Bagi juga bonus kepada pesara JKKK dan Ketua Kampung

Oleh Peter Palalun Lagadan
KOTA BELUD:
Selaku salah seorang bekas Ketua Kampung di Kadamaian dan mewakili suara ramai pesara Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung yang mungkin berjumlah lebih seribu orang, saya mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya mempertimbang memberi sekurang-kurangnya bonus kepada para pesara seperti kami.

Semua pesara lain telah mendapat pelbagai habuan dan bantuan dari kerajaan bagi mengenang jasa mereka tetapi apakah jasa dan perkhidmatan kami sebagai bekas Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK langsung tidak bermakna sudah kepada kerajaan.

Bukan sahaja kami berkhidmat menjaga pentadbiran di peringkat kampung malahan menjadi mata dan telinga kepada pihak kerajaandalam bagi memastikan kejayaan dasar-dasar dan programnya.

Kalaupun kerajaan tidak boleh mempertimbangkan elaun sara bulanan kepada para pesara seperti kami tetapi sekurang-kurangnya berilah pnghargaan dalam bentuk bantuan sekali setahun atau bonus perkhidmatan kami selama ini.

Kalau bukan kerajaan tempat kami mengharap, kepada siapa lagi kita hendak menaruh harapan dalam meminta pembelaan di kala kos hidup semakin tinggi sedangkan kebanyakan kami pula semakin lanjut usia.

Berbnding dengan kakitangan awam dan lantikan politik lain yang menerima gaji dan elaun berlipat kali lebih tinggi, ada antara bekas pengerusi JKKK dan Ketua Kampung hanya menerima haji setakat RM200 sebulan. Walaupun demikian tugas kami dianggap penting kepada kerajaan dan sering dipanggil bila ada masalah timbul.

Saya harap Ketua Menteri Musa Aman memberi pertimbangan sebelum pihak lain mengambil kesempatan membela nasib para pesara jawatan peringkat kampung seperti kami ini.

17 comments:

  1. Wah!pesara JKKK dan KK pun mau tuntut bonus juga ka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JKKK dan KK pun tidak mau lepaskan peluang..

      Delete
    2. Perlu jugakah JKKK dan KK mendapat bonus? Perlu dibincangkan mengenai perkara ini.

      Delete
  2. Beruntungnya pekerja dalam kerajaan. dapat gaji besar,elaun, & dapat bonus lagi. bilalah tiba giliran ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ada yang tidak berusaha langsung.

      Delete
    2. Berterima kasih dengan kerajaan atsbonus yang di beri.

      Delete
    3. mereka yang dapat bonus tu haruslah tingkatkan prestasi kerja juga.

      Delete
  3. Semakin ramai yang berlumba2 untuk menjawat jawatan di Kerajaan.

    ReplyDelete
  4. Usaha kerajaan ini jangan dipersiakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat..Namum harap pekerja swasta tidak akan di lupakan.

      Delete
  5. They deserved to get the best as well.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang patut. Adil dan saksama.

      Delete
  6. Mungkin kerajaan harus mempertimbangkan pemberian bonus kepada mereka kerana mereka turut menyumbangkan sumbangan yang baik.

    ReplyDelete
  7. pertimbangkan cadangan ini, mereka berhak jg mendapatnya.

    ReplyDelete
  8. ini sebagai penghargaan atas sumbangan mereka.

    ReplyDelete
  9. mungkin juga ini akan dipertimbangkan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete