Top posts

Featured Posts

Perkemaskan TOR sebelum RCI dilaksanakan, SAPP

Naib Ketua Pemuda SAPP, Rudy S. Mairi
Oleh: Ambrose M Matthew

TENOM: Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) meragui keberkesanan pelaksanaan RCI kerana TOR (Term of Reference) yang diumumkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak beberapa hari lalu, tidak terdapat langkah seperti mencari siapakah dalang yang bertanggungjawab termasuk menghukum orang yang terlibat.

Naib Ketua Pergerakan itu Rudy Sulaiman Mairi (gambar) berkata, demikian ketika mengulas isi kandungan 8 perkara TOR sebagai syarat dan terma pelaksanaan RCI diSabah yang disifatkannya sebagai sekadar “window dressing” untuk mematahkan isu tersebut dari terus memuncak, katanya dalam satu kenyataan disini pada Isnin.

Lapan perkara yang disenaraikan sebagai syarat dan terma yang terkandung didalan TOR ianya sekadar memfokuskan kepada proses bancian dan siasatan tetapi tidak menyatakan dengan jelas rupa bentuk tindakan mengikut perundangan terutamanya tindakan terhadap dalangnya.

“ Ini jenayah besar terutama melibatkan penipuan dan pemalsuan dokumen. (Tetapi).. .tiada dalam terma untuk hukum pesalah dalam RCI.

“ Kita tidak mempertikaikan kewibawaan para panel yang telah dilantik kerana mereka (panel) bukan bertanggung jawab menggubal syarat dan terma yang terkandung didalam TOR,” tegas Rudy.

Beliau menambah bahawa tujuannya sekadar mahu pihak tertentu segera memperbetulkan atau menambahbaik syarat dan terma didalam TOR supaya impak RCI lebih berwibawa untuk menyelesaikan misi RCI secara berkesan.

“ Walau bagaimana pun, kita ingin melihat BN mesti memberi jaminan bahawa mereka tidak memilih bulu, dalam mencari siapa yang menerima rasuah dan memalsukan dokumen, jika tidak seluruh RCI akan gagal,” katanya lagi.

Tegasnya, tidak ada erti RCI itu diadakan jika segala penemuan terhadap tuduhan rakyat sebelum ini telah terbukti tetapi para ahli panel tidak dapat bertindak lanjut mengikut perundangan disebabkan tiada peruntukkan yang disebutkan didalam TOR yang mengekang mereka (para ahli panel) berbuat demikian.

“Projek IC” dikatakan bermula pada 1980an ketika dizaman era Mahathir berkuasa dengan kad pengenalan Malaysia diberi kepada warga asing di Sabah untuk mengekalkan BN dalam pemerintahan.

Baru baru ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing diberikan kerakyatan atau lebih dikenali sebagai ‘Projek IC' di Sabah, tidak perlu.

Beliau berkata, mereka berhak minta kerakyatan setelah mereka berada dinegara ini terlalu lama malah mereka boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik dimana kenyataannya itu telah menyemarakkan api kemarahan dikalangan rakyat Sabah.

26 comments:

  1. Ya harus diteliti sekali lagi agar tidak ada yang tertingal atau terlepas pandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itulah kenapa RCI lama ditubuhkan. Kerana perlu meneliti TOR dengan baik.

      Delete
    2. Maka pembangkang jangan terlalu mendesak sedangkan ini demi yang terbaik kepada semua. TOR diteliti bagi memastikan kejayaan RCI ini sepenuhnya nanti.

      Delete
    3. kerajaan pasti akan memastikan TOR yang terbaik dan semua puas hati.

      Delete
    4. RCI sudah di umukan, sekarang pembangkang mimpi TOR di perkemaskan lagi... ikut sahaja lah.

      Delete
  2. Semua ahli perlu bersetuju sebulat suara segala keputusan yang diambil.

    ReplyDelete
  3. RCI pasti akan dapat menyelesaikan isu ini jika ada penelitian yang tegas terhadap TOR.

    ReplyDelete
  4. Semua yang tertulis haruslah memberi kesan yang positif kepada rakyat Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap RCI akan memberikan kesan yang positif untuk kita semua.

      Delete
  5. Kita lihat dulu bagaimana perkembangan RCI dalam menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  6. betul, terma yang terkandung didalam TOR harus dikaji dan diteliti keberkesanannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting, RCI ini akan berjaya menyelesaikan masalah pati yang berlaku.

      Delete
  7. berharap, TOR ini mendapat sokongan oleh semua pihak

    ReplyDelete
  8. hopefully, the problem of illegal immigrants in Sabah can be overcome soon

    ReplyDelete
  9. rakyat harus memberi kerjasama kepada kerajaan untuk menjayakan matlamat RCI ini

    ReplyDelete
  10. semoga RCI ini berjaya

    ReplyDelete
  11. Harap isu RCI ini akan segera berakhir..cerita tidak pandai habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI tidak harus dijadikan isu oleh mana-mana pihak pun.

      Delete
    2. Haji Jamal Mohd Ashikin, Kota KinabaluAugust 20, 2012 at 7:23 AM

      Apa yang rakyat luahkan itu bukan menjadikan RCI sebagai isu utk kepentingan mana mana pihak...tetapi rakyat Sabah sudah serik dgn kelibat Federal yg acu tak acu utk mengadakan RCI sehingga bertahun tahun lamanya rakyat Sabah menyalak baru diadakan...itu pun serba tak lengkap...kenapa? Pelaksanaan RCI amat perlu bagi kita rakyat Sabah kerana jika RCI alang alang...kita juga yg selesai oleh PTI. Itu sebabnya kita tidak mahu Federal laksanakan RCI ibarat melepaskan batuk ditangga. Itu sebabnya kita mahu TOR itu dilengkapkan dgn sewajarnya...kita mahu melihat RCI bukan sahaja sekadar buat bancian berapa PTI dapat KP, berapa PTI yg memegang KP palsu. Apa yg kita mahu RCI ada kuasa mengheret dalang sendiket ini ke Mahkamah Keadilan. Kita juga mahu RCI ini mengarah JPN membatalkan semua KP yg bermasalah yg dikeluarkan kpd PTI dibatalkan. Ini bah kuasa yg kita mahu utk RCI.

      Delete
  12. TOR yang ada ni pun kena ambil masa 6 bulan. Berapa mahu tunggu supaya siasatan boleh dimulakan, SAPP?

    ReplyDelete
  13. TOR yang diumumkan Najib itu meliputi semua aspek, adil dan telus... kalau mahu disenaraikan secara terperinci, nanti SAPP pula yang tidak sanggup baca sampai habis..

    ReplyDelete
  14. jika kita tolak pandangan pemimpin2 pembangkang yang tentunya tidak bersetuju dengan apa sahaja tindakan kerajaan, pasti ramai yang berpendapat bahawa TOR ini jelas amat telus, ditambah dengan kredibiliti dan integriti pesuruhjayanya yang diyakini akan menghasilkan keadilan, kesaksamaan berlandaskan pertimbangan lunas undang2 dan perikemanusiaan..

    ReplyDelete
  15. bagi saya, SAPP sama sekali tidak layak mengkritik tindakan2 kerajaan memandangkan mereka juga pernah membentuk kerajaan namun gagal menyelesaikan masalah2 di Sabah sebaliknya menyusahkan rakyat sabah dan juga negeri ini..

    ReplyDelete
  16. sapp dulu masa berkuasa tidak mampu pun selesaikan apa2.

    ReplyDelete
  17. semoga RCI ini akan memberikan hasil yang baik untuk rakyat Sabah.

    ReplyDelete

Search This Blog