersebut.Dan Kertas-kertas Undi ini boleh dibuangkan di mana-mana Saluran
selagi mereka disertai dengan satu Borang 717.
Sekiranya
tiada sistem pengesahan ditetapkan, pegawai-pegawai SPR boleh membuang seberapa
jumlah undi. Dan kerana inilah ajaran
NGO-NGO tentang Undang-undang Pilihan Raya dan Proses Pilihan Raya dituduh
sebagai “ajaran sesat” – terlalu banyak rahsia SPR sedang
didedahkan/terbongkar.
Kami
pernah mengatakan dan akan mengatakan sekali lagi – KAMI TIADA KEYAKINAN DALAM
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA SEKARANG.
Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa suatu Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik “yang mendapatkan keyakinan orang awam”.Orang awam telah hilang keyakinan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya ini dan menyeru Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong supaya memecat Suruhanjaya Pilihan Raya ini. Kami hanya boleh mengadakan pilihan raya secara demokrasi jika badan ditugaskan menjalankan pilihan raya mampu bertindak dalam cara yang adil dan tidak berat sebelah (saksama?). Suruhanjaya Pilihan Raya sekarang telah membuktikan berkali-kali bahawa ia adalah bukan sahaja berat sebelah tetapi juga tidak cekap.
Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa suatu Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik “yang mendapatkan keyakinan orang awam”.Orang awam telah hilang keyakinan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya ini dan menyeru Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong supaya memecat Suruhanjaya Pilihan Raya ini. Kami hanya boleh mengadakan pilihan raya secara demokrasi jika badan ditugaskan menjalankan pilihan raya mampu bertindak dalam cara yang adil dan tidak berat sebelah (saksama?). Suruhanjaya Pilihan Raya sekarang telah membuktikan berkali-kali bahawa ia adalah bukan sahaja berat sebelah tetapi juga tidak cekap.
Enough is
enough!
Jangan main-main owh dengan berjuta rakyat..
ReplyDeleteSilap haribulan ada yang hilang nyawa kali ini. Sebab orang sudah marah dengan segala macam penipuan, angkara jahat pemrintah yg kotor lagi mengotorkan..