Papan tanda besar Sabah Merdeka 49 disimbah cat hitam

KOTA KINABALU, 27 Ogos 2012: Parti Maju Sabah (SAPP) telah membuat laporan polis terhadap perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menyimbah cat hitam terhadap papan tanda besar Sabah Merdeka 49 di Luyang di sini.

Laporan itu telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Derah Kota Kinabalu di Karamunsing disini petang hari ini.

Setiausaha Penganjur majlis sambutan memperingati hari kemerdekaan peringkat Negeri, Francis Mojikon telah memfailkan laporan itu.

“Perbuatan hina menyimbah cat hitam itu merupakan satu perlakuan pihak pengecut yang takut kebenaran tentang tarikh sebenar Sabah mencapai kemerdekaan diketahui umum.

“Mengapa harus takut walhal fakta sejarah tidak boleh diubah. Kebenaran tentang usia kemerdekaan Sabah pasti akan diketahui juga akhirnya.

“Saya pasti perbuatan tidak bermoral itu dilakukan oleh pihak yang tidak mahu samasekali kebenaran terbongkar,” katanya.

Beliau berkata, SAPP pasti pihak polis akan dapat mengesan dalang disebalik perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Katanya, usaha SAPP menyedarkan rakya tentang tarikh sebenar Sabah mencapai kemerdekaan dari British sepatutnya disokong semua pihak di negeri ini dan bukannya dihalang atau disabotaj.

Beliau berkata, tidak menjadi satu kesalahan apabila fakta sejarah ditegakkan kerana selama ini rakyat Malaysia terutamanya di Sabah telah disogokkan dengan fakta salah oleh Kerajaan Persekutuan.

Katanya, Sabah mencapai kemerdekaan dari British pada 31 Ogos 1963 manakala negara Malaysia yang dianggotai Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura dibentuk pada 16 September 1963.

Katanya, Malaya mencapai kemerdekaan dari British pada 31 Ogos 1957.

“Oleh itu usia sebenar kemerdekaan Sabah ialah 49 tahun begitu juga Malaysia manakala Malaya pula 55 tahun.

“Sambutan hari kemerdekaan yang diraikan diseluruh negara selama ini iaitu 31 Ogos 1957 merupakan ulangtahun Malaya dan tidak ada kena mengena dengan Sabah mahupun Malaysia.

“Salahkah jika kebenaran ditegakkan,” kata Francis sambil menambah Kerajaan Persekutuan perlu betulkan kesilapan yang mereka telah lakukan selama ini.

8 comments:

  1. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 tahun untuk Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Memang Sabah berusaha 49 tahun daripada kemerdekaan sendiri. Tapi apa guna Sabah menyertai Malaysia? Jadi jika Sabah menyertai Malaysia maka tidak salah kalau ikut kemerdekaan Negara Malaysia itu sendiri. Tapi SAPP saja yang tidak tentu arah mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  3. I think lots of people are not happy with SAPP.

    ReplyDelete
  4. Kenapa lah disimbah dengan cat hitam?

    ReplyDelete
  5. Left some days to the Independence Day so let's celebrate it with joy.

    ReplyDelete
  6. Apa pun kita masih selamat di sini.

    ReplyDelete
  7. siasat siapa yng lakukan.

    ReplyDelete