Top posts

Featured Posts

Persatuan Pengguna bangkit isu rakyat Pakistan bina kedai runcit merata tempat di Sabah

By Donny Yapp of CAPS
KOTA KINABALU : Sejak tahun lalu, CAPS telah menerima banyak aduan dan laporan dari kedua-dua golongan pengguna dan pekedai runcit tempatan berhubung semakin banyaknya kedai runcit yang dibina dan dan dioperasi oleh rakyat asing terutama Pakistan.

Kedai-kedai runcit Pakistan ini dikatakan tumbuh agai cendawan selepas hujan, dibina di merata tempat dan selekoh, di tempat-tempat yang biasanya rakyat tempatan tidak dibenarkan membuatnya ataupun pasti akan mengalami gangguan pihak berkuasa tempatan.

CAPS telahpun mengadakan tinjauan dan berjumpa dengan saksi-saksi di beberapa tempat dan kami amat terperanjat mendapati memang banyak sekali kedai-kedai yang dimaksudkan, sesetangahnya dikendalikan oleh orang Pakistan yang baru tiba di Sabah dan ada yang belum fasih berbahasa Malaysia.

Kedai-kedai ini banyak kelihatan muncul di Penampang, da juga sekitar bandaraya seperti di Likas, Inanam, Sembulan malah di daerah-darah lain seperti Papar, Beaufort, Putatan dan Kota Belud.

Apa yang memeranjatkan banyak pihak termasuk kami ialah didapati pekedai-pekedai runcit Pakistan ini semacam diberi layanan khas oleh pihak berkuasa Sabah di mana biasanya orang tempatan pasti akan berhadapan dengan pelbagai kesulitan jika berbuat seperti mereka lakukan.

Para Pakistan ini dengan mudah membina sambungan bangunan pada rumah-rumah orang yang mungkin terdesak mahukan sewa, atau mengambil alih bangsal buruk atau terbiar dijadikan kedai runcit ataupun membina begitu sahaja pondok-pondok kecil di tepi-tepi jalan pada mulanya dan kemudian membesarkan pondok menjadi sebuah bangunan kedai runcit yang lengkap.

Tidak kurang juga Pakistan ini yang membina begitu sahaja kedai runcit mereka betul-betul di luar apartmen-apartment yang baru siap dibina, malah da sesetengahnya itu betul-betul melekat pada pagar apartmen dan ada juga yang betul-betul di bawah dawai elektrik sesuatu yang orang tempatan tidak ingin melakukannya.

Jika ada aduan pihak syarikat atau orang wam dan pihak berkuasa tempatan datang memeriksa, maka dengan cepat pula pekedai-pekedai Pakistan ini "mengurus" masalah mereka da itulah pengakhiran aduan itu.

Memang diakui ramai juga para engadu kepada CAPS itu adalah dari kalangan pekedai runcit tempatan juga yang merasa bahawa kerajaan negeri memberi layanan khas kepada pekedai Pakistan ini tetapi begitu tegas pula terhadap pekedai orang tempatan sendiri.

Kami menimbulkan hal ini sekarang sebab ia merupakan aduan yang benar dan kami dalam CAPS berpendapat hal seperti ini mesti diuruskan dengan baik mengikut peraturan dan kebiasaannya, jangan memberi tekanan tidak berpatutan kepada orang tempatan yang melihat orang asing dilayan begini baik di Sabah.
   
CAPS dalam masa terdekat ini akan membuat perwakilan kepada kerajaan negeri mengenai hal ini sebab kami rasa ini adalah untuk kepentingan para pengguna Sabah juga pada jangka panjangnya. Walaupun baik memberi pilihan kepada pengguna namun hal ini harus ditadbir urus dengan baik mengikut peraturan yang ada.

Kami juga mengambil kira bahawa hal yang sama ini telahpun dibawa oleh ADUN Pantai Manis, Abdul Rahim Ismail pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang baru lepas.

3 comments:

  1. Why you Sabahans keep voting in Umno-led Barisan Nasial i don't understand... Padan muka kamu tidak berubah jadi berani.. Undi STAR lah ! INI KALI LAH

    ReplyDelete
  2. Inilah celaka kalau CM keturunan Pakistan.. npa pakistan senang2 langgar peraturan di ngeri kitga ah? mahu suruh orang tempatan kurang ajar kah ni, saya tidak tahan sudah ni... kalau sa mengamuk ni abis ni Sabah terbakar kering kerontang nanti tiada lagi tempat POakistan berniaga..

    ReplyDelete
  3. Soon native sons and daughters come work for those newly-arrived Pakistaanis .. and this should be okay as long as they are paid good salary .. some of them may even gotten themselves married to these quite good-looking blokes which should also be okay since this will enrich our Sabahans culture.. But i agree still to regulate this businesses, cannot be allowed just like that lah..

    ReplyDelete

Search This Blog