Oleh Sidiqin Omar
KUANTAN 10 Julai: Seramai 31 penduduk Cameron Highland termasuk 12
perempuan dan enam kanak-kanak ditahan polis dalam bantahan ‘Occupy’ di
hadapan Pejabat Menteri Besar Pahang, kira-kira jam 4.00 petang tadi.
Setiausaha
Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highland, Suresh Kumar
memberitahu, pembantu Ahli Parlimen Sungai Siput, S Nagendran dan
seorang lagi dikenali Uthayakumar, dicekik Ketua Polis Kuantan, Jasmani
Yusof ketika ditangkap.
Menurut Suresh, himpunan itu menuntut janji MB Pahang, DatukSeri
Adnan Yaakob berhubung pemilikan tanah, pemindahan penduduk dan
penempatan semula gerai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan
Hotel Aranda Nova.
“Pengambilan tanah melibatkan enam rumah, empat blok kebun dan empat
gerai. Empat tahun kami berjuang. MB janji untuk selesaikan April lepas.
Tapi sekarang dah tiga bulan berlalu,” kata Suresh.
Jelas beliau, projek itu tidak pernah dirunding dan sehingga kini
pemilik rumah yang didiami 14 keluarga telah dua kali diberi notis
pindah dengan yang terakhir, Februari lalu.
“Selepas itu kami bantah dan mereka tangguh roboh. Kami mohon
pemilikan tanah dari tahun 80-an. Dipanggil temuduga, tapi tak pernah
lulus.
“Kebun sayur dah 40 tahun diusahakan. Sekarang rumah penduduk nak diroboh. Mana nak cari rumah ganti?
“Gerai ganti yang ditawarkan pula lebih kecil. Dari 23 tapak, hanya
ada lima tempat letak kereta. Tiada bekalan elektrik, tiada tandas dan
terletak di selekoh. Tak sesuai.
“Empat kali tulis surat kepada Menteri Besar, tak berbalas. Paling
baru, Khamis lalu. Perkara utama yang penduduk mahu ialah MB datang ke
tempat kami dan lihat masalah mereka,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment