Pesakit kronik diabetes dan buah pinggang terpinggir dapat bantuan kerajaan

Oleh: Mail Mathew
Rumah kediaman Saziman dalam keadaan serba daif.


TENOM: Sesungguhnya kemerdekaan yang sudah dilalui kira kira 49 tahun lalu namun masih terdapat sisa sisa insan terus terpinggir tidak menikmati bantuan kerajaan, dimana keadaan penghidupan mereka bagaikan sebuah bahtera yang belayar dalam suasana gelap gelita tanpa hala tujuan yang sebenar.

Malahan dalam keadaan terpaksa mereka terus mendiami sebuah rumah dalam serba kedaifan tanpa disedari pihak berkuasa keperitan nhidup mereka namun kerajaan pula saban hari melaung laungkan slogan mereka ke dalam media arus perdana seperti "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan janji ditepati".


“ Saya tidak mendapat apa apa bantuan kerajaan walaupun sudah berulang kali mengajukan permohonan seperti bantuan rumah mesra rakyat (RMR), bantuan kebajikan malah jawapan yang diterima amat mengecewakan kononnya saya tidak layak,” tegas Saziman Simin 45, tinggal menetap di Kg Mosolog menceritakan demikian ketika dilawati Roger Stimin Ahli Majlis Tertinggi (AMT) SAPP pada Ahad.
Sumbangan diserah Roger kepada Saziman
kedua dari kanan.

Detik mencemaskan dalam pengalamannya apabila tiba musim tengkejuh, beliau dan keluarganya tidak lelap tidur semalaman kerana bimbang kalau kalau rumahnya itu diterbangkan oleh angin kencang selain ancaman keselamatan lain seperti rumah dihempap pokok.

Bagaimana pun beliau bersyukur kerana sedaif mana pun keadaan rumahnya masih mampu bertahan menghadapi ancaman hujan ribut dan lain lain ancaman.

Saziman yang menghidap penyakit komplikasi seperti diabetes, buah pinggang dan darah tinggi lebih 5 tahun lalu, terpaksa berulang alik untuk mendapatkan rawatan ulangan seminggu sekali di Hospital disini menyebabkan beliau tidak mampu menjalankan kerja kerja berat untuk menjana penghidupan keluarganya.

Tanpa segan silu, Saziman yang mempunyai 7 orang anak berterus terang bahawa penghidupan mereka selama ini banyak bergantung kepada sumbangan masyarakat yang prihatin masalah mereka selain usaha kecil kecilan isterinya menjaja kueh mueh yang dibantu anak sulungnya yang terpaksa meninggalkan alam persekolahan setakat tingkatan empat kerana membantu ibunya.

Ketika ditanya sama ada pernah beberapa pegawai kerajaan mahu pun wakil rakyat melawat keluarga mereka sebelum ini Saziman berkata tidak pernah walau pun kakitangan wakil rakyat mereka (tetapi) semasa berkempen pilihanraya untuk meraih undi pekerja mereka ada datang.

Roger yang diiringi Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat Rudy S Mairi dalam lawatan itu seterusnya berkata, beliau amat kesal malah bersimpati keadaan Saziman itu yang sepatutnya masalahnya sudah mendapat perhatian kerajaan sebelum ini dengan memberi keutamaan untuk mendapatkan bantuan seperti rumah mesra rakyat (RMR).

“ Kenapa mereka yang lebih berkemampuan yang terdapat dikampong kampong lain dengan begitu mudah sekali mendapat bantun RMR...kenapa Saziman pula tidak dapat? Apakah perbezaan status Saziman dengan mereka yang lain (yang sudah dapat),” tanya Roger Stimin.

“ Kita bukan menjaja isu Saziman semata mata untuk mencari publisiti tetapi apa yang kita ketengahkan ini adalah ketidak adilan kerajaan mengagehkan fasiliti kerajaan kepada rakyat yang memerlukan bantuan. Mana dia slogan mereka Rakyat didahulukan dan janji ditepati?” tambahnya lagi.

Roger berkata, masalah yang dialami Saziman seharusnya pihak kerajaan memberi perhatian serius malah ianya perlu diberi keutamaan termasuk pendidikan anak anaknya yang terpaksa terhenti separuh jalan semata mata membantu keluarganya.

“ Rakyat yang bermasalah seperti kes yang dialami Saziman sepatutnya ia adalah tanggung jawab kerajaan membantunya. Itu sebabnya dalam kerajaan ada agensi yang dipertanggung jawabkan seperti Jabatan Perkhidmatan Am, Sosial dan Kebajikan yang mana prosesnya tanpa memilih bulu dan anutan politik orang yang dibantu itu,” tegas Roger.

31 comments:

  1. US researchers have discovered that a drug prescribed to millions of people with diabetes could have another important use: treating one of the world’s leading causes of blindness.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In laboratory rat and cell-culture experiments, the scientists found that metformin which is commonly used to control blood sugar levels in type 2 diabetes, also substantially reduced the effects of uveitis, an inflammation of the tissues just below the outer surface of the eyeball.

      Delete
    2. Uveitis causes 10 to 15 per cent of all cases of blindness in the United States, and is responsible for an even higher proportion of blindness globally, Xinhua news agency reported.

      Delete
    3. The only treatment available for the disorder is steroid therapy, which has serious side effects and cannot be used for long-term basis.

      Delete
    4. Uveitis has various causes – the most common are infectious diseases and autoimmune disorders – but they all produce inflammation within the eye.

      Delete

    5. This was mentiond by said Prof. Kota Ramana with the University of Texas Medical Branch at Galveston (UTMB), a senior author of a paper on the study published online Monday in the journal Investigative Ophthalmology & Visual Science.

      Delete

    6. According to Ramana, Metformin inhibits the process that causes that inflammation.

      Delete
    7. The scientists discovered metformin’s efficacy when they tested it in rats given an endotoxin that mimicked the inflammatory effects of bacterial infection. The results showed clearly that metformin was a very effective anti-uveitis agent.

      Delete
    8. “We found that the drug is therapeutic as well as preventive – if we gave our rats the drug beforehand, they didn’t develop uveitis, and if we gave it after uveitis had developed, it was therapeutic,” said UTMB professor Satish Srivastava, also an author of the paper.

      Delete
    9. Kerajaan memerlukan maklumat daripada wakil rakyat mengenai perkara ini.

      Delete
    10. Kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa selagi tidak mendapat maklumat yang lengkap dari individu yang diamanahkan. Harap laksanakan tanggungujawab yang diberikan.

      Delete
    11. Wakil rakyat di Kawasan berkenaan harus turun padang, dan berjumpa sendiri dengan rakyat agar tau mana yang patut di bantu dahulu.

      Delete
    12. betul, turun padang dan memahami apakah yang mereka perlukan dan mengkaji apakah bantuan yang boleh disalurkan.

      Delete
  2. Hal ini patut diberi perhatian. Jangan biarkan ia berlanjutan.

    ReplyDelete
  3. Kmaurang rasa ikhlas ka kalau bagi bantuan & masuk news? hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap ikhlas lah mau membantu, jangan kerana PRU mau dekat baru sibuk mau tunjuk diri, tapi biasalahkan pembangkang.

      Delete
  4. Apapun, terpulanglah pada setiap individu untuk membuat penilaian kan. Tapi tolong pastikan perkara ini dapat perhatian yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  5. Selagi hal ini tak ditanggani maka selagi itulah ia kan terus jadi bahan untuk diperkatakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantuan harus segera di berikan, sebelum pembangkang memanaskan lagi isu ini.

      Delete
  6. Hulurkan bantuan yang segera supaya beban mereka berkurangan.

    ReplyDelete
  7. The Ministry of Health is hopeful to see a 10 per cent increase in allocation when the 2013 Budget is announced on 28 September.

    The increased funding would allow for more facilities in hospitals throughout Sabah and Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The rate of people suffering from non-communicable diseases such as diabetes and hypertension keep increasing and the government welcomes help from NGOs in boosting awareness on healthy living.

      Delete
    2. Kelengkapan dan kualiti perubatan harus ditingkatkan lagi.

      Delete
  8. golongan yang susah harus diberikan bantuan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  9. perhatian yang sewajarnya perlu diberikan berhubung dengan pekara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya hal-hal sebegini tidak perlu di politikkan, jika mau membantu biarlah ikhlas.

      Delete
  10. pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan melalui pelbagai program, harap tiada yang terlepas pandang.

    ReplyDelete
  11. Beginilah pemimpin2 SAPP menggunakan masalah rakyat untuk mendapatkan undi.. ketika Yong Teck Lee masih menduduki kerusi KM Sabah, jangankan masalah kemiskinan diselesaikan, malah penduduk miskin semakin bertambah..

    Borneo Bullet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang cara begini lah SAPP memancing undi dari rakyat, bukan ikhlas pun.

      Delete
  12. jika SAPP memerintah negeri ini, bolehkah pemimpin2nya menjaga makan minum lebih 3 juta rakyat Sabah?? bolehkah mereka bagi jaminan bahawa semua rakyat di negeri ini akan memiliki rumah konkrit?? bolehkah mereka bagi jaminan bahawa tidak ada seorang pun yang akan diabaikan?

    Sabah World Heritage

    ReplyDelete
  13. Detik mencemaskan dalam pengalamannya apabila tiba musim tengkejuh, beliau dan keluarganya tidak lelap tidur semalaman kerana bimbang kalau kalau rumahnya itu diterbangkan oleh angin kencang selain ancaman keselamatan lain seperti rumah dihempap pokok.

    Rakyat tidak harus teramat bergantung kepada kerajaan, harus juga berusaha sendiri.

    ReplyDelete