UCAPAN DATUK DR JEFFREY KITINGAN SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN STAR DAN PELANCARAN KEMPEN “SELAMATKAN SABAH TANAH AIRKU”

TEMA UCAPAN:
“SELAMATKAN SABAH TANAHAIRKU”

Dewan Utama, SM Kian Kok Kota Kinabalu
6th January 2013
 
Salam hormat, salam Ini Kali Lah, Salam Borneo Bersatu dan Salam Reformasi.  

Terima kasih kepada Pengerusi Penganjur, 
Selamat datang kepada semua pemimpin STAR di pelbagai peringkat, para jemputan dan semua pejuang STAR, anak anak pribumi Sabah yang saya percaya sudah berjuang sepenuh jiwa raga untuk menyelamatkan Sabah.


Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal dan menyambut Tahun Baru dengan azam yang lebih kekal kuat dan maju.

Saya percaya perjumpaan kita pada pagi ini diizinkan oeh Tuhan kerana berfokuskan kepada perjuangan menuntut hak dan keadilan, seperti yang tertulis dalam Amsal 31:7-8 “Belalah mereka yang tak dapat membela dirinya sendiri.  Lindungilah hak semua orang yang tak berdaya. Berjuanglah untuk mereka dan jadilah hakim yang adil.  Lindungi lah hak orang miskin dan orang tertindas”

1.            TUJUAN PERHIMPUNAN

(a)          Ulangtahun Pertama STAR di Sabah
(b)          Pelancaran kempen “Selamatkan Sabah Tanah Airku”


2.            PENCAPAIAN STAR SABAH DALAM SE TAHUN

Para pejuang yang di hormati, 6hb Januari 2012, tarikh keramat kerana tarikh inilah STAR telah bertapak di bumi Sabah dan pada hari ini kita berkumpul untuk merayakan ulang tahun yang pertama.  Namun begitu kita bukan saja merayakan bahkan mengingati betapa hebatnya sambutan rakyat Sabah terhadap STAR.

Dalam tempoh setahun STAR telah mencapai beberapa kejayaan:-

(a)          270,000 ahli vs 60,000 PKR (selepas 7 tahun);
(b)          Bergerak dan bertapak di semua 26 Parliament termasuk Labuan dan 60 DUN;



(c)           Berjaya mengwujudkan slogan “INI KALI LAH”! yang efektif sampai diciplak dan ditiru oleh parti parti lain;
(d)          Berjaya menggerak hati rakyat untuk berjuang;
(e)          Memberi nafas baru kepada STAR;
(f)           Berjaya menjadikan Parti nyamuk kepada parti yang besar dihormati dan disegani;
(g)          Menjadikan STAR sebagai landasan utama untuk memperjuangkan hak hak Sabah / Sarawak melalui “Agenda Borneo”

3.            SEJARAH GELOMBONG POLITIK DISABAH

(a)          Sabah mencipta sejarah gelombang 2 kali:-
(i)     1976       -     USNO ditumbangkan oleh BERJAYA;
(ii)    1985       -BERJAYA ditumbangkan oleh PBS;
(iii)   1994       -PBS ditumbangkan (rampas kuasa) oleh katak katak;

(b)          Sekarang gelombang yang ketiga – “TURNING POINT”
                            Melalui kempen “SELAMATKAN SABAH TANAH AIR KU”
                            Dari Utara ke Selatan
                            Dari Timur ke Barat
                            Dari Kampung ke Bandar
                            Dari Pulau de Puncak Gunung Kinabalu,
                            Kita akanmengakibatkanTSUNAMI POLITIK SABAH
                            Untuk menumbangkan BN dan mencatat satu lagi sejarah “TURNING POINT” di Sabah !

4.            MALAYSIA KINI PERLUDISELAMATKAN

Kerana Malaysia sudah rosak! 
Malaysiayang ada sekarang bukanlah Persekutuan Malaysia yang telah dipersetujui olehbapa-bapa Kemerdekaan kita sebelum danpadatahun 1963.

(a)          Persekutuan Malaysia gagal dari mula kerana janji janji tidak dilaksanakan;
(b)          Pemimpin Malaya mengambil kesempatan keatas kekurangan pemimpin pemimpin;
(c)           Malaya menjadi “MALAYSIA” dan Sabah / Sarawak diambil alih;
(d)          Tiada perlembagaan Malaysia hanya Perlembagaan Malaya;
(e)          Buktinya Artikel 160 Perlembagaan mendefinasikan persekutuan berasaskan Perjanjian 1957 bukan 1963;
(f)           Malaya masquerading as “MALAYSIA”;
(g)          Perjanjian Malaysia 1963 perlu dikaji semula untuk selamatkan MALAYSIA.

5.            MALAYSIA KINI MENGHADAPI  MASALAH KRITIKAL

                Oleh sebab kegagalan / kesilapan pemimpin-pemimpin Malaya, Malaysia kini menghadapi masalah-masalah kritikal seperti berikut:-
(a)          A highly corrupted Nation – No.1 in the world.  RM300 billion hilang – kemana ia pergi?
(b)          A highly geared Nation of about RM500 billion in National debt (hutang Negara) (about 55% of GNP);
Siapa akan menanggung hutang ini?
(c)           Hasil dan ekonominya bergantung kepada minyak petroleum dan gas, apa akan terjadi bila telaga-telaga minyak kering?
(d)          Survival politik Kerajaan sekarang bergantung kepada PTI / orang asing sebagai pengundi / penentu (disalahgunakan);


(e)          Sementera orang orang asal / anak Negeri dipinggirkan dan diekploitasikan.   Tanah mereka dirampas dan hak mereka dinafikan (disenfranchisement);
(f)           Jika keadaan ini berterusan MALAYSIA AKAN MUFLIS, etc;
(g)          Cangkaman Malaya terhadap Sabah akan lagi teruk!

6.            BN GOVERNMENT NOW DESPERATE’-   SPENDING SPREE

(a)          More problems / mistakes and bigger deficit (both PR and BN);
(b)          PM in Sabah 7 times in 2012 / PR leaders also – WHY?
(c)           Najib had no choice but to agree on RCI;
(d)          Even on the issue of ‘ALLAH’ ;
(e)          Election goodies – BRIM 1 /2 increase salaries of civil servants, payouts to retirees, rebate to taxis, smart phones, etc.

7.            SABAH / SARAWAK ‘KUNCI PENYELESAIAN

(a)          Selamatkan Sabah untuk selamatkan Malaysia – Fixed Deposit;
(b)          Sabah / Sarawak sebagai penentu kuasa (tsunami politik 2008);
(c)           Sabah / Sarawak sebagai KUASAKETIGA (3rdForce);
(d)          Sabah sebagai “simpanan tetap / fixed deposit’ BN / UMNO;
(e)          Sabah sebagai padang permainan politik Malaya;
(f)           Sabah sebagai “BATTLEGROUND” memenangi Putrajaya.

8.            CARA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH MALAYSIA

(a)          Face the truth and stop all the nonsense!
(b)          How?  Bagaimana?
(i)        All Malaysians must care and act in the national interest;
(ii)       Ordinary / all Malaysians must take responsibility;
(iii)      Tukar Kerajaan / pemimpin-pemimpin
(c)           Bagi Sabah / Sarawak tidak mencukupi hanya untuk menukar Kerajaan kerana ia tidak semestinya menyelesaikan masalah-masalah di Borneo

9.            TAHUN BARU 2013 PELUANG UNTUK PEMBETULAN, PEMULIHAN DAN PEMBAHARUAN

(a)          Sabah / Sarawak perlu sesuatu perubahan yang lebih daripada perubahan Kerajaan / Pemimpin kita perlu selesaikan tuntutan kita.

At stake are :-
1)                  Our State rights and our position in the Federation
2)                  Our Autonomy
3)                  The Malaysia Agreement
4)                  The 20 Points
5)                  Our oil and gas resources
6)                  Our Native rights
7)                  Our Political Franchise, and
8)                  Our Security.
                Semuanya perlu diselesaikan, yang salah perlu diperbetulkan, yang kurang perlu ditambah, yang dirampas perlu dikembalikan.

                Kebetulan juga 2013 adalah tahun Jubilee Malaysia (50 tahun), pandanglah tahun 2013 ini sebagai tahun untuk PEMBETULAN, PEMULIHAN DAN PEMBAHARUAN.


                Walau macam mana pun cabaran kita begitu banyak sekali, eg: bagaimanakah kita boleh mencapai objektif kita  di dalam suasana dan persekitaran yang beitu mencabar sekali kerana:-
·            berat sebelah / ketidak adilan
·            pecah dan perintah
·            ketuanan Malaya / Melayu (UMNO) hegemony
·            Projek IC dan pengundi penguin hantu dll
·            pembayaran pembayaran subsidi, BRIM1dan BRIM 2 dan umpan umpan yang lain
·            penguasaan media cetak
·            pemberian tangki biru 1 Malaysia, dsb.

                Inilah cabaran cabaran kita selain daripada wang ringgit dan jentera yang lebih besar dan lebih hebat dari kita.

10.          KUASA DAN PELUANG SABAH / SARAWAK SEBAGAI PENENTU

Walaupun demikian kita ada juga kelebihan tersendiri.

                Sabahans/ Sarawakians PERLU SEDAR bahawa masa inilah (PRU-13) kita berpeluang untuk berunding (TO STRIKE A DEAL) dengan pemimpin-pemimpin Malaya / Kerajaan Pusat kerana peranan kita sebagai kuasa penentu kelak (akibat tsunami politik 2008)
·            BN/ UMNO kehilangan majority 2/3
·            BN / UMNO kalah dalam 5 buah negeri
·            Berkongsi kuasa 50 / 50 di Semenanjung dengan Pakatan
·            Malaya jadi system 2 parti
·            Sabah / Sarawak menjadi Penyelamat / Penentu
·            Sabah / Sarawak bakal menjadi KUASAKETIGA.

                Inilah kuasa dan peluang yang boleh kita gerakkan untuk mencapai matlamat kita di Sabah dan Sarawak.

11.          RAKYAT SABAH/SARAWAK PERLU BERSATU UNTUK KEKALKAN KUASA PENENTU – BAGAIMANA SATUKAN RAKYAT?

(a)               Sabahan perlu faham tentang peluang yang ada / unik ini;
(b)               Sabahan perlu rasa terdesak dan terdorong untuk mencapai sesuatu matlamat (AGENDA BORNEO);
(c)                Rakyat perlu faham mengapa perlunya kerusi kerusi Parlimen / DUN dimenangi di atas tikit /lambang / bendera Sabah / Sarawak (Parti tempatan).

Ini amat penting kerana sekiranya kerusi Parlimen / DUN itu ditandingi dan dimenangi oleh parti parti dari Malaya, kita akan terus kehilangan kuasa penentu itu sebab wakil rakyatnya akan terus dikuasai oleh parti parti mereka seperti juga UMNO;
(d)               Sekiranya/ bilamana Sabah/ Sarawak Berjaya untuk kekalkan kuasa penentu ini, kita akan berkedudukan yang unik dan istimewa untuk menentukan destini dan masa depan kita sendiri;
(e)               Kedudukan ini akan juga membawa kita seolah olah kembali kepada 1963 dan sebelumnya tetapi dengan keadaan dan suasana yang berbeda:-
·                Sekarang kita lebih berpengetahuan dan berpengalaman;
·                Kita faham dan tahu apa kita mahu.
12.          SEBAB SEBAB SABAH PERLU DISELAMATKAN

                Sabah diambang kehancuran.
(a)               Sabah hilang hak-hak autonominya dan dijajah semula;
(b)               Mereka tetapi dikuasai oleh UMNO / Malaya;
(c)                Hasilnya kaya raya (RM 24 BILLION 2012) tetapi diambil oleh Kerajaan pusat Malaya;
(d)               Ada minyak / gas (RM 18 BILLION 2012) tetapi diambil / dikuasai oleh Petronas / Malaya;
(e)               Rakyat asal dipinggirkan dan hak tanah NCR mereka tidak dihormati;
(f)                Orang asing / PTI / pekerja asing tidak diurus / dikawal mengikut Perlembangaan dan Undang Undang dan disalah gunakan sebagai pengundi;
(g)               Orang asing / luar lebih ramai daripada orang asal tempatan dan dipelihara oleh Kerajaan UMNO/BN;
(h)               Tiada masa depan / masa depan gelap;
(i)                 Sabah telah menjadi Negeri yang paling miskin di Malaysia (laporan World Bank);
(j)                 Sabah diambang kehancuran dan diambil alih oleh orang luar dan perlu diselamatkan

                Saya ingin bersajak ….Boleh kah?

                SEDARLAH WAHAI RAKYAT SABAH
                SEDARLAH ….
                BANGUNLAH….
                BANGKITLAH DARI TIDUR NYENYAK MU…
                POSIKKKK…..

                JANGAN TUNGGU SEHINGGA KITA KEHILANGAN SEGALA GALANYA…
                JANGAN TUNGGU SEHINGGA HARI ESOK YANG TIDAK TERJAMIN…
                BANGUNLAH DARI TIDUR NYENYAK MU SEKARANG DAN SEDARLAH …..!
                MEREKA SEDANG MENJAJAH KITA TANPA KITA SEDAR
                MEREKA SEDANG MERAMPAS HAK DAN MILIK KITA – ADAKAH KITA SEDAR?
                POSIKKKKKKK…TUNGAG NOH!

                APAKAH KITA MASIH TIDUR?
                MASIH MAHU DISUAP?!
                MASIH MAHU DIJAJAH?!
                MASIH MAHU DICUCUK HIDUNG?!
                MASIH MAHU DIPERALATKAN DAN DIPERBODOHKAN?!
                ……………….TIDAK……….!!!!

                BANGUNLAH WAHAI SABAHAN, SEDARLAH….
                BANGKITLAH DARI TIDUR NYENYAK MU….
                POSIKKKKKK…TUNGAG NOH!

                JANGAN TUNGGU SEHINGGA HARI ESOK DIMILIKI ORANG!
                JANGAN TUNGGU MIMPI NGERI MENJADI REALITI!
                BANGUNLAH !  BANGKITLAH!  SEDARILAH!
                POSIKKKKKK…..

                BUKANKAH SABAH INI KITA PUNYA? ….YEAH
                BUKAN KAH KUASA DI TANGAN KITA? ….YEAH
                AYUH!  PERTAHANKANHAK HAK NEGARA KITA?
                SELAMATKAN SABAH TANAH AIRKU

                WAHAI SABAHAN….
                LUPAKAN SENGKETA DIANTARA KITA
                BEBASKAN DIRI MU DARI POLITIK PECAH DAN PERINTAH
                TINGGALKAN KEPENTINGAN PERIBADI MU
                ANGKATLAH KEPENTINGAN NEGARA MU
               
                BERSATU……………..!
                BERSATU KITA TEGUH BERPECAH KITA ROBOH
                SATUKAN LAH JIWA DAN SEMANGAT ANTARA KITA
                SELAMATKAN SABAH TANAH AIRKU!

                KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?
                KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI?
                INI KALI LAH!

13.          TIGA PILIHAN KITA

                Apa sebenarnya yang kita mahu?

                Kita di Sabah / Sarawak mempunyai 3 pilihan
(a)               Biarkan saja / status quo (BN/UMNO memerintah);
(b)               Bebas dan bercerai dari Persekutuan;
(c)                Pembetulan, pemulihan dan pembaharuan
                (Correction, Restoration and Renewal)

Jika kita pilih pilihan (1) iaitu status quo, ianya bermakna kita akur kepada keadaan dan akan terus menerima penaklukan dan penjajahan Malaya, ketidak adilan, ketuanan Malaya dan exploitasi mereka terhadap Sabah dan Sarawak.
INI TIDAK BOLEH DITERIMA DAN PATUT DITOLAK!

Jika kita memilih pilihan (2), iaitu pembebasan dan penceraian daripada Malaya, walaupun menarik, ianya merupakan pilihan yang boleh dianggap drastic oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang sudah terlalu lama di indoktrinasikan.  Kemungkinan besar ramai yang akan takut dengan pilihan ini.

Maka kita bijak untuk memilih pilihan ke 3, sebah ianya bukan sahaja tepat tetapi boleh diterima oleh semua.Pilihan inilah yang perlu diperjuangkan.  Iaitu untuk memperbetulkan yang salah (CORRECTION), memulihkan yang kurang  hilang(RESTORATION) dan memperbaharukan yang tidak lagi relevant (RENEWAL).

BAGAIMANAKAN PILIHAN PILIHAN INI BOLEH DITERJEMAHKAN SEMASA PRU 13 NANTI?

14.          AGENDA BORNEO VS AGENDA MALAYA

BN/UMNO – status quo – PR/PKR? (hanya tukar Parti / Pemimpin).
UBA / STAR = Correction, Restoration, Renewal.  (Pembetulan, Pemulihan dan Pembaharuan).

Semasa PRU 13 nanti, ada 3 kumpulan akan bersaing / bertanding dengan parti komponen mereka masing masing, ia itu:-
a)                  BN/UMNO;
b)                  PR/PKR;
c)                   UBA/STAR.

Ramai yang mengatakan perlunya satu lawan satu jika mahu kalahkan BN/UMNO.Malah mereka berpendapat kadangkala tanpa berfikir bahawa1 lawan 1 sajalah formula yang tepat.Bagi kita, ianya hanyalah satu konsep yang baik tetapi tidak semestinya yang betul dan tepat setiap keadaan etc.

Dalam scenario PRU 13, BN/UMNO dan PR/PKR adalah pemain utama, di Semenanjung, kedua dua kumpulan ini juga berebut untuk menguasai Putrajaya.Manakala UBA/STAR tertumpu kepada Borneo sahaja – Sabah / Sarawak.  Kedua dua kumpulan ini juga berebut 222 kerusi Parlimen, iaitu 166 kerusi di Malaya termasuk Labuan, 25 di Sabah dan 31 di Sarawak.

BAGAIMANAKAH PERTANDINGAN INI AKAN BERLAKU DAN BERAKHIR

Macam mana dan bagaimana kah pengundi pengundi akan buat pemilihan, khasnya di Sabah?

Selain daripada konsep 1 lawan 1, cara biasa ada langkah konsep atau cara yag lain untuk memudahkan pemilihan?

Sudah tentu ada!
Ya, itu konsep baru 1 lawan 1:
                                AGENDA BORNEOLAWANAGENDA MALAYA

                Maksudnya begini:-

                BN/UMNO dan PR / PKR
                Sebenarnya mempunyai agenda yang sama terhadap Sabah, walaupun bersaing untuk mendapatkan Putrajaya, kerana kedua dua BN/UMNO dan PR/PKR masing masing akan mengkekalkan kedudukan Sabah/Sarawak sebagai Negeri kawalan mereka (Subservient State)dan melayan Sabah / Sarawak sebagai negeri ke 12 dan ke 13 dalam persekutuan Malaya dan bukan sebagai rakan kongsi sama taraf (nyata dengan jelas dalam Buku Jingga dan Deklarasi Kuching).

                Begitu juga mengenai isu petroleum, menaikkan royalty minyak daripada 5% kepada 20% tidak akan menyelesaikan / memulihkan hak minyak kepada Sabah.  Malaya / Petronas masih menguasai hak minyak Sabah dan 80% hasilnya!

                Sama juga akan berlaku nanti terhadap isu PTI, projek IC, dan yang berkaitan kerana ketua PR/PKR terlibat dalam isu ini semasa dalam UMNO.

                Ini bererti BN/UMNO dan PR/PKR sebenarnya mempunyai agenda yang sama.  Maka, eloknya dan tetaplah mereka dikategorikan dalam agenda Malaya.Barang siapa yang menyokong mereka, BN/PR, adalah juga penyokong agenda Malaya dan mengkhianat kepada Agenda Borneo.

                Sabah adalah hadiah/piala kemenangan Putrajaya bagi mereka.  Kedudukan Sabah/Sarawak tidak akan berubah jika kita benarkan orang lain menguasai kita dan menentukan masa depan kita.

15.          MASA DEPAN SABAH DI TANGAN KITA

Kali ini Sabahan dan Sarawakian mesti muat pendirian sendiri dan tentukan kedudukan mereka secara bebas.


We can no longer afford to be led by our noses and be controlled by Malaya.  This does not mean that we are against them or cannot work with them.  It also does not mean that we are anti-Peninsular or anti-Malaya.  It only means, we no longer want to be Malaya’s colony.

We want to be equal partners in the proposed Malaysian Federation.  We want to work with them (Malaya) but not under them …it means sitting down as our ancestors did, to discuss over partnership on terms that are fair, acceptable and beneficial.  This is what the Agenda Borneo is all about!!!

                In the context of PRU 13, Sabahans and Sarawakians must decide whether to continue to be exploited and internally colonized by Malaya under BN/UMNO or PR/PKR under AGENDA MALAYA, or to be free from this shackles and to pursue the BORNEO AGENDA under UBA/STAR as a third force equivalent to BN/PR leverage.

                Sabahans must decide what is best for them!

                There is no better time than PRU 13. 
                IT IS NOW OR NEVER!!
                INI KALI LAH!!!!!!


No comments:

Post a Comment