Respon penganjur perhimpunan-
Penganjur perhimpunan Sabah Bangkit adalah Gabungan NGO menuntut hak rakyat Sabah (GEGAR) menyatakan kita tidak mahu bertuhankan Akta Perhimpunan Aman. Kita yakin dan percaya, rakyat berhak duduk dan berada dimana2 sudut dinegeri ini. Kita rasakan, akta ini yang dibentuk selepas adanya perlembagaan yang menjamin hak berhimpun adalah rangka menghakis sedikit sebanyak hak berhimpun.
Akta ini bukanlah cara untuk mendisiplinkan peserta. Sebaliknya, peserta itu sendiri yang menentukan suasana perhimpunan. Sekali lagi, saya yakin dan percaya, rakyat sudah matang dan sangat bersopan santun.
Himpunan ini akan berlansung dengan aman dan tidak akan menjejaskan ketenteraman awam. Selaku penganjur, kita akan meneruskan perhimpunan ini kerana kita terus berpasak pada jaminan perlembagaan.
Jika kita amati, berdasarkan pengalaman lalu, perhimpunan seumpama ini telah mengundang terlalu banyak impak buruk kepada negara apabila demonstrasi dijalankan di jalanan. Pihak yang berkepentingan tentunya tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam hal ini.
ReplyDeleteSABAH BANGKIT YOU HAVE OUR SUPPORT!
DeleteThe Peaceful Assembly Act is unconstitutional because it contravenes Article 10 of the Constitution of Malaysia guarantees Malaysian citizens the right to freedom of speech, freedom of assembly and freedom of association.
Freedom of Assembly is the individual right to come together and collectively express, promote, pursue and defend common interests. The right to freedom of association is recognized as a human right, political right, and civil liberty.
The freedom of assembly is written about in the following human rights instruments:
1. Universal Declaration of Human Rights - Article 20
2. International Covenant on Civil and Political Rights - Article 21
Despite the UMNO cyber hackers scare tactics comments here, it will look very bad in the eyes of the world for the Police to suppress the freedom of assembly,especially a peaceful assembly.
Defend your right of Free Assembly!
HUGE DEMO IN KUALA LUMPUR...OVER 100,000 MARCHED
DeleteSEE Videos here
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=eRCGgWF68Xk
http://roadlesstraveledindeed.blogspot.com.au/2013/01/hkr-120113-and-so-it-begins.html
http://hornbillunleashed.wordpress.com/2013/01/12/40026/#comment-59461
Kalau disoroti pengalaman dahulu, pihak berkuasa seperti polis dan pasukan anti rusuhan seperti FRU dilabel sebagai tidak berperikemanusiaan terhadap aktivis yang berdemonstrasi.
ReplyDeleteWartawan asing dan media yang menyokong agenda perjuangan parti tertentu ternyata membuat liputan berat sebelah apabila hanya menyiarkan sedutan rakaman yang menggambarkan pihak berkuasa bertindak ganas menghuraikan perhimpunan yang diadakan.
ReplyDeleteAntara aspek yang perlu diberi perhatian oleh golongan yang degil ini adalah kerugian yang bakal ditanggung banyak pihak jika demonstrasi haram ini diteruskan.
ReplyDeleteSoalnya, sanggupkah penganjur perhimpunan itu membayar pampasan dan kerugian kepada golongan peniaga ini? Atau, adakah pihak penganjur akan sekali lagi bersikap lepas tangan dan menyalahkan pihak berkuasa sekiranya berlaku rusuhan dan kerosakan harta benda awam akibat kedegilan dan kerakusan kumpulan berkenaan.
ReplyDeleteBiarpun mungkin kita saling berbeza pendirian politik, janganlah kita menggadaikan keharmonian dan keutuhan hubungan antara kaum yang terbina selama ini, demi mencapai matlamat politik sendiri melalui jalan singkat.
ReplyDeleteHormatilah hak-hak rakyat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan secara bersama. Menerusi Perlembagaan ini juga, kita dijamin untuk mengamalkan sistem demokrasi terpimpin.
ReplyDeleteJusteru, tidak ada mana-mana individu mempunyai alasan yang lebih konkrit dan munasabah untuk menjadikan perhimpunan haram sebagai medium untuk menyuarakan ketidakpuasan hati, yang akhirnya akan membawa mudarat yang lebih besar kepada kestabilan politik, kesepaduan rakyat dan kedaulatan negara yang tercinta.
ReplyDeleteTolaklah dan janganlah kita layani kumpulan pengacau yang hanya memperjuangkan kepentingan peribadi mereka. Usahlah biarkan diri kita diperalat oleh golongan yang tidak tahu menghargai kestabilan dan keamanan negara ini semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.
ReplyDeleteKita rakyat di bumi tercinta, Malaysia tidak sanggup dijajah minda, apa tah lagi kuasa asing. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh – Malaysia tetap di hati biar, di mana kita berada.
ReplyDeleteSo what happen in Sabah?
ReplyDeleteAdakah perhimpunan ini berjaya?
ReplyDeleteThis rally is unnecessary.
ReplyDeleteNampaknya perbalahan ketara di KL
ReplyDeleteIt is happening.
ReplyDeletePerhimpunan yang didalangi pembangkang membuktikan Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya semua pihak bertindak dengan penuh tanggungjawab dan terkawal.
ReplyDeleteakta itu menekankan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dalam menyediakan ruang demokratik dan memastikan perhimpunan aman bagi rakyat melaksanakan hak dan kebebasan mereka dengan bertanggungjawab.
DeleteNajib dan BN yang mengambil langkah konkrit untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan memansuhkan atau membuat kajian terhadap undang-undang terhad yang lain
ReplyDeletebeberapa pemimpin pembangkang, ejen provokasi dan penghasut juga telah belajar daripada Bersih 3.0 dengan menyedari bahawa segala perbuatan provokasi di pihak mereka tidak akan terlepas daripada mata awam dan lensa video dan kamera telefon bimbit
ReplyDeleteKecekapan pasukan Polis mengawal perhimpunan anjuran pembangkang semalam daripada dicemari insiden tidak diingini, wajar diberikan pujian.
ReplyDeleteusaha yang dibuat Polis membuktikan mereka berkemampuan dan dapat melaksanakan tugas dengan baik serta mempunyai ketabahan dan kesabaran yang tinggi.
ReplyDeleteberharap orang ramai yang mempunyai tanggapan negatif sebelum ini dapat menghargai apa yang disumbangkan pasukan itu dan tiada kritikan dilemparkan kepada mereka.
DeleteBanyak publisiti yang keluar adalah negatif terhadap pihak polis. Saya harap apa yang dilakukan semalam akan menjadi satu suntikan semangat kepada pihak polis
ReplyDeleteAkta Perhimpunan Aman 2012 membuktikan ia boleh dilaksanakan dengan baik dan teratur sekiranya semua pihak termasuk penganjur dan penguatkusa dapat bekerjasama bagi memastikan perhimpunan itu berjalan secara aman dan lancar.
ReplyDeleteapa yang berlaku ketika perhimpunan semalam boleh dijadikan contoh yang baik di mana sekiranya diadakan apa-apa perhimpunan pada masa depan, harus dibuat dengan mengikut peraturan yang ditetapkan di bawah Akta itu.
ReplyDeleteSekiranya semua pihak dapat menjalankan tugas mengikut semangat Akta itu, memanglah tujuan perhimpunan dapat dicapai malah keselamatan orang awam dapat terbela
ReplyDeleteapa2 perhimpunan mcm ni tak perlu kita sertai.
ReplyDelete