Tun: Pembangkang memerintah selepas PRU-13, bahaya?

Ketua Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah
Air (Kita) Sabah Mutang Dawat @ Sylvester
Oleh: Ambrose M Matthew
TENOM: Ketua Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Sabah Mutang Dawat @ Sylvester (gambar), membidas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad baru baru ini yang menyatakan bahawa jika berlaku perubahan tampuk kerajaan selepas pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) kepada pembangkang amat bahaya kerana banyak perkara buruk akan berlaku.

Beliau berkata, selagi pemerintahan negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi, rakyat berhak menentukan siapa yang bakal meneraju negara dan tiada siapa boleh menghalang kemahuan mereka termasuk Najib dan Mahathir.
“Kerajaan akan ditentukan rakyat menerusi peti undi...tiada siapa yang boleh menghalang atau mempengaruhi rakyat buat itu dan ini kerana rakyat lebih matang dan bijak dalam memilih kerajaan yang mereka suka.

“Larangan untuk rakyat membuat perubahan menunjukkan bekas Perdana Menteri itu sama ada tidak memahami pengertian demokrasi atau buat buat tak tahu,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Rabu sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri yang meminta supaya pembangkang tidak diberi peluang menerajui kerajaan selepas PRU-13.

Mutang berkata, sama ada Najib atau Tun Mahathir, tiada siapa yang percaya bahawa kedua dua tokoh itu tidak memahami sistem demokrasi, dimana perubahan pasti akan berlaku, dan ia bukan tugas parti memerintah yang menentukan tetapi segala galanya adalah di tangan rakyat.

Dalam pada itu, berhubung dengan isu 20 Perkara yang dibangkitkan semula oleh Ketua Pemuda Umno Keningau baru baru ini Mutang berkata,

“Isu tersebut sudah bosan didengar dikhalayak ramai dimana pihak parti kerajaan asyik menepis berbagai tomahan pembangkang namun mereka (BN) tidak pun berusaha untuk membaikinya meskipun ada pemimpin BN itu sendiri mengakui bahawa 20 Perkara ada justifikasinya.

“Kenapa harus terus terusan menentangnya jika ada diantara slotnya perlu dibaiki demi kebaikan dan keselesaan rakyat kerana dokumen itu merupakan sebahagian daripada asas persetujuan pemimpin pemimpin Sabah menyetujui pembentukkan Malaysia tahun 1963,” tegasnya.

Selain itu, Mutang turut mengulangi pendiriannya sebelum ini bahawa ketidakadilan dan tidak menghormati prinsip perkongsian kuasa yang tulen dalam gagasan BN menyebabkan ada diantara parti parti komponennya sanggup melanggar perpaduan mereka.

Adalah lebih baik bagi parti parti dalam komponen BN seperti PBS, PBRS dan UPKO meninggalkan sahaja gagasan BN untuk bersama sama dalam pembangkang bagi meneruskan perjuangan mereka untuk membela rakyat negeri ini daripada terus dibelenggu pelbagai karenah politik yang membosankan dalam BN, kata Mutang.

“Kenyataan keras daripada Ketua Pemuda PBRS Sook Kahirin Bahador kelmarin (Selasa) berhubung hasrat Umno mengambil salah satu daripada kawasan Dun Parlimen Pensiangan pada PRU-13 cukup membuktikan ketamakkan Umno tanpa menghirau perasaan rakyat Pensiangan yang mempunyai penduduk 90 peratus masyarakat KDM,” tegas Mutang.

26 comments:

  1. Anti Pilaks, PutatanAugust 30, 2012 at 7:44 AM

    Wahai Mahathir, jangan buat andaian yang tidak guna...siapa yg bahaya pembangkangkah atau BN kalau terus memerintah selepas pru13? Dulu zaman regime Mahathir memerintah 22 thn lalu lebih teruk...sabah kucar kacir, keselamatan terancam oleh PTI dan KP Palsu...ini lagi lebih bahaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar rakyat sendiri yang buat pilihan mereka.

      Delete
    2. Mahathir kan memang tak guna, tu orang tua hanya tau condemn orang ja.

      Delete
    3. Berhenti menyalahkan sebab yang sokong dia dulu pun rakyat juga kan. Jadi sekarang ni kalau tak puas hati buatlah paa yang dirasakan patut.

      Delete
    4. competition should be healthy not condemn one and another

      Delete
  2. rakyat pasti tahu parti mana yang terbaik untuk mereka pilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastinya rakyat bijak memilih.

      Delete
    2. rakyat pasti tau pasal bukan budak kecil yang mengundi

      Delete
  3. persaingan mungkin sengit. apa pun tunggu dan lihat hasilnya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The competition is getting higher and higher..

      Delete
    2. Sengit macam mana sekalipun, rakyat pasti dapat buat keputusan yang tepat. All the best kepada semua yang mengundi.

      Delete
    3. kepada rakyat yang layak mengundi gunala peluang ini untuk mengundi dengan bijak

      Delete
  4. sekarang ini semua pun mahukan sokongan daripada rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  5. rakyat harus bijak menilai dan buat pilihan..masa depan di tangan anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan di tangan kita juga:) Jom undi calon yang terbaik nanti.

      Delete
  6. The opposition is just talking shit.

    ReplyDelete
  7. Pembangkang hanya mencari masalah saja.

    ReplyDelete
  8. Saya tidak pro kepada mana-mana pihak. Tapi bagi saya BN atau pembangakan tidak bahaya; yang bahaya ialah individu yang kena pilih tu. Sebab tahulah manusia kan mudah alpa bila ada kuasa.

    ReplyDelete
  9. Dipendekkan cerita, buatlah pilihan yang bijak.

    ReplyDelete
  10. biar rakyat buat keputusan samada nak pilih pembangkang atau kekal pada kerajaan sekarang.

    ReplyDelete
  11. "Kerajaan akan ditentukan rakyat menerusi peti undi...tiada siapa yang boleh menghalang atau mempengaruhi rakyat buat itu dan ini"

    tau pun.. tapi kenapa tersentak bila Tun M buat kenyataan seperti itu???????

    ReplyDelete
  12. memang betulpun apa yang dikatakan oleh Tun M.. dalam masa 100 hari pemerintahan pembangkang, Malaysia akan bankrap.. dari mana mereka dapat dana untuk pendidikan percuma, royalti 20%, rm500 untuk guru2, menaikkan subsidi minyak dan barangan keperluan, menurunkan harga rumah, kereta dan sebagainya, dan dalam masa yang sama memansuhkan cukai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hearthunter,Kota KinabaluSeptember 8, 2012 at 4:58 AM

      headhunter kepala otak dia memang becampur taik!!...pembangkang memang tdk dapat buat sesuatu dlm kedudukan dia sekarang tapi headhunter harus nilai bila dia berada dlm kerajaan siapa yg lebih baik...belum cuba belum tahu! Kalau mau tahu bubarlah Parlimen adakan PRU13...dan bila pembangkang tawan Putrajaya...kau tampil ke hadapan lihat bagaimana pembangkang buat kerja...kalau tdk boleh juga barulah headhunter yg otak dia bercampur taikk babi komen dan tuding jari dekat pembangkang! Macam mana Tun M dan headhunter tahu pembangkang kasi bangkrap kerajaan dlm masa 100 hari sedangkan pembangkang belum naik kerajaan? Kita boleh becakap komen kerajaan BN kerana kita dpt lihat mata kita sendiri kelemahan BN dan AMUNO! Kalaulah benar tuduhan itu yg mengatakan pembangkang kasi bangkrap kerajaan dlm 100 hari...knapa P.Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan tidak bangkrap sedangkang kerajaan negeri yg dikuasai pembang kang sdh menguasai berpenggal penggal lamanya. Malahan prestasi kerajaan pembangkang jauh lebih baik dari UMNO/BN terutamanya P.Pinang dan Selangor. DiSabah apa ada?...600 ribu PTI dapat MyKad, Kerakyatan warganegara Sabah dan bisnes belambak siapa punya kerja? headhunter tanya Tun M lah!

      Delete
  13. hearthunter,Kota KinabaluSeptember 8, 2012 4:58 AM

    terima saja la kenyataan, tidak perlu cuba tegakkan benang yang basah.. sekarang ini pun kerajaan negeri selangor sedang berhadapan dengan saman penduduk selangor kerana gagal menunaikan janji air percuma.. kalau mahu cakap Pakatan tidak ada duit, bagaimana kerajaan selangor boleh tambah rm10 juta untuk skim gaji minimum bagi GLC di negeri itu?? bagaimana MB selangor boleh berikan rm50 ribu kepada adun seri muda untuk membiayai kos guaman adun itu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. anda terlalu buta dengan media massa pro umno ni bro..anda tidak tahu keadan sebenar di selangor,isu yang ditimbulkan adalah perbuatan umno yang memburukkan kerajaan selangor,kalau anda perasan 1video tentang isu air yang disiarkan di tv3 selalu itu,nama syarikat tangki air yang terpapar pun johor punya,mcm mna boleh jd di selangor pula..hal rumah yang dibeli rakyat, kenapa mereka nak minta kerajaan negeri pula bayar hutang rumah mereka sedangkan itu hutang mereka?..tak tahu malu betul..kerajaan janji nak tolong,bukan dalam manifesto mereka itu bayar hutang semua rakyat selangor..

      Delete
  14. The opposition’s ambitious promises, which include reduction of tax and fuel prices, abolition of the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) and provision of free higher education, could well cost almost RM200 billion to fulfill, and bankrupt the nation. Since the 2008 general election, it has also promised to take over the highway concessions and abolish tolls, increase Sabah and Sarawak’s oil royalty by 20 per cent, reduce import tax on cars and provide cash assistance to ensure a minimum household income of RM4,000.

    Many may still recall the pre-2008 general election debate between the then Information Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek and Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, where the latter promised a reduction in fuel price immediately should the opposition form the federal government.On the other hand, the current government continues with its various initiatives to ease the people’s burden without jeopardising the country’s finances. Since Sept 1, 2009, the sale of RON92 petrol was discontinued and the price of RON97 was streamlined to the market rate of RM2.70 per litre, while RON95 was subsidised to be RM1.90 per litre.

    This year, the government is also expected to spend RM18.92 billion in petroleum and related fuel subsidies, an increase of RM1.92 billion from last year. The opposition has also asked Khazanah Berhad, the Employees Provident Fund and other government-linked companies to acquire highway concessions in order to abolish toll.The resulting cost of such a move could be anywhere between RM50 billion and RM100 billion, equivalent to about 6.4 per cent of the country’s Gross Domestic Product, which could have a big impact on its finances.

    Whereas, the government is currently restructuring PLUS Berhad to ensure the status quo for toll rates at four highways for the next five years, as announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.Quoting Sabah Barisan Nasional (BN) secretary Datuk Abdul Rahman Dahlan, Anwar was reported to have promised to increase Sabah and Sarawak’s oil royalty from five per cent to 20 per cent, and not to be outdone, others such as Datuk Dr Jeffrey Kitingan have promised up to 50 per cent.

    Perhaps the sweetest opposition promise of all is the minimum pay of RM4,000 for both the public and private sectors. This would surely involve a huge amount of funds to implement considering just the civil service staff of 1.2 million. And would the private sector be able to afford such a sum considering their profit margins?The Head of Research and Economics and Finance Cluster of the National Council of Professors (MPN) Prof Dr Shazali Abu Mansor was reported as saying such opposition moves were estimated at RM200 billion per annum and would only lead to an increase in taxes and external loans.

    “The government would be burdened with as much as RM43 billion if the loans are not repaid. There are three governments, including Norway’s, which provide free education but the taxes imposed on the people are high. Do we really want to burden the people by abolishing PTPTN loans? Surely, we don’t want that,” said Najib at a function in Johor.The same goes for the opposition’s proposal to reduce excise duties on cars, which would only reduce the nation’s coffers by about RM7 billion and detract from government facilities to the people.

    Meanwhile, BN and Federal Territory Umno Liaison secretary Datuk Syed Ali Alhabshee said such promises could cause the country to go bankrupt and spike the unemployment rate. It’s not reasonable to make such rash promises without considering long-term consequences. Bayan Baru independent member of parliament Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim said the opposition can promise what they like but the issue is whether they can deliver the same.He warned that people who fell for such promises would be taking a very big risk which they would later regret.

    ReplyDelete