Top posts

Featured Posts

Isu Penghinaan Warisan Budaya: Parti Kita Saran SKMM Jalankan Siasatan Terperinci

Oleh: Mail Mathew
KEMABONG: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) digesa agar menjalankan penyiasatan terperinci latar belakang pemilik laman sesawang suara pakatanrakyat.com yang menerbitkan artikel menghina warisan kebudayaan negeri ini seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan itu.

Ketua Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Sabah Mutang Dawat @ Sylvester (gambar) berkata demikian dalam satu kenyataan disini pada Jumaat sebagai mengulas isu kontroversi penghinaan warisan kebudayaan suku kaum di Sabah yang ditulis didalam blog bertajuk “Tarian Sumazau untuk golongan rendah akhlak “.

Beliau berkata, adalah dipercayai kerja kerja seperti itu didalangi oleh golongan tertentu yang tidak bertanggung jawab yang bertujuan untuk mencetuskan kebencian rakyat negeri ini khususnya masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM) terhadap pembangkang kerana ia turut memaparkan alamat blog menyerupai sebuah parti pembangkang.

“ Itu sebabnya pihak SKMM perlu membuat penyiasatan rapi siapakah sebenarnya pemilik blog itu supaya kita dapat siasat siapa pelakunya.

“ Kita tidak mahu terperangkap dengan tipu muslihat seperti itu kerana kecanggihan siber dan multimedia masakini macam macam boleh berlaku tanpa mengira kesan penyalahgunaan kemudahan tersebut kepada golongan yang menjadi mangsa fitnah,” tegasnya.

Sehubungan itu, Mutang sependapat dengan kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman baru baru ini bahawa kepelbagaian kaum dan senibudaya yang ada dinegeri ini yang mempunyai 32 etnik perlu dibanggakan walaupun terdapat perbezaan latar belakang kepercayaan agama namun rakyatnya salin hormat menghormati antara satu sama lain.

Dalam pada itu, ketika menyentuh kajian royalti minyak daripada 5 peratus sebelum ini kepada 20 peratus Mutang berkata, tidak ada sebab Sabah yang dilabelkan sebagai salah satu sumber telaga minyak yang banyak menyumbang kepada Petronas hanya mendapat agehan 20 peratus.

Sebaliknya, rakyat Sabah berhak mendapat agehan royalti ke tahap sama rata atau sekurang kurangnya 50 peratus, tegas beliau.

33 comments:

  1. The funny thing is, all PR leader seems wants to distance themselves from the blogs, even though the blog was clearly an opposition supporter's blog...pity the blogs owner for his futile effort...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PR mula risau disebabkan blog Suara PR ini telah tersilap langkah.

      Delete
    2. Jangan biarkan pihak pembangkang menghina budaya penduduk Sabah. Memang tidak patut dilepaskan. Harap pihak SKMM akan terus melakukan siasatan kepada Suara Pakatan Rakyat ini.

      Delete
    3. And they have deleted the statement as well. So why they have to delete it if the blog is not belong to them?

      Delete
    4. Pembangkang memang takut mau mampus.

      Delete
    5. Yang dorang delete tu lah yang menyebabkan makin ramai curiga dengan mereka.

      Delete
    6. blog tersebut jelas menyokong pembangkang.

      Delete
  2. The opposition shouldn't mock on our Sumazau dance!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebudayaan harus dihormati sebagai warisan masyarakat.

      Delete
  3. Memang gini la perangai pembangkang, memang tak tahu malu langsung!

    ReplyDelete
  4. I think its already proven that the blog belong to pro-pakatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti jugalah kalau dah dibuktikan milik pro-pakatan atau tak, namun hal seperti ini memang tak patut berlaku.

      Delete
    2. blog tersebut mungkin juga milik pembangkang walaupun mereka tidak mengaku.

      Delete
  5. Promote racial harmony. stop racial sentiment!

    ReplyDelete
  6. Tarian sumazau adalah tarian budaya bangsa di Sabah, takkan itu pun nak masuk dalam blog pra malaya?

    ReplyDelete
  7. Pasti ada orang yang sengaja mahu buat orang Sabah panas ni. Hairan juga ada manusia yang suka melihat kekacauan berbanding keamanan.

    ReplyDelete
  8. Siasat perkara ini supaya kebenaran dapat ditemukan.

    ReplyDelete
  9. Dunia politik tidak akan menjadi teruk kalau tidak ada orang yang sengaja mahu cari pasal. huhu

    ReplyDelete
  10. makin byk penghinaan berlaku sekarang.

    ReplyDelete
  11. Parti Bersatu Sabah (PBS) has condemned in the strongest term an article “Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak” published in the ‘SUARA PAKATAN RAKYAT’ blog on September 11 this year.And, the party lodged a police report at the Penampang police station on the matter.

    ReplyDelete
  12. PBS secretary general Datuk Henrynus Amin said in a statement emailed to New Sabah Times, the party took exception to the article which mocked the Prime Minister for participating in the Sumazau dance during the Kadazandusun and Murut Harvest Festival.And he said the party also condemned the title of the blog which suggested the cultural Sumazau dance was only fit for people with low morality.

    ReplyDelete
  13. “This means the Kadazandusun and Murut community are immoral or people of low morality,” he quipped.An irate Henrynus also said the party took to task the writer for saying “Ia bukanlah tarian rakyat sepertimana yang kebanyakan dari kita semua faham.”

    ReplyDelete
  14. “This statement suggests that Sumazau is not fit to be performed for enjoyment during festivities as the dance is only for religious rituals and that those participating in the Sumazau are involved in some sort of worship.“This is a baseless statement as Sumazau is a dance for all occasions,” Henrynus pointed out.

    ReplyDelete
  15. He also said the following statement, “Penulis akui tak berapa faham tentang tarian, cantik ke tak cantik, sumbang ke tak sumbang, tapi penulis tahu jenis dan gaya tarian itu tak berapa berkenan di mata penulis, nampak bodoh saja mengepak-ngepak macam burung.”Henrynus said this statement suggested that those participating in the Sumazau dance looked stupid.

    ReplyDelete

  16. “We take exception to the use of the term “bodoh” to describe those dancing the Sumazau.“And, we also condemn the statement, “Penulis yakin, bukan penulis seorang, majority rakyat Malaysia pun sama seperti penulis, tidak berapa nak berminat dengan tarian yang berasal dari upacara pemujaan semangat padi ini. Soal rakyat Sabah sukakannya, itu masalah mereka. Kita di Semenanjung yang jauh lebih moden dan bertamadun tak perlu mengikut mengepak-ngepak seperti itu.

    ReplyDelete

  17. “This statement clearly is an insult to the Kadazandusun and Murut community as not modern, backward and less civilized,” he said.And according to Henrynus another statement by the blog writer also suggested that the Kadazandusun and Murut culture was dirty, uncivilized and unworthy of the royalty in this country. The use of the term “duli”, he said, though not fully expressed has the meaning to refer to the sovereign of this country.

    ReplyDelete
  18. On the statement “Berapa percent sangat mereka di Sabah?, he said it mocked the Kadazandusun and Murut community as a minority and politically insignificant to the country.“We in PBS deeply regret that the good intention of the Prime Minister and his wife to participate in dancing Sumazau had been politicised by SUARA PAKATAN RAKYAT with seditious intent.

    ReplyDelete
  19. “The writer insults, belittles and downgrades the Kadazandusun and Murut community and their culture as stupid, immoral, uncivilized and backward… unworthy of the respect of the sovereign of this country.“We urge the police to investigate and take action against the writer of this blog and the blog itself which is being used to propagate seditious remarks against the Kadazandusun and Murut community.“We understand that the article in the blog has been removed. But we wish to continue with our police report and a copy of the blog is attached with the police report,” he said.

    ReplyDelete
  20. sikap hormat menghormati penting untuk memastikan keharmonian terus terjaga.

    ReplyDelete
  21. tindakan harus diambil terhadap sesiapa pun yang melakukan kesalahan.

    ReplyDelete
  22. daripada sekadar "menyarankan", baik parti KITA buat laporan polis.. kenapa tidak buat? sekadar mahu popular di media?

    ReplyDelete
  23. isu penghinaan budaya ini menjadi tamparan hebat kepada Pakatan Rakyat.. sebab itu sejak kebelakangan ini bermacam2 isu mereka timbulkan bagi menutup tembelang mereka yang telah terbongkar..

    ReplyDelete

Search This Blog