Top posts

Featured Posts

Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit adalah satu manifestasi daripada Himpunan besar

Oleh Harieyadi Karmin 
Koordinator GEGAR merangkap Pengerusi Penganjur Himpunan Sabah Bangkit
KOTA KINABALU:Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit adalah satu manifestasi daripada Himpunan besar-besaran yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013. Pada tarikh yang sama juga, kita ingin mengambil semangat dan aura kebangkitan rakyat Malaysia ini, kita sahut dengan kita anjurkan Himpunan untuk rakyat Sabah agar rakyat pun dapat bersama merasai kebangkitan rakyat ini. Ditegaskan, kita adalah NGO. Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) mengambil inisiatif menjadi penganjur kepada himpunan ini selepas kita mengadakan siri perbincangan dengan kawan-kawan NGO yang lain. Kita memandang, diperingkat negeri sabah juga kena ada satu gerakan dan bentuk cara menyatakan hak rakyat. Tujuan sebenar himpunan ini diadakan adalah kita ingin menyatakan dan menuntut hak-hak yang kita mahu sebagai rakyat. Rakyat negeri sabah dan rakyat Malaysia. Terpulang pada individu, mahupun kumpulan-kumpulan, datang dan tuntutlah hak anda. Hari tersebut kita jadikan sebagai hari tuntutan rakyat.



Disamping itu, kita juga ingin tunjukkan kepada pemerintah, rakyat bukan lagi bahan tunggul dan patung padi yang hanya duduk diam kalau hak mereka tidak diberikan kepada mereka. Rakyat kini sudah pandai. Kita mahukan bentuk perubahan berlaku. Bukan lagi janji kosong yang ditabur. Kita juga bagi amaran dan peringatan kepada pemerintah, rakyat ada kuasa. Jangan sampai rakyat muak dan menolak kerana sistem pemerintahan hari ini yang kita pandang sebagai kian rosak dan menindas rakyat. begitu juga dengan bakal pemerintah Malaysia selepas PRU 13, kerajaan sekarang mahupun pembangkang, kita ingin katakan jangan permain dengan rakyat dengan politik membodohkan. Kalau mahu perintah, bentuk sistem pemerintahan yang baik. Kalau kerajaan selepas PRU 13 juga bermasalah, rakyat juga tidak akan teragak-agak menolak kerajaan tersebut.

GEGAR akan hadir dengan sebelas tuntutan untuk rakyat dan anak muda Sabah. Tuntutan ini yang akan kita perjuangkan agar hak ini dapat dikembali dan diberikan kepada rakyat. 1. Peluang pekerjaan. 2.Rumah mampu milik 3. Kos sara hidup rendah 4.Liputan jalur lebar 5.Minimum kadar jenayah 6.Kemudahan pendidikan dan percuma 7.Pilihanraya bersih dan adil 8.Negeri hijau dan bersih 9.Royalti minyak dan balak 10.Hak tanah adat 11.Pembangunan insfrastruktur.

Untuk pengetahuan, ini adalah kali pertama himpunan akan diketuai oleh anak muda sabah. Hampir kesemua jawatankuasa bertindak Himpunan terdiri daripada anak muda dan mahasiswa. Jadi, kita sangat mengharapkan agar himpunan ini dapat mengumpulkan semua rakyat, terutamanya anak muda dan mahasiswa, kita bagi signal kepada pemerintah, anak muda kini tidak lagi hanya tahu berseronok dan duduk diam dan lihat. Anak muda kini sedar dan mahukan perubahan. Dengan penuh harapan dan semangat, saya menyeru seluruh rakyat sabah tidak kira walaupun terdiri daripada latarbelakang yang berbeza dari aspek agama, bangsa, budaya mahupun  fahaman politik, marilah kita bersama-sama menunjukkan solidariti kita, kita tuntut hak kita dan kita tunjukkan kita memang benar-benar mahukan perubahan.

40 comments:

  1. ENTAH BERAPA BANYAK DANA SOROS KALI INI MENGALIR MASUK KE POKET PEMIMPIN2 PAKATAN DAN NGO PRO PEMBANGKANG..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini buang masa sahaja, tidak tau apa sebenar perjuangan mereka.

      Delete
  2. KENAPA TIDAK BUAT DEMONSTRASI DI KEDAH YANG MANA HUTAN DI NEGERI ITU HABIS DIGONDOLKAN OLEH PEMIMPIN2 RAKUS PAKATAN RAKYAT?

    ReplyDelete
  3. KENAPA TIDAK BANTU RAKYAT KELANTAN BERDEMO UNTUK MENGEMBALIKAN TANAH PULUHAN RIBU EKAR YANG DIJUAL KERAJAAN PAS KEPADA PEMIMPIN DAP?

    ReplyDelete
  4. PERHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT INI PATUT DITUKAR KEPADA PERHIMPUNAN KEBANGKITAN PAKATAN RAKYAT.. MEMANG MISI PAKATAN RAKYAT ADALAH UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN BN SUPAYA PEMIMPIN2NYA BOLEH MELICINKAN SEMUA HUTAN DI MALAYSIA SEBAGAIMANA YANG BERLAKU DI KEDAH DAN KELANTAN..

    ReplyDelete
  5. 1. Peluang pekerjaan

    ADA BANYAK PELUANG PEKERJAAN DI SABAH JIKA BELIA SEPERTI DALAM GAMBAR DIATAS TIDAK MEMILIH PEKERJAAN.. KERAJAAN JUGA BANYAK MELAKSANAKAN EXPO KERJAYA.. BUKAN MACAM PEMBANGKANG, JANGANKAN BANTU RAKYAT, SUSAHKAN RAKYAT ADALAH.. ASYIK BAWA RAKYAT KE JALAN RAYA UNTUK DIJADIKAN PERISAI..

    ReplyDelete
  6. 2.Rumah mampu milik

    CUBA BELIA2 SABAH BANDINGKAN HARGA RUMAH DI SABAH DENGAN HARGA RUMAH DI SELANGOR DAN KELANTAN.. INGAT DI SELANGOR DAN KELANTAN ADA RUMAH HARGA BAWAH RM200 RIBU KE BAWAH?? SEMUA HARGA RUMAH DI NEGERI PAKATAN HARAM SETENGAH JUTA BRO..

    ReplyDelete
  7. 3. Kos sara hidup rendah

    JIKA BAGI BELIA2 SABAH INI BAHAWA KOS SARA HIDUP DI NEGERI2 PAKATAN HARAM RENDAH, CUBA LA MINTA DENGAN KERAJAAN SUPAYA DIWUJUDKAN BANYAK TOL DI SABAH..

    ReplyDelete
  8. 5. Minimum kadar jenayah

    AMAN SANGATKAH NEGERI SELANGOR JAJAHAN PAKATAN HARAM? TIAP2 HARI ADA KES RAGUT, GADUH, BUDUH, ROMPAK, DSBNYA.. KENAPA TIDAK BUAT DEMO DI HADAPAN PEJABAT KHALID IBRAHIM?

    ReplyDelete
  9. 6.Kemudahan pendidikan dan percuma

    JANJI AIR PERCUMA PUN GAGAL DILAKSANAKAN OLEH PAKATAN HARAM, INIKAN PULA JANJI PENDIDIKAN PERCUMA? KALAU MAHU SANGAT PENDIDIKAN PERCUMA, BELAJARLAH RAJIN2 SAMPAI DAPAT KEPUTUSAN KELAS PERTAMA.. BUKANNYA BERDEMO..

    ReplyDelete
  10. 7.Pilihanraya bersih dan adil

    PILIHANRAYA DI NEGARA INI SUDAH CUKUP BERSIH DAN ADIL HINGGA PAKATAN BOLEH MERAMPAS 4 BUAH NEGERI.. ANYWAY, ADA JAMINANKAH PILIHANRAYA AKAN ADIL JIKA PAKATAN MEMERINTAH? SEDANGKAN PEMILIHAN DAP PUN BOLEH TERSALAH KIRA UNDI??????

    ReplyDelete
  11. 8.Negeri hijau dan bersih

    CUBA TENGOK NEGERI KEDAH DALAM MASA 4 TAHUN PAS MEMERINTAH.. PEMBALAKAN TERUS DIJALANKAN WALAUPUN TIDAK LULUS EIA DAN MENDAPAT BANTAHAN RAKYAT KEDAH.. ITUKAH YANG DIKATAKAN NEGERI HIJAU DAN BERSIH?? YANG JADI MANGSA IALAH RAKYAT.. TERPAKSA MINUM AIR MILO KESAN DARI PEMBALAKAN RAKUS PEMIMPIN PAS KEDAH..

    ReplyDelete
  12. 9.Royalti minyak dan balak

    MACAM MANA PAKATAN MAHU LAKSANAKAN SEMUA JANJI2 MEREKA JIKA 3 JANJI MEREKA SAHAJA SUDAH MENCECAH RM200 BILION?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sebabnya ini di katakan janji kosong pembangkang kepada rakyat, mampukh mereka menunaikan yang begitu banyak.

      Delete
  13. Tindakan Pakatan Rakyat (PR) meng-anjurkan perhimpunan aman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang dijadualkan pada 12 Januari ini disifatkan ketandusan idea untuk meraih sokongan rakyat di negara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata, pihak pembangkang sudah ber-ada dalam keadaan terdesak kerana banyak pembohongan dan putar belit mereka sudah menjerut leher mereka sendiri.

      Delete
    2. “Saya kurang yakin dengan janji mereka untuk berhimpun secara aman kerana telah terbukti pada masa yang lepas, apabila mereka hanya berniat untuk menghuru-hara negara demi kerakusan mereka untuk merampas kuasa politik secara kasar dan biadap,” katanya

      Delete
    3. Oleh itu, beliau menggesa rakyat yang mahu mengekalkan kestabilan, keamanan dan keharmonian negara menolak cara dan budaya yang tidak bertamadun itu.

      “Kita harus tolak budaya politik kasar dan biadap yang diamal oleh pembangkang ini, ia bukan cara dan budaya kita untuk menyelesaikan masalah kerana kita ada kesopanan dan kesusilaan,” katanya

      Delete
    4. Pada masa yang sama, Ka-rim turut menyifatkan tindakan pembangkang menganjurkan perhimpunan didakwa aman itu satu langkah terdesak kerana menemui jalan buntu untuk meraih sokongan rakyat di negara ini.

      Delete
  14. Sejak digerakkan pada 2007, perhimpunan Bersih dimobilisasikan atas usaha parti-parti pembangkang utama terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.

    ReplyDelete
  15. Walau bagaimanapun, kekecohan akibat daripada apa yang dilihat sebagai dicetuskan oleh pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali telah memulakan debat yang hangat dalam kalangan pembangkang dan masyarakat sivil berhubung kaitan rapat Bersih sebagai pertubuhan bukan kerajaan dengan Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  16. Kepimpinan Bersih menegaskan autoriti mereka terhadap gabungan pertubuhan itu tetapi pada masa sama mengaku tidak dapat mengawal tindakan pemimpin-pemimpin politik.

    ReplyDelete
  17. Tindakan Anwar yang dilihat sebagai mahu mencetuskan konfrontasi yang berpotensi menjadi ganas telah sekali lagi membawa dakwaan penguasaan parti politik ke atas Bersih.

    ReplyDelete
  18. Perkembangan selepas perhimpunan Bersih 3.0 menyaksikan kali pertama pemimpin politik terutama Anwar dikecam dan disifatkan sebagai liabiliti kepada pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  19. Hakikatnya, program tuntutan pilihan raya adil paling utama memberi manfaat kepada parti-parti pembangkang, antaranya kerana persaingan dalam pilihan raya umum ialah antara parti pemerintah dan pembangkang.

    ReplyDelete
  20. Pihak yang paling berkepentingan untuk menggerakkan massa bagi mencapai persepsi menerima sokongan ramai dan memberi kesan negatif kepada pemerintah ialah parti-parti pembangkang.

    ReplyDelete
  21. Boleh dijangka bahawa perhimpunan Bersih tidak akan dapat mengumpulkan puluhan atau ratusan ribu orang tanpa sentimen kepartian yang menjadi faktor penting.

    ReplyDelete
  22. Parti-parti pembangkang walau bagaimanapun tidak dapat menggerakkan kempen pilihan raya bersih dengan sendiri kerana akan memperlihatkannya sebagai satu agenda politik kepartian semata-mata, dan inilah yang menyebabkan identiti NGO diperlukan.

    ReplyDelete
  23. Program ini, yang menjadikan penyertaan massa sebagai sumber legitimasi, dilaksanakan oleh parti-parti pembangkang dengan kerjasama NGO - yang sering tidak dapat dibezakan dengan pembangkang - di seluruh dunia, yang dapat diperhatikan dalam "revolusi warna" di negara-negara bekas Soviet.

    ReplyDelete
  24. Dalam trend politik global terkini, demonstrasi massa melibatkan tuntutan pilihan raya adil ialah yang paling dapat menarik sokongan dalam dan luar negara, menjadi pilihan untuk melaksanakan perubahan rejim.

    ReplyDelete
  25. tak perlu nak ikut sebarang perhimpunan mcm ni.

    ReplyDelete
  26. While more than a 100,000 are said to have attended the Himpunan Kebagkitan Rakyat rally in Kuala Lumpur on Saturday, the affair in Sabah proved to be a flop.

    ReplyDelete
  27. Just a couple of hundred youths turned up for the event at the Chong Thien Vun Park.

    ReplyDelete
  28. The blame was placed on the organisers and the lack of charismatic leaders to motivate would-be attendees in the run-up to the event.

    ReplyDelete

  29. Blogger and activist Ronnie Klassen described the rally as a fiasco with an estimated 300 participants at the park.

    ReplyDelete
  30. Klassen believes that the event here was poorly organised and reflected the discord and disunity among the organisers comprising youths aligned to the various opposition parties such as Sabah Progressive Party (SAPP), DAP, PKR and PAS.

    ReplyDelete

  31. “Instead of showing solidarity among themselves, these youths were literally elbowing each other in order to steal the limelight. But, I don’t blame them; I blame their so-called leaders for they themselves were fighting with each other most of the time.

    ReplyDelete

  32. “With such an attitude, they (the opposition) must be dreaming or hallucinating if they really think they can defeat the BN in the coming general election. Anyway, I wish them good luck,” he said.

    ReplyDelete

  33. The confusion was demonstrated at the press conference held at the end of the rally with speakers merely shouting slogans such as “Jatuhkan Umno/BN” and “Tenggelam BN”.

    ReplyDelete
  34. Klassen, who is also the deputy chairman of Demokrasi Sabah (Desah), a Sabah-based political pressure group who are pushing for a ‘one-to-one’ fight between the opposition and BN, also pointed to the conspicuous absence of state opposition leaders at Saturday’s rally here.

    ReplyDelete

Search This Blog