Top posts

Featured Posts

Polis haramkan himpunan Sabah Bangkit

Ketua polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun mengeluarkan kenyataan berikutan perhimpunan
Sabah Bangkit yang akan berlansung pada 12 Januari 2013 bertempat di Taman Chong Thien Vun pada jam 2.00 petang.
Dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan perhimpunan ini tidak mendapat sebarang permit daripada polia atau
mana-mana jabatan berkenaan yang seterusnya membawa kesalahan undang-undang mengikut akta perhimpunan aman 2012.
Respon penganjur perhimpunan-

Penganjur perhimpunan Sabah Bangkit adalah Gabungan NGO menuntut hak rakyat Sabah (GEGAR) menyatakan kita tidak mahu bertuhankan Akta Perhimpunan Aman. Kita yakin dan percaya, rakyat berhak duduk dan berada dimana2 sudut dinegeri ini. Kita rasakan, akta ini yang dibentuk selepas adanya perlembagaan yang menjamin hak berhimpun adalah rangka menghakis sedikit sebanyak hak berhimpun.


Akta ini bukanlah cara untuk mendisiplinkan peserta. Sebaliknya, peserta itu sendiri yang menentukan suasana perhimpunan. Sekali lagi, saya yakin dan percaya, rakyat sudah matang dan sangat bersopan santun.

Himpunan ini akan berlansung dengan aman dan tidak akan menjejaskan ketenteraman awam. Selaku penganjur, kita akan meneruskan perhimpunan ini kerana kita terus berpasak pada jaminan perlembagaan.

29 comments:

  1. Jika kita amati, berdasarkan pengalaman lalu, perhimpunan seumpama ini telah mengundang terlalu banyak impak buruk kepada negara apabila demonstrasi dijalankan di jalanan. Pihak yang berkepentingan tentunya tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam hal ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SABAH BANGKIT YOU HAVE OUR SUPPORT!

      The Peaceful Assembly Act is unconstitutional because it contravenes Article 10 of the Constitution of Malaysia guarantees Malaysian citizens the right to freedom of speech, freedom of assembly and freedom of association.

      Freedom of Assembly is the individual right to come together and collectively express, promote, pursue and defend common interests. The right to freedom of association is recognized as a human right, political right, and civil liberty.

      The freedom of assembly is written about in the following human rights instruments:

      1. Universal Declaration of Human Rights - Article 20
      2. International Covenant on Civil and Political Rights - Article 21


      Despite the UMNO cyber hackers scare tactics comments here, it will look very bad in the eyes of the world for the Police to suppress the freedom of assembly,especially a peaceful assembly.

      Defend your right of Free Assembly!

      Delete
    2. HUGE DEMO IN KUALA LUMPUR...OVER 100,000 MARCHED

      SEE Videos here

      http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=eRCGgWF68Xk

      http://roadlesstraveledindeed.blogspot.com.au/2013/01/hkr-120113-and-so-it-begins.html

      http://hornbillunleashed.wordpress.com/2013/01/12/40026/#comment-59461

      Delete
  2. Kalau disoroti pengalaman dahulu, pihak berkuasa seperti polis dan pasukan anti rusuhan seperti FRU dilabel sebagai tidak berperikemanusiaan terhadap aktivis yang berdemonstrasi.

    ReplyDelete
  3. Wartawan asing dan media yang menyokong agenda perjuangan parti tertentu ternyata membuat liputan berat sebelah apabila hanya menyiarkan sedutan rakaman yang menggambarkan pihak berkuasa bertindak ganas menghuraikan perhimpunan yang diadakan.

    ReplyDelete
  4. Antara aspek yang perlu diberi perhatian oleh golongan yang degil ini adalah kerugian yang bakal ditanggung banyak pihak jika demonstrasi haram ini diteruskan.

    ReplyDelete
  5. Soalnya, sanggupkah penganjur perhimpunan itu membayar pampasan dan kerugian kepada golongan peniaga ini? Atau, adakah pihak penganjur akan sekali lagi bersikap lepas tangan dan menyalahkan pihak berkuasa sekiranya berlaku rusuhan dan kerosakan harta benda awam akibat kedegilan dan kerakusan kumpulan berkenaan.

    ReplyDelete
  6. Biarpun mungkin kita saling berbeza pendirian politik, janganlah kita menggadaikan keharmonian dan keutuhan hubungan antara kaum yang terbina selama ini, demi mencapai matlamat politik sendiri melalui jalan singkat.

    ReplyDelete
  7. Hormatilah hak-hak rakyat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan secara bersama. Menerusi Perlembagaan ini juga, kita dijamin untuk mengamalkan sistem demokrasi terpimpin.

    ReplyDelete
  8. Justeru, tidak ada mana-mana individu mempunyai alasan yang lebih konkrit dan munasabah untuk menjadikan perhimpunan haram sebagai medium untuk menyuarakan ketidakpuasan hati, yang akhirnya akan membawa mudarat yang lebih besar kepada kestabilan politik, kesepaduan rakyat dan kedaulatan negara yang tercinta.

    ReplyDelete
  9. Tolaklah dan janganlah kita layani kumpulan pengacau yang hanya memperjuangkan kepentingan peribadi mereka. Usahlah biarkan diri kita diperalat oleh golongan yang tidak tahu menghargai kestabilan dan keamanan negara ini semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.

    ReplyDelete
  10. Kita rakyat di bumi tercinta, Malaysia tidak sanggup dijajah minda, apa tah lagi kuasa asing. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh – Malaysia tetap di hati biar, di mana kita berada.

    ReplyDelete
  11. So what happen in Sabah?

    ReplyDelete
  12. Adakah perhimpunan ini berjaya?

    ReplyDelete
  13. Nampaknya perbalahan ketara di KL

    ReplyDelete
  14. Perhimpunan yang didalangi pembangkang membuktikan Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya semua pihak bertindak dengan penuh tanggungjawab dan terkawal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akta itu menekankan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dalam menyediakan ruang demokratik dan memastikan perhimpunan aman bagi rakyat melaksanakan hak dan kebebasan mereka dengan bertanggungjawab.

      Delete
  15. Najib dan BN yang mengambil langkah konkrit untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan memansuhkan atau membuat kajian terhadap undang-undang terhad yang lain

    ReplyDelete
  16. beberapa pemimpin pembangkang, ejen provokasi dan penghasut juga telah belajar daripada Bersih 3.0 dengan menyedari bahawa segala perbuatan provokasi di pihak mereka tidak akan terlepas daripada mata awam dan lensa video dan kamera telefon bimbit

    ReplyDelete
  17. Kecekapan pasukan Polis mengawal perhimpunan anjuran pembangkang semalam daripada dicemari insiden tidak diingini, wajar diberikan pujian.

    ReplyDelete
  18. usaha yang dibuat Polis membuktikan mereka berkemampuan dan dapat melaksanakan tugas dengan baik serta mempunyai ketabahan dan kesabaran yang tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berharap orang ramai yang mempunyai tanggapan negatif sebelum ini dapat menghargai apa yang disumbangkan pasukan itu dan tiada kritikan dilemparkan kepada mereka.

      Delete
  19. Banyak publisiti yang keluar adalah negatif terhadap pihak polis. Saya harap apa yang dilakukan semalam akan menjadi satu suntikan semangat kepada pihak polis

    ReplyDelete
  20. Akta Perhimpunan Aman 2012 membuktikan ia boleh dilaksanakan dengan baik dan teratur sekiranya semua pihak termasuk penganjur dan penguatkusa dapat bekerjasama bagi memastikan perhimpunan itu berjalan secara aman dan lancar.

    ReplyDelete
  21. apa yang berlaku ketika perhimpunan semalam boleh dijadikan contoh yang baik di mana sekiranya diadakan apa-apa perhimpunan pada masa depan, harus dibuat dengan mengikut peraturan yang ditetapkan di bawah Akta itu.

    ReplyDelete
  22. Sekiranya semua pihak dapat menjalankan tugas mengikut semangat Akta itu, memanglah tujuan perhimpunan dapat dicapai malah keselamatan orang awam dapat terbela

    ReplyDelete
  23. apa2 perhimpunan mcm ni tak perlu kita sertai.

    ReplyDelete

Search This Blog