By Donny Yapp of CAPS
KOTA KINABALU : Sejak tahun lalu, CAPS telah menerima banyak aduan
dan laporan dari kedua-dua golongan pengguna dan pekedai runcit tempatan
berhubung semakin banyaknya kedai runcit yang dibina dan dan dioperasi
oleh rakyat asing terutama Pakistan.
Kedai-kedai runcit Pakistan ini dikatakan tumbuh agai cendawan
selepas hujan, dibina di merata tempat dan selekoh, di tempat-tempat
yang biasanya rakyat tempatan tidak dibenarkan membuatnya ataupun pasti
akan mengalami gangguan pihak berkuasa tempatan.
CAPS telahpun mengadakan tinjauan dan berjumpa dengan saksi-saksi di
beberapa tempat dan kami amat terperanjat mendapati memang banyak
sekali kedai-kedai yang dimaksudkan, sesetangahnya dikendalikan oleh
orang Pakistan yang baru tiba di Sabah dan ada yang belum fasih
berbahasa Malaysia.
Kedai-kedai ini banyak kelihatan muncul di Penampang, da juga
sekitar bandaraya seperti di Likas, Inanam, Sembulan malah di
daerah-darah lain seperti Papar, Beaufort, Putatan dan Kota Belud.
Apa
yang memeranjatkan banyak pihak termasuk kami ialah didapati
pekedai-pekedai runcit Pakistan ini semacam diberi layanan khas oleh
pihak berkuasa Sabah di mana biasanya orang tempatan pasti akan
berhadapan dengan pelbagai kesulitan jika berbuat seperti mereka
lakukan.
Para Pakistan ini dengan mudah membina sambungan bangunan pada
rumah-rumah orang yang mungkin terdesak mahukan sewa, atau mengambil
alih bangsal buruk atau terbiar dijadikan kedai runcit ataupun membina
begitu sahaja pondok-pondok kecil di tepi-tepi jalan pada mulanya dan
kemudian membesarkan pondok menjadi sebuah bangunan kedai runcit yang
lengkap.
Tidak kurang juga Pakistan ini yang membina begitu sahaja kedai
runcit mereka betul-betul di luar apartmen-apartment yang baru siap
dibina, malah da sesetengahnya itu betul-betul melekat pada pagar
apartmen dan ada juga yang betul-betul di bawah dawai elektrik sesuatu
yang orang tempatan tidak ingin melakukannya.
Jika ada aduan pihak syarikat atau orang wam dan pihak berkuasa
tempatan datang memeriksa, maka dengan cepat pula pekedai-pekedai
Pakistan ini "mengurus" masalah mereka da itulah pengakhiran aduan itu.
Memang diakui ramai juga para engadu kepada CAPS itu adalah dari
kalangan pekedai runcit tempatan juga yang merasa bahawa kerajaan negeri
memberi layanan khas kepada pekedai Pakistan ini tetapi begitu tegas
pula terhadap pekedai orang tempatan sendiri.
Kami menimbulkan hal ini sekarang sebab ia merupakan aduan yang
benar dan kami dalam CAPS berpendapat hal seperti ini mesti diuruskan
dengan baik mengikut peraturan dan kebiasaannya, jangan memberi tekanan
tidak berpatutan kepada orang tempatan yang melihat orang asing dilayan
begini baik di Sabah.
CAPS dalam masa terdekat ini akan membuat perwakilan kepada
kerajaan negeri mengenai hal ini sebab kami rasa ini adalah untuk
kepentingan para pengguna Sabah juga pada jangka panjangnya. Walaupun
baik memberi pilihan kepada pengguna namun hal ini harus ditadbir urus
dengan baik mengikut peraturan yang ada.
Kami juga mengambil kira bahawa hal yang sama ini telahpun dibawa
oleh ADUN Pantai Manis, Abdul Rahim Ismail pada persidangan Dewan
Undangan Negeri yang baru lepas.
Why you Sabahans keep voting in Umno-led Barisan Nasial i don't understand... Padan muka kamu tidak berubah jadi berani.. Undi STAR lah ! INI KALI LAH
ReplyDeleteInilah celaka kalau CM keturunan Pakistan.. npa pakistan senang2 langgar peraturan di ngeri kitga ah? mahu suruh orang tempatan kurang ajar kah ni, saya tidak tahan sudah ni... kalau sa mengamuk ni abis ni Sabah terbakar kering kerontang nanti tiada lagi tempat POakistan berniaga..
ReplyDeleteSoon native sons and daughters come work for those newly-arrived Pakistaanis .. and this should be okay as long as they are paid good salary .. some of them may even gotten themselves married to these quite good-looking blokes which should also be okay since this will enrich our Sabahans culture.. But i agree still to regulate this businesses, cannot be allowed just like that lah..
ReplyDelete