Surat itu hanya memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat yang diperolehi, ICAC mengambil keputusan untuk tidak meneruskan siasatan. |
PETALING JAYA: PKR hari ini menegaskan surat Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) mengenai kes RM40 juta melibatkan
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tidak membersihkan namanya dari skandal itu.
“Sebaliknya menguatkan pandangan bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama pihak berkuasa Malaysia,” kata Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau merujuk kepada laporan berita portal semalam di bawah tajuk “Surat ICAC menunjukkan Musa Aman dibersihkan namanya dari rasuah Disember lalu”.