Top posts

Featured Posts

Pemimpin Pakatan mohon ampun pada rakyat Sabah

By Luke Rintod of FMT
Presiden PAS memohon ampun bagi pihak pemimpin
Semenanjung hingga menyebabkan rakyat Sabah
menderita hidup dalam kemiskinan.
TUARAN: Dalam apa yang disifatkan sebagai jujur dan tidak dijangka, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon ampun dan maaf kepada rakyat Sabah atas segala perangai buruk para pemimpin dari Semenanjung selama 49 tahun sehingga rakyat Sabah kini menderita miskin walaupun negeri mereka sangat kaya.

Pemimpin ulung PAS itu dalam nada suara yang tersekat, berkata demikian ketika berucap pada sambutan memperingati ulangtahun
penubuhan Malaysia kali ke-49 di sebuah restoran di Tuaran pada malam Ahad.

“Biarlah (saya) bersendirian, saya pemimpin dari Semenanjung, walaupun ada pemimpin Pakatan Rakyat lain di sini, …saya memohon ampun dan maaf atas perangai para pemimpin dari Semenanjung selama 49 tahun ini sehingga Sabah menjadi negeri yang paling di bawah…” katanya disambut keheningan termasuk mereka di atas pentas.

Turut mendengar kata-kata beliau itu ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hadi yang juga bekas Menteri Besar Terengganu, berkata adalah zalim dan tidak adil untuk membiarkan rakyat Sabah terus dibelenggu pelbagai masalah seperti kemiskinan dan kekurangan infrastruktur sedangkan negeri sangat kaya sumber minyak.

“Walaupun Pakatan sudah berjanji akan menaikkan royalti minyak dari 5 peratus kepada 20 peratus kepada negeri-negeri yang ada minyak, tetapi dalam Islam diajar kita tidak boleh mengangkut hasil ini keluar dari wilayah itu selagi rakyat di wilayah itu belum selesai masalah mereka,” katanya disambut tepukan hadirin.

“Mari kita ubah keadaan ini… Jangan biarkan rakyat kita di Sabah terus menderita…” katanya lagi.

Hadirin yang dianggar tidak kurang 3,000 orang itu terpaksa bertahan serangan hujan sekejap-sekejap memaksa mereka mencari perlindungan di bawah puluhan khemah yang ada.

Sokong Pakatan kerana PAS

Seorang pakcik yang turut mendengar ucapan Hadi memberitahu penulis ini, oleh sebab PAS berada dalam Pakatan dia menyokong Pakatan. “Kalau tiada PAS dalam Pakatan, saya mungkin tidak sokong Pakatan,” katanya.

Para pemerhati berpendapat ucapan Hadi mencerminkan kesedaran beliau dan pimpinan PAS bahawa ada kesilapan di pihak para pemimpin Persekutuan dari Semenanjung selama ini dan itulah yang menyebabkan Sabah sekarang termiskin dari segi pendapatan rakyat.

Bagaimanapun, dikhuatiri masih ramai pemimpin dalam Pakatan tidak berpendapat demikian sebaliknya mahu terus melayan Sabah dan Sarawak seperti Umno telah melayannya selama 49 tahun ini.

Sebelum itu dalam ucapan mereka, Guan Eng dan Khalid masing-masing menawarkan negeri mereka kepada rakyat Sabah yang ingin mencari pekerjaan.

“Saya dengar belia Sabah susah mendapat pekerjaan di sini dan tidak pula boleh bekerja di Singapura, jadi kalau susah dapat di sini, saya membuka pintu Selangor untuk anak-anak Sabah mendapatklan pekerjaan,” kata Khalid.

Guan Eng juga menyatakan hal yang sama dalam ucapannya memberitahu masih banyak peluang pekerjaan di Pulau Pinang.

Dua negeri Pakatan itu adalah antara yang paling banyak kilang di Malaysia dan sudahpun menjadi tumpuan para belia dari Sabah dan Sarawak mendapat pekerjaan.

39 comments:

  1. This is a classic case of politician practicing Machiavellian's "The end justifies the means".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma meminta simpati daripada penduduk Sabah saja apa yang PAS lakukan ini. Penduduk Sabah tidak mudah ditipu.

      Delete
    2. Kenapa PAS tidak menceritakan akan apa kejayaan Kerajaan BN kepada rakyat Sabah.

      Delete
    3. PAS pandai berkata-kata, namun itu tidak akan dapat menyakinkan rakyat Sabah.

      Delete
  2. A politician hallucinate him self is the leader for Sabahan, not related person came all the way to apologize? it doesn't show how noble he is,coz u never contributed anything and dun think Sabahan need u. Please stop doing this, it just queasy.

    ReplyDelete
  3. Hadi said sorry to Sabahans? Is this somekind of troll?

    ReplyDelete
  4. Apa pula PAS nak minta maaf? Pasal Sumazau tu ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah. Saya macam ketinggalan pula. Ada explanantion ka kenapa dia minta maaf ni?

      Delete
    2. Pandai berlakon pula PAS ini..rakyat jangan mudah terpedaya.

      Delete
    3. Abaikan lakonan PAS ni. Saja mahu minta undi simpati

      Delete
  5. I don't buy this kind of apology.

    ReplyDelete
  6. 49 years and now you say sorry?! How ridiculous is that.

    ReplyDelete
  7. Saya hairan juga dunia politik ni macam semua pun hebat berlakon.

    ReplyDelete
  8. Tapi dia dah minta maaf tak baik juga kalau tak dimaafkan. hehee

    ReplyDelete
  9. Dari penduduk Sabah sajalah yang mahu maafkan pemimpin pakatan ni atau tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik jaga saja kawasan di SM...tak payah susah-susah di Sabah.

      Delete
  10. Tepuk dada tanya selera, cuma jangan terlebih tepuk lah takut nanti selera hilang:P Pastikan anda fokus kepada pilihan yang diigini.

    ReplyDelete
  11. Sekurang-kurangnya ustaz ne ada minta maaf, dari pemimpin lain PKR DAP tak pernah rasa bersalah rakan sesemenanjung mereka yang asyik mengaut hasil Sabah Sarawak ke Kuala Lumpur sampai negeri-negeri miskin kat sana jadi lebih kaya dari Malaysia Timur yang kaya raya minyak gas dan hasil hutan / tanah spr kelapa sawit, koko!

    ReplyDelete
  12. PAS sendiri pun tak dpt bangunkan Kelantan

    ReplyDelete
  13. mohon ampun tu gimik saja. jgn terpedaya,.

    ReplyDelete
  14. I doubt the opposition can matched with what the present government has provided for the people of Sabah. Barisan Nasional (BN) Government will never break its promises: Barisan would also never disregard the people's requests.

    ReplyDelete
  15. With 50 years of experience running the country, only the BN Government is capable of developing the country and its people.

    ReplyDelete

  16. The development enjoyed by the people such as electricity, water, roads, schools and institutes of higher learning such as Universiti Malaysia Sabah (UMS), were made possible because of the Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  17. This is because of the leaders who place the people foremost in their minds when planning for the country.

    ReplyDelete
  18. To this, the people to continue supporting the government especially Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Sabah Chief Minister, Datuk Seri Musa Aman.


    ReplyDelete
  19. BN has already proven itself and this is evidenced with its vision and mission aimed at enhancing the people's lives irrespective of their race, religion and locality. The BN Government is indeed a government that fulfils its promises.

    ReplyDelete
  20. When Najib was appointed the sixth Prime Minister, he planned various strategies so as to help people with low income.

    ReplyDelete
  21. The Federal Budget 2012 is one example where it is geared towards improving the people's lives. In education, aid is provided to the pupils including secondary students and also students at institutes of higher learning.

    ReplyDelete
  22. There is also a special fund to repair schools, purchasing of equipment and construction of additional blocks.

    ReplyDelete
  23. In addition, the government also conducts various programmes to spur the people's economy from time to time.

    ReplyDelete
  24. To top it up, the government also distributes aid directly to the people via its transformation programmes such as the First House Scheme, 1Malaysia Housing Scheme, Fishermen Housing Scheme and People's Friendly Housing Scheme.

    ReplyDelete
  25. The government recently distributed RM500 to each family that earns less than RM3,000 a month. In Sabah, almost 356,000 people have received the Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) scheme.

    ReplyDelete
  26. "Dalam apa yang disifatkan sebagai jujur dan tidak dijangka, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon ampun dan maaf kepada rakyat Sabah atas segala perangai buruk para pemimpin dari Semenanjung selama 49 tahun sehingga rakyat Sabah kini menderita miskin walaupun negeri mereka sangat kaya."

    kenapa Hadi tidak memohon maaf bagi pihak pakatan yang banyak menyusahkan rakyat di negeri yang dijajah oleh mereka?? janji air percuma selangor, penyelewengan tender di kedah, kegagalan memberikan air bersih di kelantan dan rampasan tanah penduduk kampung melayu di pulau pinang.. kenapa hadi tidak minta maaf??

    Sabah World Heritage
    Borneo Bullet

    ReplyDelete
  27. pemimpin hipokrit seperti hadi tidak layak memohon maaf di sabah kerana mereka juga telah melakukan perkara yang sama di negeri2 jajahan mereka..

    ReplyDelete
  28. sebelum ini Hadi pernah menghina kaum asli di sarawak kononnya masih pakai cawat dan sebagainya.. beliau tidak ada pula memohon maaf kepada kaum itu.. kenapa?? kenapa Hadi ego sangat?? patut lah rakyat sarawak menolak PAS ketika PRN Sarawak yang lepas..

    Sabah World Heritage
    Borneo Bullet

    ReplyDelete
  29. seperkara lagi yang membuatkan saya meluat dan menyampah tentang permohonan maaf Hadi, kenapa beliau tidak memohon maaf bagi pihak pakatan rakyat yang mana blogger mereka telah menghina budaya kaum di sabah??

    Sabah World Heritage
    Borneo Bullet

    ReplyDelete
  30. sebelum hadi memohon maaf bagi pihak parti lawan, dan sebelum beliau bersikap gentleman (yang dibuat2), eloklah beliau memohon maaf terhadap kesilapan2 yang telah mereka lakukan.. Hadi patut minta maaf kepada penduduk kelantan kerana PAS gagal memajukan negeri itu selepas lebih 20 tahun memerintah kelantan..

    ReplyDelete
  31. PAS ni banyak sandiwara la. Negeri sendiri tidak terjaga

    ReplyDelete

Search This Blog