Top posts

Featured Posts

Mantan MP Pensiangan Datuk Taimin tawar diri calon BEBAS-UMNO Cabar PBRS Parlimen Pensiangan

Oleh: Ambrose M Matthew
NABAWAN: Bekas Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Taimin Lumaing (gambar), bingkas bangun menawarkan diri untuk bertanding atas tiket bebas-Umno pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) untuk membuktikan sama ada UMNO Pensiangan mempunyai sokongan pengundi dikawasan itu sebagai mencabar dakwaan PBRS.

Beliau berkata, sekiranya pemimpin PBRS terutamanya Ketua Pergerakan Pemudanya Kahirin Bador terlalu yakin dengan dakwaannya bahawa UMNO Pensiangan akan kalah disitu jika diberi peluang untuk bertanding disalah satu daripada tiga kerusi Pensiangan beliau (Taimin) kini sudah bersedia untuk menyahut cabaran itu.
Tegasnya, PBRS perlu sedar bahawa kekuatan mereka selama ini bukannya terletak semata mata dibahu mereka sendiri malahan ianya adalah atas bantuan dan sokongan parti parti komponen lain seperti UPKO dan juga UMNO atas dasar perkongsian kuasa.

“ Apa pula salahnya jika UMNO minta agehan satu daripada tiga kerusi kerana UMNO juga banyak menyumbang pembangunan dikawasan Pensiangan,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Khamis sebagai mengulas kemelut agehan kerusi dikawasan Parlimen Pensiangan.

Taimin yang juga pemimpin veteran UMNO Pensiangan berkata, PBRS tidak sepatutnya terlalu mendabik dada kononnya mereka terlalu berpengaruh diPensiangan seolah olah parti mereka sukar digugat namun mereka perlu sedar bahawa kemenangan Presiden PBRS Tan Sri Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan bukan atas keputusan rakyat Pensiangan mengundinya.

Sebaliknya tegas Taimin, ia adalah berdasarkan keputusan Mahkamah selepas isu kontroversi penolakan kertas pencalonan pembangkang pada PRU-12 (tahun 2008) dimana pada kemudiannya membuat petisyen ke Mahkamah tetapi telah ditolak dan mengekalkan kemenangan Kurup tanpa bertanding di Parlimen Pensiangan.

Beliau menambah, apa pun alasan Kahirin untuk menyatakan kononnya kawasan tersebut adalah berpenduduk majoriti pengundinya adalah terdiri daripada masyarakat KDM , namun tidak terdapat apa apa perbezaan pun dengan UMNO diPensiangan dimana mereka juga datang dari kelompok yang sama.

“UMNO lebih dulu bertapak diPensiangan sebelum PBRS timbul..(bermakna) kami duluan menghadapi rakyat dan berkhidmat kepada mereka diParlimen Pensiangan,” tegas Taimin.

Dalam pada itu, Taimin turut meminta pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada negeri mahu pun pusat agar mengambil perhatian serius terhadap beberapa kenyataan Kahirin yang seakan akan mempersendakan prinsip dan dasar perjuangan BN yang ditunjangi UMNO dibawah kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak.

36 comments:

  1. Kita tunggulah dan lihat sama ada Datuk Taimin Lumaing diterima sebagai wakil atas tiket bebas-Umno pada pilihanraya umum kali ke-13 di Pensiangan. Semua ini terletak dalam tangan puncak pemimpin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datuk Taimin Lumaing kira orang lama juga dalam politik..mungkin perlu di beri peluang.

      Delete
    2. Sekarang nak bertanding calon bebas untuk dirinya atau untuk memenuhi permintaan orag lain?

      Delete
    3. ada juga pula yang tawarkan diri sendiri untuk jadi calon.

      Delete
  2. Nampaknya Datuk Taimin Lumaing bersedia untuk menyahut cabaran PBRS bahawa UMNO Pensiangan akan kalah disitu jika PBRS diberi peluang untuk bertanding disalah satu daripada tiga kerusi Pensiangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO persiang tetap kuat dan mendapat sokongan penduduk di sana.

      Delete
    2. I think it shouldn't be that way. I mean politics should be put aside somehow.

      Delete
    3. sebarang pekara haruslah dibuat perbincangan sebelum buat sesuatu.

      Delete
  3. kita tgk adakah dia akan dterima mejadi wakil bebas-UMNO.

    ReplyDelete
  4. Sabah Umno will leave it to the discretion of party leadership to decide on the candidates for the 13th general election, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah Umno has submitted its list of candidates for the coming 13th general election to the Barisan Nasional (BN) leadership, its liaison chief Datuk Seri Musa Aman said.


      Delete
    2. “We’ve submitted the names; it will be up to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who is Barisan Nasional chairman to decide,” Musa, who is Sabah Umno liaison chief, told reporters after chairing a good governance meeting here.

      Delete
    3. Musa was speaking at a press conference after chairing the State Government Integrity in Governance Committee meeting at Wisma Innoprise.

      Delete

    4. He said procrastination would push up costs, cause wastage and result in the people or target group not getting any benefit.

      Delete
    5. The state government’s excellent achievement in numerous aspects should bring about positive impact, not only to showcase the state’s administrative competence but also bring immense benefit to the people.

      Delete
    6. Musa also called on state departments and agencies to strive to maintain the state’s achievements.

      Delete
    7. He said despite the favourable audit report, several agencies, particularly those issued with reprimands, need to overcome their weaknesses.

      Delete
    8. Musa also called for a people-oriented approach in all services provided by agencies and departments.

      Delete
    9. Applications for government services should be processed at once, he said, adding that the RM4 billion state budget this year was a reflection of the state government’s ability to manage its finance

      Delete
    10. Meanwhile, Parti Bersatu Sabah (PBS) president Tan Sri Joseph Pairin Kitingan who was met after the meeting said the party had yet to submit its list of candidates.

      Delete

    11. “We will be doing it soon and will leave it to the BN leadership to decide on the issue of the PBS’ status quo on seats allocation,” he said.

      Delete

    12. In the 12th general election in 2008, Sabah BN won 59 of the 60 state constituencies and 24 of the 25 parliamentary seats.

      Delete
    13. PBS won 12 of the 13 seats it contested while Sabah Umno won all 32 states seats it vied for.

      Delete
    14. It is hard to know who will win in the end. Make good effort is the vital one.

      Delete
    15. soal kerusi biar pimpinan atasan yang tentukan.

      Delete
  5. Kalau confident pasti dapat membuktikan yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pada penduduk kawasan yang diwakili dan pucuk pimpinan parti.

      Delete
  6. Siapa sahaja calon pastikan tidak ada sejrah hitam!

    ReplyDelete
  7. perlu diingat, trend pengundi kali ini tidak sama dengan trend pengundi pada pilihanraya lepas.. kali ini, penduduk Sabah lebih mengutamakan parti tempatan berbanding dengan parti luar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting tanggungjawab pada rakyat harus sentiasa diutamakan.

      Delete
  8. apa2pun isu berkenaan dengan agehan kerusi ini sepatutnya dibincangkan secara tertutup, bukannya di media..

    ReplyDelete
  9. Betul juga.. perkara seperti pengagihan kerusi tidak perlu di beritahu di media..

    ReplyDelete
  10. pengagihan kerusi harus dibincangkan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  11. baik fokus tugas pada rakyat dan soal kerusi bincanglah bersama-sama.

    ReplyDelete

Search This Blog