TENOM: Bahang Pilihanraya
umum kali ke-13 (PRU-13) semakin hangat dirasakan rakyat di seluruh
negara dimana diantaranya turut dirasai terutamanya dikawasan Dun
Melalap yang diramalkan pembangkang kononnya kawasan itu akan jatuh ke
tangan mereka selepas PRU-13.
Pembangkang beralasan
bahawa rakyat dikawasan sekitar Mukim Melalap yang penduduknya mencecah
lebih 5,000 orang marah kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) telah
gagal menunaikan beberapa pembangunan yang pernah dijanjikan mereka
sejak PRU-12 (Tahun 2008).
Malahan pembangkang terus
mengambil kesempatan dari kelemahan BN itu dan terus menjaja isu
tersebut sejak Tahun 2008 dengan harapan bahawa rakyat akan terus
membenci kerajaan BN terutamanya Wakil Rakyat Dun Melalap dengan
berbagai tuduhan dilemparkan.
Bagaimana pun taktik
politik pembangkang terutamanya Parti Maju Sabah (SAPP) tidak dapat
bertahan lama untuk menjaja isu isu tersebut kerana pada akhirnya
(sebelum PRU-13) kerajaan BN mampu menunaikan janji janji tertunggak
mereka satu demi satu dalam masa terdekat ini.
Pembinaan pekan kecil
Melalap yang menjadi tunggak isu mereka sebelum ini akan berlangsung
majlis pecah tanah yang bakal disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk
Seri Musa Haji Aman pada September 29, sebagai simbolik memulakan
pelaksanaan projek tersebut manakala jambatan di PKM sudah diluluskan
kerajaan termasuk perlantikkan kontraktor boleh dimulakan pelaksanaannya
pada bila bila masa.
Tamparan demi tamparan
terpaksa diterima pembangkang kerana isu isu yang mereka jaja sebelum
ini kini kerajaan BN telah mula menunaikannya satu demi satu termasuk
SDC yang baru sahaja Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden Parti
Bersatu Sabah (PBS) ketika merasmikan persidangan tahunan PBS Dun
Melalap beberapa bulan lalu dekat sini bahawa SDC akan dilaksanakan
dalam masa terdekat.
Selain itu, gagasan
pembangkang dikawasan Parlimen Tenom terdiri daripada SAPP, DAP, PKR dan
Parti Star yang saling tidak sebulu dalam apa apa juga strategi untuk
menghadapi BN pada PRU-13 kerana masing masing menjadi juara dijangka
menjadi sebahagian daripada masalah mereka untuk merealisasikan impian
mereka untuk menawan kawasan ini daripada kuasa BN.
Lebih parah lagi, apabila
pergolakkan dalaman SAPP dikawasan CLC Melalap yang memperlihatkan 3
pemimpin bahagian dan beberapa lagi pemimpin diperingkat cawangan telah
mengumumkan perletakkan jawatan masing masing pada beberapa hari lalu
menjadikan fungsi bahagian itu kini semakin goyah.
Manakala PKR juga mengalami
masalah yang sama ibarat “Tarian selalu sumbang” selepas kehadiran
kumpulan NGO-APS (Angkatan Perubahan Sabah) yang menjadi sayap PKR
dimana kehadiran NGO itu difahamkan tidak melalaui kepimpinan Cabang PKR
Tenom yang dipimpin Datuk Halik Zaman.
Kekukuhan dan kesepakatan
BN Tenom untuk meyakinkan jumlah pengundi terdaftar Parlimen Tenom
(merangkumi Dun Melalap dan Kemabong) seramai hampir 22,000 dibawah
teraju Pengerusinya Datuk Rubin Balang tidak dapat disangkal
kewibawaannya yang telah pun terbukti malah mendapat pengiktirafan Ketua
Menteri Sabah sendiri ketika beliau berucap merasmikan Persidangan Umno
serentak antara Umno Tenom dengan Pensiangan dekat sini baru baru ini.
Senario politik di Tenom
yang merangkumi dua Dun iaitu Dun Melalap dan Dun Kemabong pada ketika
ini mungkin berbeza dengan lain lain kawasan kerana beberapa ramalan
yang datangnya dari luar dimana pada sebelum ini banyak meramalkan ia
memihak kepada pembangkang namun harapan ramalan itu banyak bergantung
kepada faktor bakal calon yang diturunkan kelak oleh pembangkang yang
harus memenuhi kreteria yang dikehendaki para pengundi yang mana rata
rata daripadanya mahukan seorang pemimpin baru dan berwibawa.
Sebaliknya, begitu jugalah
keadaannya dengan BN, selain janji janji pembangunan yang tertunggak
perlu ditunaikan, kepimpinan BN perlu melepasi halangan kedua yang
banyak berkisar kepada kreteria bakal calon yang perlu memenuhi kecirian
sebagai “winnable candidate” sepertimana yang disyaratkan Perdana
Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak sebelum ini.
Konklusinya, rakyat
dikawasan disini pada keseluruhannya, mereka masih mempunyai deria yang
tinggi untuk menyokong BN berdasarkan kewibawaan dan kemampuan BN
memimpin kerajaan sebelum ini, masih diletakkan mereka sebagai pilihan
tertinggi namun harapan itu akan berubah dengan pantas jika BN sekadar
ibarat “Melepaskan batuk ditangga” terhadap syarat syarat yang
diutarakan rakyat sebelum ini supaya pembaharuan drastik dan menyeluruh
terhadap bakal calon yang diturunkan termasuk penstrukturan semula
sistem kerajaan sebelum PRU-13.
looking at the current development in local politics scene, any opposition party will not going to gain much support in Tenom if they continue to bickering among themselves...
ReplyDeleteselain parti PKR, PAS dan DAP di Sabah, semuanya mahu bertanding atas tiket parti sendiri. memang tidak akan wujud kerjasama untuk bertanding 1 lawan 1 dengan BN.
DeleteTidak semudah disangkakan oleh Pembangkang. Ini kerana bagaimana pun BN tetap yang terbaik setakat ini. Pembangkang apa sudah jadi sekarang? Mana gabungan Pembangkang. Ini semua tidak menjadi kerana Anwar tidak pasti dapat tunaikan janji atau tidak.
DeleteThe opposition is trying to find their way back because their reputation has turn sour.
DeleteMasalah utama pembangkang ini ialah harapan mereka terlalu tinggi sehingga jatuh ke bumi.
Deletebukan mudah laluan pembangkang di Sabah.
DeleteBN with strong back-up,not easy to defeat.
ReplyDeleteItu sudah tentu, lihat sajalah berapa lama BN berdiri kukuh.
DeleteBN Sabah memang kuat sejak dulu lagi.
DeleteAll the best to BN and opposition in Tenom. rakyat will choose wisely!
ReplyDeleteI'm sure the people will know how to make sure the winning of BN.
ReplyDeleterakyat pasti dapat buat pilihan dengan sebaiknya pada pru akan datang.
DeleteBN akan menang dalam PR13.
ReplyDeleteGood luck to all.
ReplyDeleteSiapapun yang bertanding next GE nanti all the best dan kepada para pengundi pula buat pilihan yang tepat.
ReplyDeleteya, biar rakyat tntukan siapa yang akan menang nanti.
DeleteMacam mana pembangkang mahu gugat umno kalau pembangkan sendiri pun bercerai berai. hehe
ReplyDeletepembangkang di Sabah tak sehaluan.
DeletePembangkan pasti akan berusaha keras utk tawan Tenom dan begitu juga dengan BN. BN juga pasti akan terus lakukan yang terbaik utk pastikan rakyat terus menyokong mereka.
ReplyDeleteSoal siapa yang mennag tu, nantilah kita tunggu dan lihat saja.
ReplyDeleteBN Sabah tetap kukuh walaupun byk cabaran dihadapi.
ReplyDeleteTenom Umno Division chief Datuk Rubin Balang is confident that Barisan Nasional (BN) will repeat its success by winning all the state and parliamentary seats in the interior in the coming general election. His confidence is based on the support from the people who are now more in favour of BN which had brought big changes in the interior. “The people in the interior who enjoy the present development still want BN to continue to lead the state and federal governments,” he told reporters at the opening of the joint Tenom and Pensiangan Umno Division delegates meeting held at Datuk Seri Panglima Antanom Hall. Sabah Umno liaison chairman and Chief Minister Datuk Seri Musa Aman officiated the meeting which was attended by over 3,000 delegates and observers from both divisions.
ReplyDeleteRubin, who is also Tenom BN chairman, is convinced that only BN can look after the welfare of the people.He said in the last election, all the state and parliamentary seats in interior areas were won by BN. Among them were Tambunan, Bingkor, Liawan, Melalap, Kemabong, Sook, Nabawan, Tenom, Pensiangan and Keningau parliamentary areas. On the possibility of Parti Bersatu Sabah (PBS) putting its candidate for the Tenom parliamentary seat, Rubin, who is also Kemabong assemblyman, said any BN component party could submit a proposal in accordance with the democratic system adopted in this country.However, he said the decision on the matter would only be decided by the BN leadership, adding that all parties should abide by whatever decision the BN leadership had made and work as a team to ensure BN’s victory.
On the various issues raised by the opposition to gain support in Tenom, including the government’s introduced communal titles, Rubin said the allegation was not true because the good intention of the government was to ensure that the people had their own land to work on.Rubin had, in his speech earlier, also put forward a number of issues for the government’s attention, among others the road upgrading in Ulu Tomani, the establishment of Melalap township, the low rubber prices paid to smallholders, and the bridge that connects Murut Cultural Centre to Sabah Agriculture Park.“I hope these issues can be addressed by the government for the people of this district,” he said.At the event, the Chief Minister received new Umno membership forms from about 300 members of the opposition, including former independent candidate in Tenom, Sim bin N. C. Rikin who joined Umno Tenom and attended Tenom Umno Hari Raya open house held at the hall compound. More than 3,000 people, including Tenom Umno division chief Datuk Rubin Balang, Pensiangan Umno division chief Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin, Keningau Umno division chief Datuk Haji Sairin Karno and Tenom member of parliament Datuk Raime Unggi were at the event.
ReplyDeletepembangkang napak berpecah, jadi susah mereka mahu menang.
ReplyDeletekelebihan berpihak pada BN kerana rata2 rakyat menyokong BN.
ReplyDeletejangankan di tenom, untuk menggugat kedudukan BN di seluruh sabah pun belum tentu pembangkang mampu..
ReplyDeletedengan sikap ketua parti pembangkang yang tamak haloba, bagaimana mungkin mereka mampu merampas kerajaan negeri sabah? jika tidak ada satu lawan satu, jangan harap la pembangkang boleh menang..
ReplyDeletewalaupun ada bebarapa pemimpin BN telah keluar meninggalkan BN, itu tidak bermakna pembangkang mempunyai peluang cerah untuk menumbangkan kerajaan.. lihat saja ketika sapp keluar daripada BN.. ada BN terjejas?? makin kukuh ada la..
ReplyDelete