Top posts

Featured Posts

Lagi sokongan untuk PBS bertanding MP Tenom

Oleh: BASIR ABDULLAH

Saudara Pengarang,

Saya menyokong penuh kenyataan Adun Melalap Datuk Radin Malleh supaya pucuk pimpinan BN menimbang untuk memberi peluang kepada PBS untuk mewakili BN untuk bertanding di kerusi Parlimen P.181 Tenom. Kini sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Datuk Rubin Balang, Ketua Bahagian UMNO Tenom sedang mempersiapkan jentera pilihanraya untuk bertanding di kerusi Parlimen P.181 Tenom atas tiket BN. Dan adalah diuar-uarkan bahawa pucuk pimpinan UMNO telah bersetuju dengan pencalonan beliau. Beliau sekarang adalah ADUN N.36 Kemabong.

Saya tidak bermaksud untuk memperkecil-kecil parti komponen lain, tetapi saya menyatakan sesuatu yang hakikat sebenarnya dan juga atas rasa sayangkan kepada BN dan untuk menghindarkan kekalahan BN jika salah parti komponen yang dipertaruhkan untuk bertanding di kawasan Parlimen P.181 Tenom.. Selaku penduduk asal daerah Tenom saya melihat bahawa parti PBS lah yang amat sesuai untuk mewakili rakyat di kawasan ini di dewan rakyat, atas sebab-sebab berikut:-

Kawasan Parlimen P.181 Tenom mengandungi dua kawasan DUN iaitu DUN N.35 Melalap dan DUN N.36 Kemabong, yang mana sebilangan besar penduduknya mungkin dalam lingkungan 70% adalah dari suku kaum Murut, ia itu kawasan bumiputra (bukan Islam). Oleh itu PBS selaku parti komponen BN yang perjuangannya berasaskan KDM adalah amat sesuai untuk mewakili BN di kawasan ini. Ini bukan bermakna tidak menghormati komponen BN yang lain tetapi pucuk pimpinan harus melihat kesesuaian asas perjuangan sesebuah parti komponen berkenaan. Pada pendapat saya biarlah UMNO bertanding di kawasan Bumiputra Islam.

Secara tradisinya kawasan P.181 Tenom adalah kawasan kubu kuat PBS

Maka oleh kerana itulah kawasan ini adalah milik PBS semasa era PBS dalam BN dahulu. dan jika diberi peluang pada PRU13, saya yakin PBS akan menang di kawasan ini dengan majoriti yang besar.

Jika PBS yang dipertaruhkan untuk mewakili BN dalam kerusi P.181 Tenom, maka ini adalah membuktikan bahawa konsep BERKONGSI KUASA yang dilaung-laung oleh UMNO dan BN masih kekal utuh.

UMNO telah mewakili kawasan ini dalam 3 penggal iaitu dari
  • 1999-2004 (Y.Bhg.Datuk Rizalman Abdullah )
  • 2004-2008 (Y.B.Datuk Raime Unggi)
  • dan 2008-sekarang (Y.B.Datuk Raime Unggi)

..maka amatlah sesuai jika dalam pada PRU13 ini komponen lain khususnya PBS diberi pelaung untuk bertanding di kawasan ini. Ini juga adalah bertepatan dengan kata-kata PM bahawa tidak semestinya sesebuah parti komponen itu kekal bertanding di sesebuah kawasan. Kesesuaian dan keserasian di antara parti berkenaan dengan rakyat di kawasan berkenaan harus diambil kira dalam menentukan parti komponen yang lebih sesuai dan seterusnya boleh memenangi kerusi berkenaan bagi BN.

Tidak dapat dinafikan sentimen kurang senang dengan UMNO di kalangan rakyat umum, sudah mula menular di Tenom. Oleh itu, jika cadagan PBS itu tidak diberi perhatian yang sewajarnya, maka ia mungkin akan menjejaskan peluang BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tenom. Lantas kenyataan Y.B. Datuk Radin yang mengatakan PBS boleh menang dengan mudah, jika dicalonkan, memang tepat sekali.

Sekian

17 comments:

  1. Mengenai calon untuk Tenom ini apa pun perlulah dibawa berbincang dengan parti sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah sampai bergaduh dan membuat permintaan kerusi secara terbuka hingga pihak pembangkang memanipulasi perkara ni untuk kepentingan politik mereka.

      Delete
    2. sebaiknya perbincagan dibuat sebelum sesuatu keputuasan dibuat.

      Delete
  2. Cari jalan penyelesaian mengenai pemberian kerusi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biarlah pembahagian kerusi dilakukan dengan baik dan adil.

      Delete
  3. hanya mereka yang benar-benar layak saja yang patut mendapat kerusi tersebut. PBS perlu meyakinkan pihak atasan yang mana PBS akan mampu memberikan yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Samada pemimpin mahupun parti yang tidak terpilih, janganlah berkecil hati hingga melakukan perkara yang tidak baik sesama ahli di bawah bumbung BN. terima apa saja keputusan yang telah dibuat dengan hati terbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting semua harus bekerjasama untuk menjaga kepentingan rakyat.

      Delete
    2. calon yang dpilih harus disokong.

      Delete
  5. tidak kisah siapa jadi calon yang penting tugas dibuat dengan baik.

    ReplyDelete
  6. pastikan yang jadi calon adalah mampu untuk jalankan tugas.

    ReplyDelete
  7. Former Tenom MP Datuk Rizalman Abdullah requested Barisan Nasional (BN) components to refrain from raising issues through the media.


    ReplyDelete

  8. He said it is better to present problems to the government to strengthen unity within the BN to achieve victory in the upcoming elections. Rizalman said this at an open house hosted by Taman Rakyat village chief Armin Mahali.

    ReplyDelete

  9. He also commented on Melalap Assemblyman Datuk Radin Malleh raising the possibility of PBS getting back the Tenom parliamentary seat for the next general elections.

    ReplyDelete

  10. Rizalman said it is possible that PBS has maintained its strength in the area and has a right to claim the area.However, Umno is still in power in the Tenom area.

    ReplyDelete
  11. Towards this end he suggested that PBS cooperates with Umno and gives continuous support to Umno candidates.

    ReplyDelete
  12. ada kewajarannya kerusi itu diberikan kepada PBS.. namun apa sahaja keputusan pucuk pimpinan, akur saja la.. kalau tidak puas hati, bincang saja secara tertutup..

    ReplyDelete

Search This Blog