Salam hormat, salam Ini Kali Lah, Salam Borneo
Bersatu dan Salam Reformasi.
Terima kasih kepada Pengerusi Penganjur,
Selamat datang kepada semua pemimpin STAR di
pelbagai peringkat, para jemputan dan semua pejuang STAR, anak anak pribumi
Sabah yang saya percaya sudah berjuang sepenuh jiwa raga untuk menyelamatkan
Sabah.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal dan menyambut Tahun Baru dengan azam yang lebih kekal kuat dan maju.
Saya percaya perjumpaan kita pada pagi ini
diizinkan oeh Tuhan kerana berfokuskan kepada perjuangan menuntut hak dan
keadilan, seperti yang tertulis dalam Amsal
31:7-8 “Belalah mereka yang tak dapat membela dirinya sendiri. Lindungilah hak semua orang yang tak
berdaya. Berjuanglah untuk mereka dan jadilah hakim yang adil. Lindungi lah hak orang miskin dan orang
tertindas”
1. TUJUAN PERHIMPUNAN
(a)
Ulangtahun Pertama STAR di Sabah
(b)
Pelancaran kempen “Selamatkan Sabah Tanah Airku”
2. PENCAPAIAN
STAR SABAH DALAM SE TAHUN
Para pejuang yang di hormati, 6hb Januari 2012,
tarikh keramat kerana tarikh inilah STAR telah bertapak di bumi Sabah dan pada
hari ini kita berkumpul untuk merayakan ulang tahun yang pertama. Namun begitu kita bukan saja merayakan bahkan
mengingati betapa hebatnya sambutan rakyat Sabah terhadap STAR.
Dalam tempoh setahun STAR telah mencapai
beberapa kejayaan:-
(a)
270,000 ahli vs 60,000 PKR (selepas 7
tahun);
(b)
Bergerak
dan bertapak di semua 26 Parliament termasuk Labuan dan 60 DUN;
(c)
Berjaya mengwujudkan slogan “INI KALI LAH”!
yang efektif sampai diciplak dan ditiru oleh parti parti lain;
(d)
Berjaya
menggerak hati rakyat untuk berjuang;
(e)
Memberi
nafas baru kepada STAR;
(f)
Berjaya menjadikan Parti nyamuk kepada
parti yang besar dihormati dan disegani;
(g)
Menjadikan STAR sebagai landasan utama
untuk memperjuangkan hak hak Sabah / Sarawak melalui “Agenda Borneo”
3. SEJARAH
GELOMBONG POLITIK DISABAH
(a)
Sabah mencipta sejarah gelombang 2 kali:-
(i) 1976 - USNO
ditumbangkan oleh BERJAYA;
(ii) 1985 -BERJAYA
ditumbangkan oleh PBS;
(iii) 1994 -PBS
ditumbangkan (rampas kuasa) oleh katak katak;
(b)
Sekarang gelombang yang ketiga – “TURNING POINT”
Melalui
kempen “SELAMATKAN
SABAH TANAH AIR KU”
Dari Utara ke Selatan
Dari Timur ke Barat
Dari Kampung ke Bandar
Dari Pulau de Puncak Gunung Kinabalu,
Kita akanmengakibatkanTSUNAMI POLITIK SABAH
Untuk
menumbangkan BN dan mencatat satu lagi sejarah “TURNING POINT” di Sabah !
4. MALAYSIA
KINI PERLUDISELAMATKAN
Kerana Malaysia sudah rosak!
Malaysiayang ada sekarang bukanlah Persekutuan
Malaysia yang telah dipersetujui olehbapa-bapa
Kemerdekaan kita sebelum danpadatahun 1963.
(a)
Persekutuan Malaysia gagal dari mula
kerana janji janji tidak dilaksanakan;
(b)
Pemimpin Malaya mengambil kesempatan
keatas kekurangan pemimpin pemimpin;
(c)
Malaya menjadi “MALAYSIA” dan Sabah /
Sarawak diambil alih;
(d)
Tiada perlembagaan Malaysia hanya Perlembagaan Malaya;
(e)
Buktinya Artikel 160 Perlembagaan
mendefinasikan persekutuan berasaskan Perjanjian 1957 bukan 1963;
(f)
Malaya masquerading as “MALAYSIA”;
(g)
Perjanjian Malaysia 1963 perlu dikaji
semula untuk selamatkan MALAYSIA.
5. MALAYSIA
KINI MENGHADAPI MASALAH
KRITIKAL
Oleh sebab kegagalan / kesilapan pemimpin-pemimpin Malaya, Malaysia kini menghadapi
masalah-masalah
kritikal seperti berikut:-
(a)
A highly corrupted Nation – No.1 in the
world. RM300 billion hilang – kemana ia
pergi?
(b)
A highly geared Nation of about RM500 billion in
National debt (hutang Negara) (about 55% of GNP);
Siapa akan menanggung hutang ini?
(c)
Hasil dan ekonominya bergantung kepada
minyak petroleum dan gas, apa akan terjadi bila telaga-telaga minyak kering?
(d)
Survival politik Kerajaan sekarang
bergantung kepada PTI / orang asing sebagai pengundi / penentu (disalahgunakan);
(e)
Sementera orang orang asal / anak Negeri
dipinggirkan dan diekploitasikan. Tanah
mereka dirampas dan hak mereka dinafikan (disenfranchisement);
(f)
Jika keadaan ini berterusan MALAYSIA AKAN
MUFLIS, etc;
(g)
Cangkaman Malaya terhadap Sabah akan lagi
teruk!
6. BN
GOVERNMENT NOW ‘DESPERATE’- SPENDING
SPREE
(a)
More problems / mistakes and bigger
deficit (both PR and BN);
(b)
PM in Sabah 7 times in 2012 / PR leaders
also – WHY?
(c)
Najib had no choice but to agree on RCI;
(d)
Even on the issue of ‘ALLAH’ ;
(e)
Election goodies – BRIM 1 /2 increase salaries of civil servants,
payouts to retirees, rebate to taxis, smart phones, etc.
7. SABAH
/ SARAWAK ‘KUNCI PENYELESAIAN”
(a)
Selamatkan Sabah untuk selamatkan
Malaysia – Fixed Deposit;
(b)
Sabah / Sarawak sebagai penentu kuasa
(tsunami politik 2008);
(c)
Sabah / Sarawak sebagai KUASAKETIGA (3rdForce);
(d)
Sabah sebagai “simpanan tetap / fixed
deposit’ BN / UMNO;
(e)
Sabah sebagai padang permainan politik
Malaya;
(f)
Sabah sebagai “BATTLEGROUND”
memenangi Putrajaya.
8. CARA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH MALAYSIA
(a)
Face the truth and stop all the nonsense!
(b)
How? Bagaimana?
(i) All Malaysians must care and act in the national interest;
(ii) Ordinary / all Malaysians must take
responsibility;
(iii) Tukar Kerajaan / pemimpin-pemimpin
(c)
Bagi Sabah / Sarawak tidak mencukupi
hanya untuk menukar Kerajaan kerana ia tidak semestinya menyelesaikan masalah-masalah di Borneo
9. TAHUN BARU 2013 PELUANG UNTUK PEMBETULAN, PEMULIHAN DAN PEMBAHARUAN
(a)
Sabah / Sarawak perlu sesuatu perubahan
yang lebih daripada perubahan Kerajaan / Pemimpin kita perlu selesaikan
tuntutan kita.
At stake
are :-
1)
Our State rights and our position in
the Federation
2)
Our Autonomy
3)
The Malaysia Agreement
4)
The 20 Points
5)
Our oil and gas resources
6)
Our Native rights
7)
Our Political Franchise, and
8)
Our Security.
Semuanya perlu diselesaikan, yang salah perlu diperbetulkan,
yang kurang perlu ditambah, yang dirampas perlu dikembalikan.
Kebetulan juga 2013 adalah tahun Jubilee
Malaysia (50 tahun), pandanglah tahun 2013 ini sebagai tahun untuk PEMBETULAN,
PEMULIHAN DAN PEMBAHARUAN.
Walau macam mana pun cabaran kita begitu banyak
sekali, eg: bagaimanakah kita boleh mencapai objektif kita di dalam suasana dan persekitaran yang beitu
mencabar sekali kerana:-
·
berat sebelah / ketidak adilan
·
pecah dan perintah
·
ketuanan Malaya / Melayu (UMNO) hegemony
·
Projek IC
dan pengundi penguin hantu dll
·
pembayaran pembayaran subsidi, BRIM1dan BRIM 2 dan umpan umpan yang lain
·
penguasaan media cetak
·
pemberian tangki biru 1 Malaysia, dsb.
Inilah cabaran cabaran kita selain daripada wang ringgit dan jentera yang
lebih besar dan lebih hebat dari kita.
10. KUASA DAN PELUANG SABAH / SARAWAK
SEBAGAI PENENTU
Walaupun
demikian kita ada juga kelebihan tersendiri.
Sabahans/ Sarawakians PERLU SEDAR bahawa masa inilah (PRU-13) kita berpeluang untuk berunding (TO STRIKE A DEAL) dengan pemimpin-pemimpin Malaya / Kerajaan Pusat kerana peranan kita sebagai kuasa
penentu kelak (akibat tsunami politik 2008)
·
BN/ UMNO kehilangan majority 2/3
·
BN / UMNO kalah dalam 5 buah negeri
·
Berkongsi kuasa 50 / 50 di Semenanjung
dengan Pakatan
·
Malaya jadi system 2 parti
·
Sabah / Sarawak menjadi Penyelamat /
Penentu
·
Sabah / Sarawak bakal menjadi KUASAKETIGA.
Inilah kuasa dan peluang yang boleh kita
gerakkan untuk mencapai matlamat kita di Sabah dan Sarawak.
11. RAKYAT
SABAH/SARAWAK PERLU BERSATU UNTUK KEKALKAN KUASA PENENTU – BAGAIMANA SATUKAN RAKYAT?
(a)
Sabahan perlu faham tentang peluang yang
ada / unik ini;
(b)
Sabahan perlu rasa terdesak dan terdorong
untuk mencapai sesuatu matlamat (AGENDA BORNEO);
(c)
Rakyat perlu faham mengapa perlunya
kerusi kerusi Parlimen / DUN dimenangi di atas tikit /lambang / bendera Sabah /
Sarawak (Parti tempatan).
Ini amat penting kerana sekiranya kerusi
Parlimen / DUN itu ditandingi dan dimenangi oleh parti parti dari Malaya, kita
akan terus kehilangan kuasa penentu itu sebab wakil rakyatnya akan terus
dikuasai oleh parti parti mereka seperti juga UMNO;
(d)
Sekiranya/ bilamana Sabah/ Sarawak
Berjaya untuk kekalkan kuasa penentu ini, kita akan berkedudukan yang unik dan
istimewa untuk menentukan destini dan masa depan kita sendiri;
(e)
Kedudukan ini akan juga membawa kita
seolah olah kembali kepada 1963 dan sebelumnya tetapi dengan keadaan dan
suasana yang berbeda:-
·
Sekarang kita lebih berpengetahuan dan
berpengalaman;
·
Kita faham dan tahu apa kita mahu.
12. SEBAB
SEBAB SABAH PERLU DISELAMATKAN
Sabah diambang kehancuran.
(a)
Sabah hilang hak-hak autonominya dan dijajah semula;
(b)
Mereka tetapi dikuasai oleh UMNO / Malaya;
(c)
Hasilnya kaya raya (RM 24 BILLION 2012) tetapi diambil
oleh Kerajaan pusat Malaya;
(d)
Ada minyak / gas (RM 18 BILLION 2012)
tetapi diambil / dikuasai oleh Petronas / Malaya;
(e)
Rakyat asal dipinggirkan dan hak tanah
NCR mereka tidak dihormati;
(f)
Orang asing / PTI / pekerja asing tidak
diurus / dikawal mengikut Perlembangaan dan Undang Undang dan disalah gunakan
sebagai pengundi;
(g)
Orang asing / luar lebih ramai daripada
orang asal tempatan dan dipelihara oleh Kerajaan UMNO/BN;
(h)
Tiada masa depan / masa depan gelap;
(i)
Sabah telah menjadi Negeri yang paling miskin
di Malaysia (laporan World Bank);
(j)
Sabah diambang kehancuran dan diambil
alih oleh orang luar dan perlu diselamatkan
Saya ingin bersajak ….Boleh kah?
SEDARLAH WAHAI RAKYAT SABAH
SEDARLAH ….
BANGUNLAH….
BANGKITLAH DARI TIDUR NYENYAK MU…
POSIKKKK…..
JANGAN TUNGGU SEHINGGA KITA KEHILANGAN SEGALA
GALANYA…
JANGAN TUNGGU SEHINGGA HARI ESOK YANG TIDAK
TERJAMIN…
BANGUNLAH DARI TIDUR NYENYAK MU SEKARANG DAN SEDARLAH …..!
MEREKA SEDANG MENJAJAH KITA TANPA KITA SEDAR
MEREKA SEDANG MERAMPAS HAK DAN MILIK KITA –
ADAKAH KITA SEDAR?
POSIKKKKKKK…TUNGAG NOH!
APAKAH KITA MASIH TIDUR?
MASIH MAHU DISUAP?!
MASIH MAHU DIJAJAH?!
MASIH MAHU DICUCUK HIDUNG?!
MASIH MAHU DIPERALATKAN DAN DIPERBODOHKAN?!
……………….TIDAK……….!!!!
BANGUNLAH WAHAI SABAHAN, SEDARLAH….
BANGKITLAH DARI TIDUR NYENYAK MU….
POSIKKKKKK…TUNGAG NOH!
JANGAN TUNGGU SEHINGGA HARI ESOK DIMILIKI
ORANG!
JANGAN TUNGGU MIMPI NGERI
MENJADI REALITI!
BANGUNLAH !
BANGKITLAH! SEDARILAH!
POSIKKKKKK…..
BUKANKAH SABAH INI
KITA PUNYA? ….YEAH
BUKAN KAH KUASA DI
TANGAN KITA? ….YEAH
AYUH!
PERTAHANKANHAK HAK
NEGARA KITA?
SELAMATKAN SABAH TANAH AIRKU
WAHAI SABAHAN….
LUPAKAN SENGKETA DIANTARA KITA
BEBASKAN DIRI MU DARI POLITIK PECAH DAN
PERINTAH
TINGGALKAN KEPENTINGAN PERIBADI MU
ANGKATLAH KEPENTINGAN NEGARA MU
BERSATU……………..!
BERSATU KITA TEGUH BERPECAH KITA ROBOH
SATUKAN LAH JIWA DAN SEMANGAT ANTARA KITA
SELAMATKAN SABAH TANAH AIRKU!
KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI?
INI KALI LAH!
13. TIGA PILIHAN KITA
Apa
sebenarnya yang kita mahu?
Kita di Sabah / Sarawak mempunyai 3 pilihan
(a)
Biarkan
saja / status quo (BN/UMNO memerintah);
(b)
Bebas dan
bercerai dari Persekutuan;
(c)
Pembetulan, pemulihan dan pembaharuan
(Correction, Restoration and Renewal)
Jika kita pilih pilihan (1) iaitu status
quo, ianya bermakna kita akur kepada keadaan dan akan terus menerima penaklukan
dan penjajahan Malaya, ketidak adilan, ketuanan Malaya dan exploitasi mereka
terhadap Sabah dan Sarawak.
INI TIDAK BOLEH DITERIMA DAN PATUT DITOLAK!
Jika kita memilih pilihan (2), iaitu
pembebasan dan penceraian daripada Malaya, walaupun menarik, ianya merupakan
pilihan yang boleh dianggap drastic oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang sudah
terlalu lama di indoktrinasikan.
Kemungkinan besar ramai yang akan takut dengan pilihan ini.
Maka kita bijak untuk memilih pilihan ke
3, sebah ianya bukan sahaja tepat tetapi boleh diterima oleh semua.Pilihan
inilah yang perlu diperjuangkan. Iaitu
untuk memperbetulkan yang salah (CORRECTION), memulihkan yang kurang hilang(RESTORATION)
dan memperbaharukan yang tidak lagi relevant (RENEWAL).
BAGAIMANAKAN PILIHAN PILIHAN INI BOLEH DITERJEMAHKAN
SEMASA PRU 13 NANTI?
14. AGENDA BORNEO VS AGENDA MALAYA
BN/UMNO – status quo – PR/PKR? (hanya
tukar Parti / Pemimpin).
UBA / STAR = Correction, Restoration, Renewal. (Pembetulan, Pemulihan dan Pembaharuan).
Semasa PRU 13 nanti, ada 3 kumpulan akan
bersaing / bertanding dengan parti komponen mereka masing masing, ia itu:-
a)
BN/UMNO;
b)
PR/PKR;
c)
UBA/STAR.
Ramai yang mengatakan perlunya satu lawan
satu jika mahu kalahkan BN/UMNO.Malah mereka berpendapat kadangkala tanpa
berfikir bahawa1
lawan 1 sajalah formula yang tepat.Bagi kita, ianya hanyalah satu
konsep yang baik tetapi tidak semestinya yang betul dan tepat setiap keadaan
etc.
Dalam scenario PRU 13, BN/UMNO dan PR/PKR
adalah pemain utama, di Semenanjung, kedua dua kumpulan ini juga berebut untuk
menguasai Putrajaya.Manakala UBA/STAR tertumpu kepada Borneo sahaja – Sabah /
Sarawak. Kedua dua kumpulan ini juga
berebut 222 kerusi Parlimen, iaitu 166 kerusi di Malaya termasuk Labuan, 25 di
Sabah dan 31 di Sarawak.
BAGAIMANAKAH PERTANDINGAN INI AKAN BERLAKU DAN BERAKHIR
Macam mana dan bagaimana kah pengundi
pengundi akan buat pemilihan, khasnya di Sabah?
Selain daripada konsep 1 lawan 1, cara biasa ada langkah konsep atau cara
yag lain untuk memudahkan pemilihan?
Sudah tentu ada!
Ya, itu konsep baru 1 lawan 1:
AGENDA BORNEOLAWANAGENDA MALAYA
Maksudnya begini:-
BN/UMNO dan PR / PKR
Sebenarnya mempunyai agenda yang sama terhadap
Sabah, walaupun bersaing untuk mendapatkan Putrajaya, kerana kedua dua BN/UMNO
dan PR/PKR masing masing akan mengkekalkan kedudukan Sabah/Sarawak sebagai
Negeri kawalan mereka (Subservient State)dan melayan Sabah / Sarawak
sebagai negeri ke 12 dan ke 13 dalam persekutuan Malaya dan bukan sebagai rakan
kongsi sama taraf (nyata dengan jelas dalam Buku Jingga dan Deklarasi Kuching).
Begitu juga mengenai isu petroleum, menaikkan
royalty minyak daripada 5% kepada 20% tidak akan menyelesaikan / memulihkan hak
minyak kepada Sabah. Malaya / Petronas
masih menguasai hak minyak Sabah dan 80% hasilnya!
Sama juga akan berlaku nanti terhadap isu PTI,
projek IC, dan yang berkaitan kerana ketua PR/PKR terlibat dalam isu ini semasa
dalam UMNO.
Ini bererti BN/UMNO dan PR/PKR sebenarnya
mempunyai agenda yang sama. Maka,
eloknya dan tetaplah mereka dikategorikan dalam agenda Malaya.Barang siapa yang
menyokong mereka, BN/PR, adalah juga penyokong agenda Malaya dan mengkhianat
kepada Agenda Borneo.
Sabah adalah hadiah/piala kemenangan Putrajaya
bagi mereka. Kedudukan Sabah/Sarawak
tidak akan berubah jika kita benarkan orang lain menguasai kita dan menentukan
masa depan kita.
15. MASA DEPAN SABAH DI TANGAN KITA
Kali ini Sabahan dan Sarawakian mesti
muat pendirian sendiri dan tentukan kedudukan mereka secara bebas.
We can no longer afford to be led by our
noses and be controlled by Malaya. This
does not mean that we are against them or cannot work with them. It also does not mean that we are anti-Peninsular or anti-Malaya. It only means, we no longer want to be
Malaya’s colony.
We want to be equal partners in the
proposed Malaysian Federation. We want
to work with them (Malaya) but not under them …it means sitting down as our
ancestors did, to discuss over partnership on terms that are fair, acceptable
and beneficial. This is what the Agenda Borneo is all about!!!
In the context of PRU 13,
Sabahans and Sarawakians must decide whether to continue to be exploited and
internally colonized by Malaya under BN/UMNO or PR/PKR under AGENDA MALAYA, or
to be free from this shackles and to pursue the BORNEO AGENDA under UBA/STAR as
a third force equivalent to BN/PR leverage.
Sabahans must decide what is best for
them!
There is no better time than PRU
13.
IT IS NOW OR NEVER!!
INI KALI LAH!!!!!!
No comments:
Post a Comment