Oleh: Mail Mathew
TENOM: Kepimpinan Democratic Action Party (DAP) kebangsaan mempertikaikan kejujuran kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung pelaksanaan RCI diSabah dimana kini sudah berlarutan selama 7 bulan namun ianya masih belum bermula meskipun TOR dan ahli ahli telah pun dilantik.
Penasihatnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang berkata demikian dihadapan kira kira 200 orang hadirin semasa program bicara rakyat “Janji ditepati” anjuran DAP Pedalaman diperkarangan ruang tamu mingguan Tenom New Township dekat sini pada Rabu.
Beliau berkata, isu kelewatan itu kini menjadi persoalan rakyat bahawa jikalau Suruhanjaya Cobbold (Lord Cobbold) yang ditubuhkan pada 17 Januari 1962 dan siap pada Julai, 1962 selama 5 bulan untuk melakukan pendengaran awam keatas persetujuan rakyat Sabah menyertai pembentukkan Malaysia, mengapa pula RCI sekarang ini sudah 7 bulan tapi belum pun bermula.TENOM: Kepimpinan Democratic Action Party (DAP) kebangsaan mempertikaikan kejujuran kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung pelaksanaan RCI diSabah dimana kini sudah berlarutan selama 7 bulan namun ianya masih belum bermula meskipun TOR dan ahli ahli telah pun dilantik.
Penasihatnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang berkata demikian dihadapan kira kira 200 orang hadirin semasa program bicara rakyat “Janji ditepati” anjuran DAP Pedalaman diperkarangan ruang tamu mingguan Tenom New Township dekat sini pada Rabu.
“ Atas garisan faktor ini yang menjadikan rakyat terus mempersoalkan kejujuran dan keikhlasan kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih lebih lagi apabila mereka memilih slogan 'Janji ditepati'...(Jadi), apakah mesej dalam slogan mereka itu benar atau tidak,” tegas Lim.
Majlis tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Dr Hiew Keng Chew, Adun Sri Tanjung Jimmy Wong, MP Segambut Lim Lip Eng, Setiausaha DAP Sabah Dr Edwin J Bosi, Naib Pengerusi DAP Sabah Edward Mujie dan Lawrence Piki (Penganjur).
Lim berkata, Sabah yang telah mencapai status kemerdekaan 49 tahun yang lalu selepas Sabah bersama Sarawak dan Malaya bersetuju membentuk “Malaysia” pada 31 Ogos 1963 tidak banyak mencapai intipati erti 'kemerdekaan' yang sebenarnya dalam aspek pembangunan jika dibandingkan dengan Sarawak mahu pun negeri negeri diSemenanjung.
Selain itu, rakyat dinegeri ini masih menagih hak mereka dari segi kebebasan bersuara dan amalan demokrasi yang tulen sepertimana yang diamalkan negara negara maju yang berkonsepkan demokrasi dimana rakyatnya diberi peluang menyuarakan sesuatu menerusi forum forum bebas atau 'public hearing', tegas beliau.
“ Kalau mereka jujur dan ikhlas, tidakkan kita dalam perhimpunan hari ini disekat daripada menggunakan pembesar suara hanya kerana sedikit masalah teknikal, sedangkan satu Akta baru yang telah diluluskan Parlimen membenarkan mana mana kumpulan berhimpun tanpa permit.
“ Anehnya...(tetapi), kita masih juga menerima sekatan. Kita tidak menyalahkan pihak Polis kerana mereka kena ikut arahan, tetapi yang salah ialah kerajaan BN, ” tegasnya.
Dalam pada itu, berhubung hasrat DAP meletakkan calon pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) untuk kawasan Pedalaman khususnya di Tenom Lim berkata, setakat ini soal itu belum dapat ditentukan dan ia masih dalam kajian oleh satu jawatankuasa Pakatan Rakyat (PR) namun akan dipertimbangkan jika terdapat cadangan.
Ditanya lanjut, apakah SAPP salah satu daripada parti komponen PR atau kawan karib dalam menghadapi BN pada PRU-13 beliau berkata,
“ Tiada komen dalam soal itu kerana biar peringkat Negeri yang menjawabnya...(tetapi) SAPP merupakan rakan dalam pembangkang dimana kita akan mempastikan 1 lawan 1 semasa PRU-13,” tegasnya.
PR mmg suka memanipulasikan untuk kelirukan rakyat.
ReplyDeleteItu memang tidak dinafikan lagi jika dikatakan PR suka manipulasi isu yang ada. Mereka cuba untuk mengelirukan kepentingan rakyat. Maka berhati-hati.
ReplyDeleteMengenai kemerdekaan Sabah dan Malaysia. Kita patut mengikut kemerdekaan Negara kita Malaysia. Memang tidak salah menyambut kemerdekaan Negeri Sabah sendiri tapi rasanya tidak salah jika disambut bersama-sama dengan kemerdekaan Negera kita.
ReplyDeleteDAP akan menyokong semua perkara yang bertentangan dengan Kerajaan. Itulah yang kita dapat lihat sekarang. Apa pun kita tunggu saja apa yang DAP akan dapat lakukan.
ReplyDeletePerbandingan antara DAP dan PAS. Siapa rasaya DAP adalah yang terbaik? dan siapa kata PAS ialah terbaik? Kalau kita lihat sendiri pun sokongan di Sabah dan Sarawak memang DAP yang hebat daripada PAS. Jadi ini bermakna PAS adalah parti tercorot sekali didalam PAKATAN RAKYAT dan sentiasa ditindas.
ReplyDeleteparti2 pembangkang yang sering tidak sehaluan menunjukkan mereka sukar untuk bersatu.
Delete"Kepimpinan Democratic Action Party (DAP) kebangsaan mempertikaikan kejujuran kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung pelaksanaan RCI diSabah dimana kini sudah berlarutan selama 7 bulan namun ianya masih belum bermula meskipun TOR dan ahli ahli telah pun dilantik."
ReplyDeletebaru 7 bulan, belum 22 tahun.. itupun TOR dan panel sudahpun diumumkan.. entah kenapa la pembangkang tidak sabar sangat mahu RCI dilaksanakan..
"Lim Kit Siang berkata demikian dihadapan kira kira 200 orang hadirin semasa program bicara rakyat “Janji ditepati” anjuran DAP Pedalaman"
ReplyDeleteLKS datang ke Sabah untuk bicara janji ditepati.. tapi janji2 DAP di Pulau Pinang masih banyak yang tidak ditepati..
"Beliau berkata, isu kelewatan itu kini menjadi persoalan rakyat bahawa jikalau Suruhanjaya Cobbold (Lord Cobbold) yang ditubuhkan pada 17 Januari 1962 dan siap pada Julai, 1962 selama 5 bulan untuk melakukan pendengaran awam keatas persetujuan rakyat Sabah menyertai pembentukkan Malaysia, mengapa pula RCI sekarang ini sudah 7 bulan tapi belum pun bermula."
ReplyDeleteagaknya LKS dah nyanyuk sangat hinggakan penubuhan Malaysia dia boleh samakan dengan penubuhan RCI..
"Atas garisan faktor ini yang menjadikan rakyat terus mempersoalkan kejujuran dan keikhlasan kerajaan Barisan Nasional (BN)"
ReplyDeletesetahu saya rakyat tidak mempersoalkan keikhlasan dan kejujuran kerajaan BN, sebaliknya pembangkang la yang asyik mempersoalkan keikhlasan dan kejujuran BN..
apa pun yang dibuat oleh kerajaan pasti salah di mata pembangkang.
Delete"Sabah yang telah mencapai status kemerdekaan 49 tahun yang lalu selepas Sabah bersama Sarawak dan Malaya bersetuju membentuk “Malaysia” pada 31 Ogos 1963 tidak banyak mencapai intipati erti 'kemerdekaan' yang sebenarnya dalam aspek pembangunan jika dibandingkan dengan Sarawak mahu pun negeri negeri diSemenanjung."
ReplyDeleteLKS perlu ingat, jika Sabah hanya sekecil Pulau Pinang, pembangunan di Sabah sudah berlipat kali ganda mengatasi Pulau Pinang..
"rakyat dinegeri ini masih menagih hak mereka dari segi kebebasan bersuara dan amalan demokrasi yang tulen sepertimana yang diamalkan negara negara maju yang berkonsepkan demokrasi dimana rakyatnya diberi peluang menyuarakan sesuatu menerusi forum forum bebas atau 'public hearing'"
ReplyDeletesejak bila pula demokrasi menjadi isu di Sabah? setahu saya Sabah adalah contoh terbaik dalam mengamalkan demokrasi di negara ini.. apa pula pandangan LKS berkenaan dengan pemecatan jawatan Tengku Aziz hanya kerana kenyataannya bertentangan dengan kemahuan DAP??
"Kalau mereka jujur dan ikhlas, tidakkan kita dalam perhimpunan hari ini disekat daripada menggunakan pembesar suara hanya kerana sedikit masalah teknikal, sedangkan satu Akta baru yang telah diluluskan Parlimen membenarkan mana mana kumpulan berhimpun tanpa permit."
ReplyDeletepernahkah pemimpin2 Pakatan mematuhi peraturan2 dalam akta perhimpunan aman??
pembangkang selalu melanggar peraturan yang ditetapkan apabila berhimpun.
DeleteLKS dan pemimpin2 Pakatan juga tidak ikhlas memperjuangkan nasib rakyat.. lihat saja LKS. hanya dekat2 PRU baru dia muncul di Sabah.. malah cara mereka mempertikaikan RCI juga menunjukkan mereka tidak ikhlas melainkan sekadar menggunakan isu itu untuk kepentingan parti mereka..
ReplyDeletebila mau dekat PRU barulah dap sibuk mengenai itu dan ini..
ReplyDeletepembangkang mahu bekerjasama sesama mereka, tapi sampai sekarang pun belum bekerjasama.
ReplyDelete