Skandal Penyelewengan Wang HSBC – Masa Untuk Menjalankan Siasatan Ke Atas Salahlaku Musa Aman!

Salah seorang pegawai tertinggi bank HSBC telah meletak jawatan secara sukarela semalam, sambil mengumumkan bahawa bank itu telah membisu seribu bahasa terhadap kegiatan memindahkan wang sebanyak $38 trillion, yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Laporan dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai wang sogokan pembalakan (suatu kes yang, menurut Najib Razak, boleh disabitkan dengan Musa Aman) mengandungi banyak maklumat mengenai penglibatan HSBC memproses berjuta-juta ringgit yang akhirnya menjurus ke dalam akaun-akaun bank milik Musa Aman.

Begitu juga, Sarawak Report telah mendedahkan maklumat terperinci mengenai siri-siri akaun HSBC yang dikaitkan dengan Musa Aman, yang akhirnya terpaksa ditutup dalam tahun 2006 dahulu.

Maka, tidak hairanlah jika Jawatankuasa Senat US di Homeland Security telah melaporkan bahawa dalam tempoh masa 2006 – 2010, pihak HSBC telah membantu penyelewengan wang merentah antarabangsa yang berskala besar untuk kemudahan geng-geng dadah, kegiatan-kegiatan pengganas dan negara-negara penyangak, menjauhkan dana-dana bersyak-wasangka di antara cawangan-cawangan luar negaranya, di Amerika Syarikat, Switzerland dan tempat-tempat lain.

Fail-fail mahkamah dari Sarawak Report ke atas Musa Aman telah jelas menunjukkan bahawa hasil rasuah pembalakan di Malaysia sepatutnya dimasukkan ke dalam senarai hitam itu juga!

Rasuah pembalakan
Inilah bukti bantuan bank-bank
antarabangsa membantu Musa
dan kroni-kroninya mencapai
hasrat mereka
Mangsa-mangsa skandal multi-juta dollar ini termasuklah orang-orang asli Sabah, yang telah dimusnahkan tanah dan kawasan pemburuan mereka; pembayar-pembayar cukai, di mana wang-wang cukai mereka telah dicuri dan juga perniagaan-perniagaan yang dilakukan dengan jujur, di mana peluang mereka telah dieksploitasi oleh jenayah rasuah.

Sementara itu, tempias dari jenayah ini telah merangkumi kemusnahan yang amat buruk ke atas salah sebuah alam sekitar yang tinggi nilainya yang masih tinggal di muka bumi kita ini – yang sejak kebelakangan ini mengandungi suatu kawasan hutan hujan yang tertua dan berbio-divesiti.

Pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan telah musnah dan pupus akibat ketamakan yang tiada batasannya hanya dalam masa sedekad sahaja.

Sedikit masa dahulu Musa Aman telah sekali lagi cuba menafikan kesemua bukti yang tinggi menggunung untuk mendakwanya. Namun Speaker di Dewan Undangan Sabah telah tidak membenarkan suatu usul tidak percaya diundi – suatu usaha putus asa yang telah mencemarkan proses demokrasi dilaksanakan. Terdapat juga cubaan yang mencadangkan Musa telah mengumumkan bahawa jutaan dollar itu telah dimasukkan ke dalam akaun-akaunnya di Swiss Bank kerana kononnya dia bertindak selaku penama bagi pihak partinya UMNO dan juga bagi pihak bosnya Perdana Menteri Najib Razak!

Sekiranya senario ini benar, adakan para pelindung Musa akan percaya untuk menjadikannya tidak bersalah dalam kegiatan merompak kekayaan negerinya sendiri? Kerana jika Najib dan Musa disabitkan sama dalam perkara ini, maka mereka berdua sama-sama bersalah!

Peranan yang dimainkan oleh bank-bank HSBC dan UBS bersekongkol merompak khazanah kekayaan Borneo

Sejak sedekad yang lalu, ketika hutan-hutan Sabah hampir ranap ditebang, Musa terus mengeluarkan lesen-lesen untuk menebang kawasan-kawasan hutan yang dilindungi dan kawasan-kawasan cerunan bukit digondolkan oleh para kroni-kroni pembalakannya.

Ketamakannya telah memusnahkan hutan Sabah, sama seperti ketamakan dan kerakusan Abdul Taib Mahmud menebang kawasan hutan yang amat luas di Sarawak.

Dua orang Ketua Menteri, Taib dan Musa – kedua-duanya sama-sama merompak kekayaan milik rakyat mereka

Dan setelah kami mendedahkan maklumat secara terperinci pada minggu-minggu yang lalu, para kroni Musa telah membayarnya berpuluh-juta dollar wang sogokan menerusi para penamanya, termasuk “orang tengahnya”, Michael Chia.

Kegiatan ini telah dibantu oleh cawangan-cawangan dua buah bank global HSBC dan UBS di Singapura dan Hong Kong bahawa Musa Aman dan Chia telah menyelewengkan wang itu dan menyalurkannya, sebagai mana telah kita laporkan, menerusi beberapa siri akaun luar negara ke dalam akaun Musa Aman sendiri di bank di Zurich.

Michael Chia – selaku orang
tengah dalam kegiatan
penyelewengan wang
Kedua-dua bank itu harus disiasat dengan terperinci dan dikendalikan oleh pihak pendakwaraya di Switzerland dan dalam pada itu pihak NGO pejuang alam sekitar Bruno Manser Fund telah, pada minggu ini, mengambil tindakan yang selanjutnya untuk menggesa dan mempastikan bahawa siasatan tetap dijalankan.

Bruno Manser Fund telah mengutuskan surat aduan kepada dua badan perundangan di Singapura, dan pihak Pengawal Kewangan dan Bahagian Siasatan Kewangan bagi mendesak mereka mengambil tindakan atas tindak-tanduk bank HSBC dan UBS mengendalikan akaun-akaun Musa Aman di Singapura.

Aduan-aduan ini tidak seharusnya dipandang ringan kerana pejabat Pendakwaraya Persekutuan Swiss telah pada beberapa hari kebelakangan ini mengumumkan bahawa mereka telah secara rasminya membuka fail siasatan berhubung bank UBS, setelah mereka menerima fail-fail mahkamah daripada Sarawak Report.

Kes berkenaan telah dimaklumakan berdasarkan maklumat menyeluruh yang diberikan oleh pihak berkuasa Hong Kong kepada pihak berkuasa Swiss, yang pada mulanya telah menahan Michael Chia kerana membawa $16 juta dalam tahun 2008.

Case Number SV.12.0749-WEL - The Swiss Attorney General's Office confirms its investigation of UBS Bank's involvement with Musa Aman

Pihak-pihak berkuasa di Malaysia juga telah dipaksa mengumumkan mengenai siasatan yang dijalankan oleh negara-negara luar. Hari berganti hari, banyak persoalan ditimbulkan mengapakah Peguam Negara Malaysia (saudara Musa sendiri) telah gagal bertindak berdasarkan fail-fail mahkamah mengenai Musa Aman sebagaimana disahkan oleh Najib Razak.

Kepatuhan
Tidak dapat lari lagi – adakah Musa Aman
tetap menggunakan alasan bahawa dia
hanya ‘penama’ bagi pihak UMNO?!

Jika Malaysia tidak akan mengambil apa-apa tindakan ke atas Musa sekalipun, kebenaran tetap akan terserlah kerana bank-bank ini telah menerima tekanan antarabangsa kerana memainkan peranan mereka dalam skandal ini.

Kunci kejayaan Musa dalam ‘menyedut’ beratus-juta dollar wang sogokan dari negeri Sabah adalah kesanggupan bank-bank seperti HSBC membuta-tuli dan melanggar peraturan-peraturan asas dalam kepatuhan (suatu kesalahan yang boleh menyebabkan ianya didenda sehingga beratus-juta dollar di tempat-tempat lain di luar negara).

Peraturan-peraturan ini menuntut agar akaun-akaun yang dikaitkan dengan orang-orang politik yang telah didedahkan kegiatan haram mereka dan akaun-akaun yang menerima jumlah wang yang amat banyak secara mencurigakan harus disiasat dan dipertanggungjawabkan.

Akaun-akaun yang dikendalikan oleh Michael Chia, yang seterusnya memindahkan wang itu kepada Musa Aman sendiri dan juga sebagai punca perbelanjaan dua orang anak Musa, seharusnya menjadi sasaran penyiasatan ini.

Namun, kedua-dua bank HSBC dan UBS telah gagal berbuat demikian, lebih gemar mengendalikan pindahan-pindahan wang haram berjuta-juta dollar.

Dalam tahun 2006 pihak HSBC telah menutup akaun-akaun pegangan Michael Chia, namun tindakan sedemikian telah mencetuskan lebih banyak persoalan berhubung kepatuhan kepada peraturan-peraturan perbankan. Beberapa siri arahan juruwang bernilai sekitar $20 juta telah diberikan kepada Chia untuk membolehkannya membersihkan akaun-akaunnya itu.

Sukar untuk dikesan – dengan mengeluarkan arahan-arahan juruwang yang banyak HSBC telah membantu Chia memutuskan rangkaian pindahan wang itu dan dalam masa yang sama menutup sumber jutaan dollarnya

Dengan arahan-arahan juruwang ini Chia telah membuka akaun-akaun barunya di UBS Singapura, justeru membolehkannya memutuskan rangkaian pemindahan-pemindahan wang itu, sementara itu berjuta-juta dollar wang sogokan telah dipindahkan dari akaun syarikat-syarikat pembalakan di Sabah ke dalam akaun-akaun bank Musa Aman di Zurich!

Turut dipersoalkan adalah kesanggupan UBS Singapura menerima arahan-arahan juruwang ini untuk membuka akaun-akaun baru Michael Chia. Usaha ini telah melengkapkan penyelewengan wang pembalakan Sabah.

Kini tiada lagi rahsia dalam rangkaian pemindahan-pemindahan wang haram itu. Fail-fail mahkamah kami telah berada pada pihak-pihak berkuasa.

Maka, memandangkan inilah masanya untuk mengaku dan memohon maaf, pihak HSBC dan UBS harus mengorbankan masa mereka dan mengisytiharkan wang awam dan berterus-terang dalam hubungan mereka dengan Musa Aman termasuk juga kesalahan-kesalahan lain yang didedahkan oleh Jawatankuasa Senat US.

104 comments:

  1. Kenapa pula mereka sibuk dengan kes Datuk Musa? Adakah ini hanyalah rekaan semata2 orang2 yang iri hati dengan kejayaan beliau.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think so too. They have wasted so much time just to badmouth a leader. Simply ironic.

      Delete
    2. Pasal mereka hilang arah nak cakap apa. Lagi satu, diorang ini kumpulan anasir jahat. Macam la mereka tu pemimpin tau2 orang cuci tandas nak pok nama.

      Delete
    3. tiada kes pun...kalau ada kes, sudah tentu ada pendakwaan...tapi tiada pendakwaan..

      Delete
    4. They are simply making up stories.

      Delete
    5. maklumlah PRU13 kan akan datang tidak lama lagi.

      Delete
    6. I'm so sorry with those naysayers. They are very negative and seeking for validation.

      Delete
    7. Memang diorang ni sengaja nak jatuhkan orang lain pasal pemimpin mereka tiada peluang jadi KM.

      Delete
    8. Macam mana nak hadapkan Musa ke mahkamah kalau bukti pun belum cukup kukuh untuk buka fail siasatan:P

      Delete
    9. belum ada bukti kukuh pun Musa terlibat.

      Delete
    10. Biarlah pihak berkuasa untuk membuat siasatan yang wajar.

      Delete
    11. Sekadar cakap kosong sahaja buat apa, tiada bukti kukuh yang dapat menguatkan dakwaan ini.

      Delete
    12. Rekaan atau kebenaran, cume boleh diketahui melalui siasatan.

      Delete
    13. Biasalah mau dekat PRU ini... Cerita-cerita sebegini di buat untuk menjatuhkan Datuk Musa.

      Delete
    14. Nampaknya Datuk Musa dan Datuk Anifah menafikan semua apa yang diperkatakan itu. Ini bermakna tidak ada kebenaran dalam isu ini. Siapakah yang pandai-pandai mereka cerita sebegini. Harap pihak tersebut tampil dan serahkan bukti. Tidak ada guna bercakap kosong dalam media. Mainan kotor ini memang tidak patut dilakukan.

      Delete
    15. Mengenai kes Michael Chia yang ditahan di Hongkong mengenai wang haram itu tidak ada kena mengena dengan Pemimpin Sabah yang lain.

      Delete
    16. It's better to let the Malaysia Anti Corruption Commission to investigate this allegations thoroughly.

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
    17. Mereka mempunyai banyak masa lapang unruk menjatuhkan Datuk Musa Aman, lebih mereka tu tolong DBKK sapu sampah.

      Delete
    18. Siapa yang tidak kenal dengan Musa Aman? Kehebatan beliau memimpin Sabah memang tidak perlu dipersoalkan lagi. Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai pihak yang suka sebarkan fitnah terhadap beliau.

      Delete
  2. Jika info ini benar mengapa masih belum ada siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab memang pun tidak betul.

      Delete
    2. Even MACC is yet to make any move. Baseless allegation.

      Delete
    3. They are just trying to mock something out of it actually.

      Delete
    4. Berani kerana benar takut kerana salah.

      Delete
    5. Musa is not afraid being investigated. He knows he is not guilty. Hence the saying, innocent till proven guilty. SELAMAT BERPUASA!

      Delete
    6. I think the oppositions must be so clueless now.

      Delete
    7. Banyak andaian yang tidak baik terhadap Musa dalam kes ini. Harap pihak berkuasa dapat membuktikan kebenaran.

      Delete
    8. Jika Musa benar tidak terlibat, tidak perlu mengambil perhatian kepada fitnah seperti ini melainkan beliau benar terlibat.

      Delete
    9. perkembangan siasatan dinanti-nantikan semua golongan.

      Delete
    10. Maybe the MACC still does not have enough evidence to prove anything. The Sarawak Report information cannot be proven true.

      Delete
    11. Siasatan ada cuma tiada dakwaan dibuat macam. Peguam Negaar belum buat keputusan tentang isu ini.

      Delete
  3. This issue is been recycled again. Can't you just let Musa live a good life?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tidak dinafikan bahawa banyak yang sengaja mencari pasal.

      Delete
    2. They just can't get enough.

      Delete
    3. Apa yang pasti ialah Musa telah memberi kita banyak kemewahan.

      Delete
    4. memang ada pihak yang suka mainkan isu kitar semula.

      Delete
    5. They are out of ideas already.

      Delete
    6. Musa is the main target of every opposition parties because he is the CM.

      Delete
    7. Harap2 semuanya akan menjadi baik.

      Delete
    8. Selagi Musa belum dijatuhkan hukuman, beliau masih "orang bebas".

      Delete
    9. Musa orang terkenal dan berjawatan tinggi, tidak hairan ada phak nak jatuhkan beliau.

      Delete
    10. Becoming a leader is not easy, there will always be someone desperate to bring them down.

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
    11. Mereka yang iri hati dengan Musa tidak akan berhenti untuk menyebarkan fitnah tapi rakyat Sabah tahu menilai keadaan.

      Delete
  4. Mengapa isu lagi yang akan diutarakan lagi? Adakah penafian beliau dilihat tidak berapa baik ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. The oppositions are dying to prove that he is indeed making mistakes. So childish.

      Delete
    2. Pembangkang memang suka buat cerita dongeng nak meraih simpati.

      Delete
    3. we should just wait and see till the investigation is done to know whether he is really innocent.

      Delete
    4. Sama ada ini khabar angin, tunggu perkembangan selanjutnya.

      Delete
    5. Kebolehan datuk musa dalam pengurusan dan pentadbiran membuat ada pihak yang cemburu dan cuba menjatuhkan beliau dari jawatan KM tesebut. Yang pasti itu adalah faktanya.

      Jadi tidak hairan dengan pelbagai isu yang dipermainkan oleh pihat tertentu yang mengaitkan Datuk Musa. Yang pasti Datuk Musa adalah pemimpin yang berjiwa rakyat dan prihatin.

      Mari kita terus bersama-sama menyokong usaha yang dibuat oleh beliau.
      http://bayausbh.blogspot.com/2012/03/komitmen-dan-usaha-berterusan-membela.html

      Delete
    6. Jika mereka tidak dapat menerima penjelasan Musa Aman, apa boleh buat. Mereka lebih rela dipermainkan oleh pihak pembangkang daripada menghargai jasa dan sumbangan Musa Aman.

      Delete
  5. I don't understand why this case should be kept repeated all over again. Why it is hard for you guys to think that he is a good leader?

    ReplyDelete
    Replies
    1. people tend to see his flaws rather than the achievement that he accomplished for Sabah.

      Delete
    2. Sabah has developed a lot ever since its under Musa leadership. The prove is we can see with our own eyes. Of course, we can't deny that there are some parts of sabah is not completely developed yet especially the rural areas. Sabah is big so is impossible to develope every district in one go. .It takes time.

      Delete
  6. Tiadakah kerja pembangkang ini ya? Macam tidak pernah berhenti mengutuk orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kerja pembangkang, cari kesalahan orang.

      Delete
  7. dekat2 pru mesti keluar ni cerita...dulu pun sama sekarang pun sama...isu kitar semula...sebenarnya bukan isu pun...tapi dilabelkan sebagai isu oleh pihak2 yang berkepentingan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun, bila dekat pru ada saja isu yang dimainkan, lepas tu senyap lah nanti.

      Delete
    2. Tidak hairan.

      Delete
    3. Tidak perlu hiraukan jika tuduhan tersebut adalah fitnah.

      Delete
  8. musa aman juga sudah menyatakan kesediaan beliau untuk bekerjasama untuk membantu siasatan...berani kerana benar...

    ReplyDelete
  9. asyik-asyik cakap ada bukti, tapi semua pendedahan hanyalah seperti karangan yang boleh direka oleh sesiapa pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuduhan yang macam gini siapa-siapa pun boleh reka asalkan pandai menaip..hehehe.

      Delete
    2. jgnlah percaya pada perkara yang belum pasti.

      Delete
  10. kalau yang buat tuduhan ni ada bukti dari dulu lagi dikasi tunjuk pada umum. tapi disebabkan tiada bukti kasi sensasi di blog sajalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia sengaja diperbesar untuk jatuhkan Musa Aman.

      Delete
  11. kalau bn kalah pru13 ni,jabatan kerajaan yg paling teruk trjejas adalah jabatan imigresen sabah, kenapa? kau pun tau maa.....kelemahan penguatkuasaan mereka menjadi salah satu duri dalam daging kerajaan bn yg sememangnya lemah sekarang.

    ReplyDelete
  12. Tindakan pasti akan dikenakan terhadap Musa, itupun kalau cukup bukti.

    ReplyDelete
  13. Klaau tak, hal ni takkan kemana.... Paling tidak pun hanya berlegar di alam maya ni:P

    ReplyDelete
  14. Tidak ada isu lain kah mahu diperkatakan selain dari isu ini?

    ReplyDelete
  15. Saya yakin pasti ada isu yang lebih penting dan patut diberi perhatian. jadi tak payahlah buang masa dengan isu ini yang tak diketahui sejauh mana kebenarannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik utamakan pada isu2 rakyat.

      Delete
    2. Maklumat yang ditedahkan harus disiasat terlebih dahulu.

      Delete
    3. Just let the authorities to their job, what can we achieved by making these speculations?

      Delete
  16. Siasat sajalah kalau mahu. Takkan ada apa-apa yang berlaku kerana Musa tak bersalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musa Aman did say he is innocent and he said he is willing to cooperate with the MACC for investigations.

      Delete
  17. Isu ini cuma mainan politik sahaja. Sehingga kini masih tiada bukti yang sah untuk membawa Musa ke mahkamah.

    ReplyDelete
  18. Harap Musa akan terus bertahan. Biasalah politik, ramai orang yang asyik nak jatuhkan pemimpin tertinggi. huhu

    ReplyDelete
  19. Rakyat harus memainkan peranan penting dalam hal ni. Pastikan kita undi orang yang tepat.

    ReplyDelete
  20. Bukti yang dibekalkan pasti tidak cukup dan berkemungkinan rekaan. Teruskan usaha agar tiada pihak boleh mengambil kesempatan terhadap duit rakyat.

    ReplyDelete
  21. Macam tidak ada idea sudah oo. Isu ini saja yang kena highlight. Aishk lama-lama macam bosan pula.

    ReplyDelete
  22. Harap semua pihak dapat fokus pada hal yang lebih penting lagi bagi memastikan kebajikan rakyat tak terjejas. Pasti ada isu yang lebih baik dan berfaedah untuk dibincangkan berbanding isu ini.

    ReplyDelete
  23. 3P
    PEROMPAK
    PENYELEWENG
    PENIPU

    ReplyDelete
  24. Sehingga kini, masih tiada buklti yang kukuh untuk menjatuhkan Musa. mungkin ini cuma khabar angin sahaja.

    ReplyDelete
  25. Bukti yang ditedahkan masih lemah untuk dijatuhkan hukuman?

    ReplyDelete
  26. musa sering dikaitkan kes rasuah. lama-kelamaan, rakyat pun rasa ini adalah kebenaran.

    ReplyDelete
  27. Siasatan diserahkan kepada pihak yang berkuasa, yang penting, perhatian harus diberi atas perkara yang lebih penting di Sabah seperti PATI, economy, kemiskinan dll.

    ReplyDelete
  28. Selagi Musa tidak dijatuhkan hukuman atau tindakan undang-undang, harus juga teruskna perjuangan untuk rakyat di Sabah dan perjuangan PRU13 yg akan datang.

    ReplyDelete
  29. Sabah adalah antara negeri yang pesat membangun di Malaysia pada masa sekarang. Ini adalah fakta yang sebenar. Betulkan? Tapi mengenai rasuah datuk musa itu rasanya cuma rekaan semata-mata tidak ada fakta dan bukti yang kuat untuk perkara ini. Hehe

    ReplyDelete
  30. Maka kita dapat lihat sendiri apa yang berlaku kepada Sabah iaitu satu perubahan kemajuan dan ekonomi negeri itu sendiri dibawah pentadbiran Datuk Musa Aman dan Kerajaan BN yang lain.

    ReplyDelete
  31. Siasat jangan tidak siasat perkara ini. Kalau benar ada bukti rasanya tidak ada masalah bukan. Tapi kalau cakap kosong pasti orang yang mendedahkan ini seorang yang penakut.

    ReplyDelete
  32. Kalau kita lihat pun dulu dan sekarang cerita ini tidak ada bezanya pun. Cuma yang beza ayat ditambah-tambah bagi mencantikkan ayat-ayat cinta itu. Tapi sebenarnya isu yang bertahun-tahun sudah lepas dibangkitkan semula.

    ReplyDelete
  33. Kita sedia maklum yang mana Datuk Musa adalah KM yang lama memegang jawatan KM Sabah. Jadi mungkin kerana usaha dan kejayaan beliau menyebabkan penduduk Sabah terus menyokong beliau dan pada masa yang sama juga da pihak yang cuba untuk menjatuhkan beliau.

    ReplyDelete
  34. Bukti kukuh pun tidak ada. macammana juga mahu percaya. Tidak ada bukti tidak berguna. Beginilah bila ada orang tidak senang dengan kejayaan yang dibuat oleh Datuk Musa. Ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan beliau.

    ReplyDelete
  35. Masih menjadi persoalan sekarang setakat mana kebenaran dalam laporan ini. Kita sendiri tidak tahu adakah benar atau tidak mengenai perkara ini. Tapi yang pasti kalau sampai sekarang pun Datuk Musa mampu bertahan maka sudah nampak sangat isu rasuah sebegini saja dikaitkan dengan Datuk Musa. ICAC pun tidak dapat buat apa-apa tanpa bukti inikan pula pihak bawahan.

    ReplyDelete
  36. $38 trillion, yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman? Kaya Datuk Musa kalau macam ini. tapi dimana duit itu sebenar sekarang. HSBC boleh berikan kepada SPRM kah mengenai perkara ini. Maklumat yang kita tahu tidak ada pun duit sejumlah itu ada sebenarnya.

    ReplyDelete
  37. Mengenai Datuk Musa dikaitan dengan Micheal Chia ini lagi satu isu yang tidak boleh diterima. Ini kerana tidak ada bukti yang mengatakan pemimpin Sabah terlibat. Cuma Michael Chia saja yang cuba mengaitkan pemimpin Sabah dalam hal ini. Maka kita tidak boleh percaya dengan cara sebegini. Setakat mana kebenarannya??

    ReplyDelete
  38. Mengenai rasuah pembalakan ini cuma mainan politik sebenarnya. Kalau benar ada biarkan SPRM melaksanakan tugas sebagai pihak bertanggungjawab. Kita tunggu laporan seterusnya mengenai perkara ini. Bukti itu yang penting.

    ReplyDelete
  39. Sabah Chief Minister Datuk Seri PangIima Musa Hj Aman puts it on record once again that he has no business association whatsoever with an individual named Michael Chia.

    "I deny all these allegations. I have no business relationship with this person," he said in a statement today.

    Ini yang dikatakan oleh Datuk Musa dengan isu Skandal pengubahan wang haram. Pembalakan juga begitu yang mana beliau menafikan sekerasnya mengenai tuduhan yang tidak berasas tersebut.

    ReplyDelete
  40. Tapi yang pasti ramai pihak yang kurang senang dengan beliau sehinggakan pelbagai isu mula dibangkitkan yang paling kerap dipermainkan adalah isu rasuah. Tapi rasanya tidak ada kebenaran lagi yang dapat dipastikan dengan kes ini. Kerana kita tahu kes ini masih tidak ada bukti kukuh. Tambahan lagi isu ini kerap diulang-ulang berkali-kali oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Nasihat kepada pembaca supaya menyiasat terlebih dahulu sebelum mempercayainya.

    ReplyDelete
  41. Jangan terpedaya..Itu yang perlu dinasihati kepada rakyat.

    Buat apa kita percaya dengan berita ini jika tidak ada bukti yang dibawa ke mahkamah. Sedangkan Media tidak ada mengadili seseorang itu. Ini kerana semua itu terletak ditangan mahkamah untuk membuat keputusan. Media hanya tahu memberikan berita sama ada yang buruk, yang tidak benar dan tanpa ada bukti yang benar. Itulah yang sebenarnya berlaku dengan media pembangkang sekarang yang hanya suka memberikan pelbagai isu negatif yang berkaitan dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  42. Yang saya dengar dari Datuk Musa Aman. Biarkan saja pihak tertentu mencaci dan sebagainya. Rasanya lebih banyak perkara yang perlu beliau tumpukan daripada cacian yang dibuat oleh mereka. Kepentingan rakyat lebih baik diberikan keutamaan daripada melayan mereka yang mementingkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  43. Kita boleh nampak sendiri kaitan dalam hal ini bukan. Isu ini berkaitan sebenarnya untuk memastikan apa kejayaan yang diperolehi oleh Datuk Musa ditutup dengan pelbagai fitnah yang direka-reka.

    ReplyDelete
  44. Tambirang saja semua ni, saya tidak percaya

    ReplyDelete
  45. Mahu bising2 pun apa dapat? Kena ikut undang2 juga kalau mahu ambil tindakan. Publish2 'bukti' ni pun bukan boleh gugat kedudukan Musa. Beliau tidak layan fitnah macam ni dan akan teruskan kerja beliau dengan cemerlang.

    ReplyDelete