“Sungguh bermakna bila melihat rakyat jelata Sabah berkumpul membanjiri Stadium Likas untuk ibadah khas memberkati Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia ke-49” kata Datuk Dr. Jeffrey Kitingan selepas menghadiri majlis tersebut pada 16 September 2012.
Fakta sejarah sudah cukup membuktikan kedudukan dan status Sabah sebelum, semasa dan selepas Perjanjian Malaysia dimeterai, malangnya pemimpin-pemimpin BN, khususnya dari Kuala Lumpur terus menafikannya.
Sempena sambutan Hari Malaysia di Bintulu baru-baru ini, kita mengharapkan kerajaan mula sedar dan memberikan jaminan terhadap hak-hak Borneo. Malangnya Perdana Menteri hanya menggesa rakyat Borneo untuk menghormati asas pembentukan Malaysia yang diusahakan oleh para pemimpin terdahulu tanpa menjelaskan siapa sebenarnya yang tidak menghormati Perjanjian Malaysia, adakah rakyat Borneo atau Kuala Lumpur?
Pemimpin-pemimpin BN Sabah pula terus menyajikan hujah bahawa Sabah sememangnya hanyalah berstatus negeri sejak dari awal. Benarkah demikian?
Kalau Sabah adalah sebuah negeri, kenapa British perlu memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1963? Kalau sejak awal Sabah hanyalah sebuah negeri, kenapa negeri-negeri Malaya tidak turut serta dalam perundingan dan menurunkan tandatangan?
Kenapa negeri-negeri Malaya tidak ada pra-syarat seperti 20 Perkara untuk Sabah dan 18 Perkara untuk Sarawak?
Kenapa perkara 19 dalam 20 Perkara disebut bahawa gelaran Sabah ialah sebuah Negara?
Mereka juga lupa bahawa pada tahun 1956, Negara North Borneo (Sabah) telah menghantar dua orang wakil ke Sukan Olimpuk di Australia. Lebih menarik semasa pengistiharan Perjanjian Malaysia, audio sebenar jelas memanggil Sabah sebagai Negara.
Perkembangan ini amat menyedihkan kita. Perdana Menteri mendesak rakyat Borneo menghormati Perjanjian Malaysia,sedangkan merekalah yang mencabuli perjanjian.
Keadaan lebih parah apabila pemimpin tempatan sendiri berwatak dan bersuara bagi pihak Kuala Lumpur dan bukan menyelami denyut nadi rakyat Borneo. Ini menunjukkan bahawa perjuangan rakyat Sabah sejak sekian lama untuk menikmati hak yang dipersetujui nampaknya hanyalah mimpi di siang hari.
Untuk menunggu Kuala Lumpur berubah nampaknya mustahil.
Yang perlu berubah ialah rakyat Sabah sendiri dengan menyedari bahawa masa depan Sabah terletak di tangan sendiri. Malaysia telah memasuki usia 49 tahun. Angka 49 merupakan angka yang unik dan penuh makna kerana angka ini membawa kepada tahun Jubili Emas Malaysia ke-50.
Sempena ulangtahun Malaysia ke-49 ini, biarlah rakyat Sabah bertekad membina kesatuan agar Sabah kembali menikmati makna sebenar kemerdekaan, pemulihan hak, autonomi dan pembaharuan menjejak era baru Sabah.
Ini Kali lah !
Featured Posts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Keep politics out from religion. enough said.
ReplyDeletePolitik dan agama memang tidak patut dikaitkan sama sekali.
DeletePolitik dan agama adalah dua perkara yang berbeza.
DeleteTapi hairan ada juga parti yang berasaskan pada agama macam PAS.
DeleteSelamat hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.
DeleteMemang itu yang kita harapkan sebenarnya. Kita tidak mahu kerana politik ini menjejaskan agama kita. sebaiknya asingkan dua perkara ini daripada terus dipermainkan.
Deletesetuju, agama tidak harus dipolitikkan.
DeleteI think this event can be done annually.
ReplyDeleteBagi saya, rakyat Sabah memang bersatu padu.
ReplyDeleteya, selama ini rakyat Sabah memang bersatu padu.
DeleteTujuan perarakan ini bukan untuk demo ka apa, tapi cuma mendoakan agar kesejahteraan Sabah terjamin.
ReplyDeleteJangan pula ada agenda sendiri, buat perarakan sebegini untuk kepentingan politik sendiri.
Deleteapa pun yang dibuat, janganlah ada agenda politik.
DeleteThank God for the peace and prosperity in Sabah.
ReplyDeleteSyukur saya lahir di Sabah dan hidup aman bersama masyarakat lain yang berlainan bangsa, kaum dan agama.
DeleteHarap keamanan di Sabah tidak terganggu dengan adanya perhimpunan yang menganggu kehidupan kita.
DeleteApa yang penting kekuatan rakyat Sabah dalam menjauhkan segala anasir jahat.
ReplyDeleteBagus pengumpulan doa ini, tapi sayang ada juga pihak yang mahu mempolitikkannya.
ReplyDeleteKesatuan dalam doa pasti akan membawa berkat yang lebih besar untuk keamanan dan keharmonian di Sabah.
DeleteSusahlah kalau semuanya pun terkaitkan. Sengaja atau tidak, asal namanya agama janganlah kita sedikit pun mengaitkannya dengan politik.
ReplyDeleteKebebasan beragama memang saya hargai sekali:) Harap apa yang didoakan tercapai.
ReplyDeletehope this may be practiced regularly
ReplyDeleteyes .. the future is in the hands of the people of Sabah itself
ReplyDeletelets vote wisely in the next GE. change for the future.
Deletewhat is important, Sabahans should unite as a Sabahan and live in peace
ReplyDeleteand the government should ensure that these are sown in the hearts of the people of Sabah and not divide them
ReplyDeletelong live and prosperity to Sabah and the people!
ReplyDeletekita harus hidup bersatu padu, jaga keharmonian kita.
ReplyDeleteperjuangkan hak2 dan kepentingan Sabah.
ReplyDeleteThe Federal Government and its leaders had never treated Sabahans as second class citizens, Community Development and Consumer Affairs Minister, Datuk Azizah Mohd Dun said.
ReplyDelete"Our nation's leaders have always treated us equally and fairly," said the State Assemblywoman for Klias.
ReplyDeleteSpeaking at a Wanita Umno function at Kampung Lajau Lubak Kiagung, she added that claims made by certain quarters that Sabahans had been treated unfairly was completely untrue.
ReplyDeleteAdvising the people not to believe the falsehood spread by the opposition, she pointed out that all one has to do is to look at Sabah's representation in the Federal Government.
ReplyDeleteShe also noted that an increasing number of heads of Federal departments and agencies in the State are Sabahans.
ReplyDeleteDuring the function, members of the Beaufort Wanita Umno Caring Squad distributed food staff to 50 villagers.
ReplyDeleteAlso present were the Chairman of the Village Development and Security Committee, Matlani Ukal and Mohd Siuh Musta.
ReplyDeleteAzizah called on the people to continue supporting the government, saying that the BN government under Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has many development plans and programmes for Sabah.
ReplyDeleteThe peace and harmony that we enjoy are due to the hard work of BN.
ReplyDeleteAs pointed out by the PM, the future of the nation is not worth being gambled away.
ReplyDeletekeamanan yang ada harus dipertahankan agar tidak terjejas.
ReplyDeletesemakin banyak perubahan yang dikecapi oleh Sabah kini. harap Sabah akan terus membangun.
ReplyDeleterakyat sabah bersatu tapi pemimpin politik pembangkang yang tidak bersatu.. masing2 menyimpan keinginan untuk merampas jawatan KM Sabah..
ReplyDeletehari malaysia sepatutnya disambunt dengan semangat patriotik, bukannya semangat politik pihak tertentu..
ReplyDelete"Yang perlu berubah ialah rakyat Sabah sendiri dengan menyedari bahawa masa depan Sabah terletak di tangan sendiri."
ReplyDeleterakyat sabah yang perlu berubah??? sedankan parti2 politik pembangkang tidak pernah berubah dari dulu hingga ke hari ini.. apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat terhadap perjuangan pembangkang sabah?
tidak ada jaminan bahawa Sabah akan selamat dibawah pentadbiran pembangkang.. lihat saja bagaimana tamaknya mereka sehingga gagal mewujudkan gabungan seperti Barisan Nasional..
ReplyDeleteSabah dibawah pentadbiran ketua menteri Datuk Musa Aman berjaya memulihkan negeri ini dalam banyak perkara angkara pemimpin2 terdahulu.. ekonomi sabah bertambah baik, pengurusan kewangan adalah yang paling cekap di Malaysia, penubuhan RCI, kajian royalti dan pembasmian kemiskinan yang berterusan.. apa lagi yang kurang??
ReplyDelete