Top posts

Featured Posts

" Bah! Tunggu apa lagi!" Slogan SAPP PRU-13

Oleh: GONOD SUNDA
KONGRESS SAPP 2012 yang dihadiri perwakilan dan pemerhati hampir 3,000 bertempat di Star City pada Ahad telah merintis jalan baru parti itu apabila 17 Perkara Manifesto yang diumumkan parti itu sebagai janjinya kepada rakyat untuk ditunaikan sekiranya SAPP membentuk kerajaan selepas PRU-13, menandakan keseriusan kepimpinan SAPP merubah wajah kesuraman Sabah ke era baru.
Antara perkara yang diberi tumpuan terkandung didalam Manifesto itu ialah pengwujudan Kad Pengenalan Sabah (Sabah IC) sebagai usahanya membasmi keraguan kerakyatan dan pemberian Kad Pengenalan secara songsang yang meletakkan jumlah kependudukkan Sabah mencecah kepadatan penduduk yang luar biasa berbanding negeri negeri lain yang tidak ada PTI seperti Sarawak.

Selain itu, Manifesto tersebut turut meletakkan pembangunan sosial sebagai agenda terpenting kerajaan baru SAPP , terutamanya masa depan belia beliawanis dan keperluan tenaga kerja untuk diperkasakan dan diperbetulkan supaya tidak akan berlaku penghijrahan belia belia Sabah ke Semenanjong untuk mencari pekerjaan.

Dalam pada itu, SAPP yang lantang memperjuangkan hak tanah adat (NCR) turut meletakkan agenda itu didalam Perkara 17 berhubung dasar reformasi tanah Sabah termasuklah pelan ekonomi Sabah untuk diperkasakan supaya hak tanah NCR dan tanah individu terus terpelihara.

Kongress tersebut yang merupakan terakhir sebelum menghadapi PRU-13, menyaksikan ikrar dan taat setia yang telah disampaikan oleh pemimpin tiga cabang sayap itu pemimpin GKB Noor Fadizla Hamzah, Pemimpin Mudanita Philicica Tong, Pergerakan Pemuda SAPP Edward Ethan Dagul dan Pergerakan Wanita SAPP Melanie Chia dimana masing masing meminta rakyat agar tidak menoleh ke belakang lagi sebaliknya terus mara kehadapan untuk menukar kerajaan BN kepada SAPP yang dianggap mereka sudah tidak relevan lagi arus kepimpinannya.

“ Bah! Tunggu apa Lagi!”, demikianlah slogan parti itu yang terus berkumandang menggamatkan dewan persidangan itu kerana para perwakilan dan pemerhati kelihatan bersemangat sangat untuk menghadapi PRU-13 yang bakal diadakan pada bila bila masa dari sekarang. Kehadiran pemimpin pemimpin pembangkang yang lain antaranya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Pengerusi Pimpinan PKR Sabah Tamrin Jaini, Pengerusi DAP Sabah, PAS dan Setiausaha Parti STAR Sabah Guandi Kohoi serta Timbalan Pengerusi Parti STAR Sabah Datu Badaruddin Tun Mustapha mengukuhkan keyakinan hadirin bahawa jalinan kerjasama gagasan pembangkang tetap wujud dalam satu ikatan untuk menentang BN secara 1 lawan 1 pada PRU-13.

Berdasarkan senario itu, adalah jelas bahawa impian rakyat yang teringin sangat mahu menumbang UMNO-BN bukan lagi sekadar angan angan atau omongan kosong tetapi sebaliknya akan menjadi kenyataan apabila jalinan kerjasama dikalangan parti parti pembangkang seperti yang ditunjukkan kehadiran mereka (pemimpin pembangkang) pada Kongress SAPP menunjukkan “Ikatan gagasan pembangkang” sudah bermula.

Diakhir majlis itu, keceriahan dan kegembiraan para perwakilan terus terukir diwajah masing masing sambil bersalaman antara satu dengan yang lain tanpa mengira keturunan, kepercayaan dan keagamaan diman ianya suatu petanda bahawa UMNO-BN bakal mengakhiri regime kekuasaan mereka di bumi bertuah Sabah dibawah bayu

2 comments:

  1. Gorui Kakab, PenampangJune 5, 2012 at 5:05 AM

    Bah!...ngam kami setuju, kalau tidak bersatu sama2 pembangkang BN dan UMNO tetap ketawa besar!

    ReplyDelete
  2. YTL jangan cakap sahaja tapi mahu kerusi banyak saja.. Buli picayua kah ini urang ? I dont think so..

    ReplyDelete

Search This Blog