CAPS sokong kenyataan Wong Khen Thau hal kabotaj

KOTA KINABALU : CAPS menyokong penuh saranan Presiden Persatuan Pengilang-Pengilang Sabah (FSM) supaya kerajaan Persekutuan lebih serius dalam mengepalai liberalisasi penuh dasar kabotaj dalam menangani kos tinggi barangan di Malaysia Timur.

Pendedahan Datuk Wong Khen Thau mengenai mesyuarat di Kuching berkenaan kabotaj yang mana kenyataan para pegawai Kementerian Pengangkutan Persekutuan menunjukkan sama ada pusat tidak serius atau mereka di bawah kawalan para pemonopoli perkapalan.
Ini kerana menurut Khen Thau, para pengoperasi perkapalan ini mengaut berbilion keuntungan bagi sektor perjalanan barangan dari Malaysia Barat ke Malaysia Timur setiap tahun.

Isu kabotaj ini berlarutan sudah sekian lama, CAPS berharap kerajaan negeri dan khususnya kepada persatuan-persatuan Cina atau para pemimpin Cina juga haruslah bersuara lebih lantang membela nasib para pengilang dan peniaga rakyat Sabah.

Selagi kos pengeluaran atau barangan yang diimport mahal maka pastinya harga semua barang terus mahal, jadi apalah gunanya kita di Sabah mempunyai banyak kilang tetapi dasar kabotaj ini belum ada penyelesaian.

Akhirnya yang rugi adalah pengguna Sabah sendiri. Sepatutnyan negara kita yang sudah merdeka hampir 50 tahun dan ingin mencapi taraf sebuah negara maju, sudah mengkaji hal kabotaj ini sebab ia memberi kesan amat buruk kepada kemunduran di Malaysia Timur -- kos hidup jauh lebih tinggi dan kemiskinan meningkat.

Slogan 1 Malaysia, 1 Wawasan, perlu ditambah satu lagi iaitu 1 Harga. Semua perkara harus mempunyai sistem yang mantap dalam soal pelaksanaannya, lebih-lebih lagi kita hidup dalam persaingan ekonomi global.

Kerajaan pusat dan negeri patut mengkaji balik perkara ini -- dalam peta laluan pengangkutan ekonomi serantau dan dunia, sepatutnya kedudukan geografi Sabah adalah yang paling strategik dalam soal pelabuhan.

Mengapa kerajaan Malaysia tidak menggunakan kesesuaian lokasi negeri Sabah  sebagai negeri import dan export barangan ke luar negara, sedangkan ia boleh mengurangkan kos pelaburan dan masa.pada masa yang sama akan menarik perhatian para pelabur asing datang ke Sabah untuk menanam modal dan seterusnya membangunkan ekonomi.

13 comments:

  1. dasar kabotaj menyebabkan harga barangan di Sabah meningkat, sebaiknya dasar ini dikaji semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tidak dinafikan lagi mengenai dasar kabotaj ini penyebab harga berlaku perbezaan.

      Delete
    2. Maka perkara ini perlu dirujuk kembali. Ini bagi memastikan keadilan kepada 1 Malaysia.

      Delete
  2. wujudkanlah dasar yang boleh membantu rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. At least ada juga dasar yang mampu memastikan kebajikan rakyat terpelihara.

      Delete
    2. Jika kerajaan mahukan sokongan rakyat Sabah dan Sarawak, polisi kabotaj sama ada digubah atau dimansuhkan.

      Delete
  3. patut 1Malaysia ni semua diselaraskan termasuk harga barang. mana2 negeri perlu mendapat layanan yang sama rata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slogan 1Malaysia memang bertepatan untuk masyarakat majmuk di negara ini dan ianya lebih berkesan jika ia diaplikasikan dengan cara yang betul.

      Delete
  4. Betul jugalah dasar kabotaj memang perlu dikaji semula. Kalau perlu dimansuhkan then mansuhkanlah ia.

    ReplyDelete
  5. Saya terfikir, kalaulah kedai 1Malaysia diperluas ke seluruh tempat ada kesan -ve ka? Mungkin dari aspek ekonomi ka....

    ReplyDelete
  6. Saya tak pakar bab ekonomi, sebab itu saya tertanya-tanya. Saya yakin setiap perkara ada pro dan kontra jadi saja mahu tahu:P

    ReplyDelete
  7. Hal ini patut diberi perhatian dan kerajaan harus lakukan sesuatu bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin.

    ReplyDelete
  8. Sabah dan Sarawak harus mendapat layanan yang adil.

    ReplyDelete