Dr Chong Eng Leong |
Oleh: Mail Mathew
KEMABONG: Rakyat diseluruh kawasan dinegeri ini digesa agar bertekad untuk menukarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) sebagai langkah terbaik menyelesaikan pelbagai masalah yang berisiko tinggi kerana bimbang ianya akan menggugat keselamatan dan kedaulatan negeri dan negara.
Aktivis Politik yang seorang Doktor Pakar Bedah Dr Chong Eng Leong berkata demikian ketika menyampaikan ceramah politiknya didalam program ceramah perdana anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tenom dihadiri kira kira 1,000 orang di Kg Kalibatang pada jumaat lepas.
Turut hadir dimajlis itu, Penasihat PKR yang juga merupakan Ketua Pembangkang Dato'Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi PPS DSP Lajim Ukin, Ketua AMK Nasional Shamsul Iskandar, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah Thamrin Jaini, bekas Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Karim Ghani, Datuk James Ghani, Datuk John Ghani, pemimpin APS Kemabong Biyou Suyan dan beberapa pemimpin PKR tempatan.
Beliau berkata, Jika masalah tersebut terutamanya isu Kad Pengenalan, pemberian kerakyatan kepada warga asing khususnya pendatang asing tanpa izin (PTI) yang dianggarkan kira kira lebih 600,000 pemegangnya jika tidak dapat diselesaikan berkemungkinan suara rakyat bumiputra negeri ini akan menjadi monoriti dan pastilah ia akan tunduk apa sahaja keputusan pihak majoriti yang kebanyakkannya adalah PTI.
Banyak perkara songsang yang telah dilakukan pemimpin pemimpin UMNO sejak tahun 1999 yang sengaja mengkucar kacirkan suasana politik di negeri ini untuk tujuan pemanipulasian khususnya dikawasan KDM dimana suatu peristiwa berlaku kawasan Dun Sook dan Dun Langkon kedua duanya kawasan majoriti pengundi KDM dimansuhkan.
“ Kita sudah intai tujuan mereka (pemansuhan itu), rupa rupanya dua lagi kawasan baru ditambah di bahagian Tawau...kerana disitu sudah banyak PTI yang sudah mendapat Kad Pengenalan dan terdaftar sebagai pengundi telah menunggu disitu.
“ Tahun 2004, mereka tambah lagi 12 kerusi di Sabah dimana 8 kerusi merupakan majoriti PTI yang diklonkan menjadi Bumiputra kerana ada Kad Pengenalan dan ada kerakyatan negara ini...ini bukan rahsia lagi dan sudah pun didedahkan tetapi anehnya tiada tindakan,” jelas Dr Chong.
Dalam pada itu, Chong turut menceritakan satu lagi peristiwa telah berlaku dimana ia melibatkan seorang warga Pakistan yang datang ke Kuala Lumpur pada tahun 1985 tetapi pada tahun 1987 warga Pakistan itu pula berhijrah ke Sabah untuk tujuan memohon Kad Pengenalan.
Ketika ditanya oleh pihak berkuasa, “ Berapa lama sudah berada diSabah, dia menjawab sudah 2 minggu. Macam mana kamu tahu diSabah boleh memohon Kad Pengenalan..warga Pakistan itu menjawab..ada orang beritahu dia diSabah senang dapat Kad Pengenalan kerana prosesnya 2 minggu sahaja. Ditanya lagi syarat syaratnya...pemohon mestilah orang Islam dan bila dapat Kad Pengenalan mesti sokong dan undi BN,” jelas Chong.
Sedangkan warga Pakistan itu lahir di Pakistan tetapi dalam Kad Pengenalannya dia dilahirkan di Tuaran. Senario sebegini jelas ianya satu pemanipulasian terhadap kerakyatan negara ini kepada warga asing yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak tertentu, tegas Dr Chong.
Dr Chong Eng leong sebelum ini pernah mengheretkan isu pemalsuan Kad pengenalan dan kerakyat negara ini ketika satu perbicaraan Petisyen Pilihanraya Dun Likas di Mahkamah tinggi Kota Kinabalu yang melibatkan beberapa pemimpin diSabah menyebabkan Dun Likas ketika itu diistiharkan tidak sah dan diadakan satu pilihanraya kecil lagi.

No comments:
Post a Comment