Sapp Tenom Bergolak Sukarkan Misi Menawan Dun Melalap

Oleh: Mail Mathew
TENOM: Laluan perjuangan Parti Maju Sabah (SAPP) untuk kawasan Melalap mungkin akan mengalami kesukaran apabila beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian parti itu mengumumkan keluar meletakkan jawatan kerana tidak yakin dengan kepimpinan bahagian parti itu beberapa hari berlalu.

Bulan lalu dua Jawatankuasa Bahagiannya Julian Kayug dan Robert Samih mengumumkan keluar parti SAPP dan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika mesyuarat agung tahunan parti itu dekat sini yang dirasmikan Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Terbaru, pada Rabu, seorang lagi Jawatankuasa bahagian parti itu Jamikir Ibrahim turut meninggalkan perjuangan parti itu bersama dengan seorang jawatankuasa cawangan Majiadih O.T Matalih menjadikan kedudukan Pengerusi CLC Melalap Jimmy Jawatah yang juga Naib Presiden SAPP pusat semakin tergugat.

Dalam pada itu, Majiadih O.T Matalih ketika ditemui menjelaskan bahawa beliau bertindak sedemikian disebabkan kepimpinan pengerusi bahagian parti itu lemah dan tidak memperlihatkan halatuju perjuangannya kepada rakyat dengan jelas malah tidak menerima suara akar umbi untuk membaiki kelemahan parti itu.

“ Halatuju perjuangan parti itu sudah terlalu menyimpang jauh daripada landasan asalnya dimana ianya tidak layak diangkat dan dimartabatkan sebagai seorang pemimpin yang boleh diyakini untuk membawa kemajuan dikawasan disini sekiranya SAPP berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-13 kelak.

“ Saya bertindak keluar meletakkan keahlian dalam parti itu kerana tidak yakin lagi dengan misi dan visi perjuangan parti itu dibawah kepimpinan Pengerusinya Jimmy Jawatah,” tegasnya.

Sehubungan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi yang juga merupakan Naib Ketua CLC Melalap ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung senario politik yang melanda parti itu disini selain berkata, ia adalah perkara biasa dan boleh diselesaikan secara kekeluargaan.

Jimmy Jawatah bekas calon PKR Dun Melalap pada PRU12 (Tahun 2008) tewas kepada Datuk Radin Malleh dari PBS dan kemudiannya melompat ke SAPP selepas parti itu meninggalkan gagasan BN atas pelawaan Datuk Frankie Chong dan dilantik sebagai Naib Presiden.

Difahamkan ramai ahli ahli parti itu diperingkat akar umbi mendesak pucuk pimpinan SAPP supaya meletakkan pemimpin muda dan lebih berwibawa sebagai calon parti itu dikawasan Dun Melalap pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang ini tetapi mendapat tentangan daripada Jimmy Jawatah.

Hakikatnya, jika didasarkan kepada maklumat itu dan senario yang melanda SAPP setakat ini, tidak mungkin laluan SAPP begitu mudah untuk menawan kawasan Dun Melalap pada PRU-13 kecuali mereka sedia berkompromi untuk menumpukan kemenangan parti itu sebelum PRU-13.

Jumlah pengundi kawasan Dun Melalap kira kira hampir 11,000 dimana 70 peratus daripadanya adalah pengundi KDM, pengundi Cina ditempat kedua manakala Bumiputra Islam ditempat kedua.

22 comments:

  1. Itulah akibatnya kalau ada pamimpin yang tidak mau mandangar apa pandapat mau pun cadangan rakyat, ikut hati sondiri saja, memang tatap kalah punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. YTL adalah orang seperti yang dikatakan olen Anon Sept 17, 7:14am.. Memang begini kalau ketua tidak ada pengurusan yang baik.

      Delete
    3. Pergolakkan ini mesti akan berpanjangan. Tambahan lagi campur tangan daripada PR di Sabah ini. Pasti akan membuat kekeliruan pada SAPP untuk bersatu atau tidak.

      Delete
    4. Jamilous Gubok, PenampangSeptember 19, 2012 at 4:24 PM

      Pembangkang sudah jadi rojak...sekejap dulu ytl dan sapp bilang kerjasama parti lokal borneo...lepas tu putus hubungan dgn star dia masuk pr, puji lagi Anwar semasa kongres sapp di City star...teda lama join balik c Gapari/star sampai sikarang...apa macam boleh arap pemimpin masam ni masam dia bikin panggung wayang keluar masuk ikut suka hati dia saja..alalala matai la kalo bagini?

      Delete
    5. Bukan YTL sendiri kata SAPP semakin kuat ka..tapi akhirnya terdedah juga kepincangan dalam SAPP ni.

      Delete
    6. terbukti sudah yang sapp ni pun bermasalah.

      Delete
  2. Apa bah masalah kamu ni.. berebut calon kah ? Boleh offer calon tapi jangan sampai hansur .. Rugi

    ReplyDelete
    Replies
    1. berebut2 pun akhirnya pucuk pimpinan juga yang pilih. silap2 yang berebut ni yang tidak tercalon.

      Delete
    2. tunggu dan lihat bagaimana sapp selesaikan masalah mereka.

      Delete
  3. Whaooo,semakin banyak ahli2 parties terbang sini sana,sampai susah nak ingat, misi SAPP sudah jauh dipinggir, kan BN lebih teguh dengan misi2 sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti pula makin banyak yang muncul di Sabah ni. mana satu pilihan rakyat??

      Delete
    2. rakyat akan pilin yang terbaik.

      Delete
    3. beginilah politik..rakyat harus buat pilihan dengan bijak.

      Delete
  4. rakyat patut menumpu perhatian kepada isu2 parti politik supaya kita dapat mengundi yang terbaik.

    ReplyDelete
  5. Inilah kelemahan pembangkang. Tamak!

    ReplyDelete
  6. SAPP tolonglah sedar yang kamu tidak akan menang. presiden sendiri pun kalah

    ReplyDelete
  7. kepimpinan sapp memang sedia goyah.

    ReplyDelete
  8. sapp sibuk cakap pasal parti lain, tapi parti sendiri yang berantakan.

    ReplyDelete
  9. rupanya sapp juga berhadapan dengan konflik dalaman.. baik sapp baiki dulu parti yang kian rosak ini sebelum bercita2 mahu merampas kerajaan..

    ReplyDelete
  10. inilah kesannya suka sangat mengambil pemimpin katak.. situasi sama juga bakal dialami oleh Pakatan tidak lama lagi..

    ReplyDelete