Kami tukar Usno, kami tukar Berjaya, kami tukar PBS, kata seorang pemandu teksi rakyat Sabah. |
PETALING JAYA: Ristol Nebeng agak kecewa kerana masih ramai rakyat Malaysia yang menganggap rakyat Sabah masih tidak matang berpolitik serta muda dibeli dengan janji-janji manis dalam pilihanraya yang bakal menjelang tiba.
Pemandu teksi yang berasal dari Sandakan ini memberitahu bahawa anggapan sedemikian sudah lama dilemparkan oleh pendududk dari Semenanjung termasuk rakan-rakannya sendiri.
Ristol berusia dalam lingkungan 40 tahun bekerja sebagai pemandu teksi sejak 15 tahun dan sekarang tnggal di Cheras di Kuala Lumpur. Beliau sudah berkeluarga dan mempunyai lima anak antara 10 dan 20 tahun. Isterinya berasal dari Tawau, sabah.
“Kami tahu memilih mana yang baik dan mana yang tidak. Orang luar tidak perlu mengajar kami bermain politik…kami sudah matang.
“Orang Sabah sudah beberapa kali menukar kerajaan. Kami tukar Usno, kami tukar Berjaya, kami tukar PBS,” kata Ristol ketika ditemui di sebuah restoran di Chow Kit baru-baru ini.
Tidak takut
Bagaimanapun, lelaki berkulit putih dan tnggi lama tidak mahu fotonya dirakam kerana menurutnya tidak mahu ada kawan-kawannya yang tersinggung atau berkecil hati
Ristol juga menjelaskan rakyat Sabah tidak pernah takut untuk mengambil risiko politik dalam setiap kali pilihanraya.
“Rakyat Sabah yang memilih kerajaan, rakyat Sabah yang menentukan masa depan mereka. Orang Semenanjung tidak ada hak, jangan pandang rendah orang Sabah,” tegasnya.
.
Apabila ditanya mengenai kerajaan negeri BN sekarang, Riatol berkata, biarlah jika itu yang dipilih oleh rakyat Sabah.
.
Apabila ditanya mengenai kerajaan negeri BN sekarang, Riatol berkata, biarlah jika itu yang dipilih oleh rakyat Sabah.
“Apa salahnya dengan (Ketua Menteri) Datuk Seri Musa Aman? Apakah dia tidak ada jasa kepada kami.?
“Jangan pandai-pandai hendak mengajar kami. Kamu orang luar mana tahu hati kami,” kata Ristol lagi.
No comments:
Post a Comment