Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama penduduk
Green Cow akan hadir ke Jabatan Peguam Negara untuk menyerahkan memorandum
kepada Peguam Negara - menuntut pengguguran 2 kes keatas penduduk Green Cow
seperti berikut kerana ianya tidak berasas dan memperlihatkan niat jahat pihak
polis dengan Pemaju terhadap penduduk Green Cow dalam niat mereka mendirikan
satu pusat membeli belah.
13-10-2011- 3 penduduk Green Cow iaitu Suresh Kumar,
S.Nagarajan, S.Thanabalan yang telah ditahan oleh polis di bawah seksyen 341KK dan S.Nagarajan
di bawah seksyen 506KK. Mereka dibebaskan oleh Mahkamah Majistrat pada
30-7-2012. Akan tetapi DPP merayu kes ini ke Mahkahmah Tinggi (MT) Temerloh dan
kesnya akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 24/8/12.
Kes 2
24-7-2012
– 2 penduduk Green Cow iaitu S.Marapan dan S.Ravindran ditahan polis kerana menahan
pemandu lori pemaju Ng Yeet N. Marapan dimasukkan dalam lokap 1 hari. Marapan
dan Ravindran dituduh di Mahkahmah Majistret Cameron Highland dibawah seksyen 341KK
kerana halang lori pemaju pada 11/9/12. Sebutan kesnya pada 2-10-2012.
Penyerahan memorandum adalah seperti berikut:
Tarikh : 21 September 2012
(Jumaat)
Masa :
10.30 pagi
Tempat : Jabatan Peguam Negara, No.45,
Persiaran Perdana, Presint 4,
621 00 Putrajaya.
No comments:
Post a Comment