Top posts

Featured Posts

Astaga, Najib datang Keningau umum bagi "loan" RM235 juta kpd Sabah pula

"Saya datang ni bukan dengan tangan kosong. Saya datang kerana beberapa bulan kebelakangan ini, pemimpin Sabah minta saya buat sesuatu untuk Keningau," kata Najib.
KENINGAU: Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan pinjaman berjumlah RM235 juta kepada kerajaan negeri Sabah untuk membina sebuah loji rawatan air baharu untuk manfaat kira-kira 200,000 penduduk Keningau. Perdana Menteri berkata pada masa ini segala dokumen mengenainya sedang disiapkan dan projek berkenaan akan dilaksanakan sebaik sahaja proses penyediaan dokumen berkenaan selesai.

“Saya datang ni bukan dengan tangan kosong. Saya datang kerana beberapa bulan kebelakangan ini, pemimpin Sabah minta saya buat sesuatu untuk Keningau. (Timbalan Ketua Menteri) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mencadangkan dan disokong oleh Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah.


“Setiap kali saya naik helikopter dengan Pairin dan Musa, dia sebut itu sahaja (kepada saya). Saya kata, tunggulah, bila saya datang ke Keningau, saya akan buat pengumuman,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Kraftangan Sabah di sini, hari ini.

Menurut Najib, projek berkenaan antara lain melibatkan pembinaan lima tangki simpanan serta paip transmisi sejauh 42.8 kilometer dan akan mengambil masa 35 bulan untuk disiapkan.

Najib berkata projek yang fokus kepada golongan sasar yang begitu besar itu adalah contoh kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan yang boleh menterjemahkan keputusan meskipun melibatkan perkara besar.

Menurut Najib pinjaman berkenaan juga membuktikan kemampuan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) untuk menerajui kepimpinan negara untuk masa depan negara dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, apa yang dilakukan kerajaan BN berbeza dengan pembangkang kerana apabila kerajaan melaksanakan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan ada cadangan supaya dilaksanakan BR1M 2, pembangkang pula sibuk menganjurkan Bersih 2, 3.

Najib berkata apabila pembangkang membuat kerosakan dengan berdemonstrasi di jalan raya, kerajaan BN pula melaksanakan kerja amal dan berharap rakyat sendiri akan menilai perbezaan ini dan akan membuat keputusan tepat dalam memilih sesuatu kerajaan.

Simpanan tetap BN
Sehubungan itu, Najib yakin Sabah masih simpanan tetap kepada BN dan mengajak rakyat supaya terus bersatu menyokong kerajaan yang memerintah hari ini serta mengelak sebarang bentuk perbalahan.

Mengenai Pusat Kraftangan Sabah di Keningau itu, Najib berkata ia dibangunkan oleh kerajaan Sabah melalui Yayasan Sabah dengan kos RM30 juta manakala peralatan seperti mesin dan kemudahan latihan adalah sumbangan kerajaan Persekutuan berjumlah RM20 juta.

Katanya projek berkenaan juga merupakan satu contoh kesan hubungan erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam bentuk saling bantu membantu dalam menyediakan latihan dan pembelajaran sempurna untuk mengangkat seni dan kreativiti rakyat Sabah sehingga ke persada antarabangsa.

Najib berkata Sabah memiliki nilai kesenian dan kreativiti yang tinggi dan kerajaan tidak mahu melihat kelebihan yang dimiliki rakyat Sabah terhenti setakat peringkat kampung atau negeri sebaliknya ia perlu diangkat ke peringkat lebih tinggi.

Menurut Najib, kerajaan pimpinannnya mempunyai agenda besar dan perancangan jelas dan jitu untuk Sabah dalam program transformasi kerajaan yang bertujuan untuk membawa keseimbangan pembangunan bandar dan luar bandar serta keadilan sosial kepada rakyat.
- Bernama

18 comments:

  1. Cilakak dia curi duit kita lepas tu kasi loan sama kita pula... apalah nasib dalam malaysia tak guna ne..

    ReplyDelete
  2. ini meningkatkan hutang kpd negeri sabah.... sedangkan itu sebenarnya duit rakyat sabah...

    ReplyDelete
  3. Astaga apa ni Najib.. You ambik duit kami lepas tu suruh kami hjutang duit kami sendiri pula.. Tak tau malu betul tau ne urang Malaya.. !

    ReplyDelete
  4. Kurang asam is too mild a word for this blokes. JAHANAM UMNO BN and its allies PBS UPKO PBRS MIC MCA LDP in Sabah..

    Tumbangkan mereka termasuk Pairin di Keningau dan Tambunan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik dia bilang sabah masi simpanan tetap BN...mcm perempuan simpanan la pula.bila perlu bru p tengok2

      Delete
  5. banyak sangat kaitu rm250 juta? Dan kanapa dikasi pinjam dan bukan bagi saja? Duit Sabah pigi mana sebenarnya?

    ReplyDelete
  6. BINAWE BETUL KAPALA OTAK UMNO POLITICIANS NI YA.. DUIT SABAH DIA AMBIL LAPAS TU BAGI PINJAMAN PULA....SIAL

    ReplyDelete
  7. GANJIL BIN AJAIB NE pm mALAYSIA.. bagi loan lah pula yer. undi lg bn umno pbs

    ReplyDelete
  8. KL kasi pinjam duit RM235 juta kpd kjaan sabah? itukan duit minyak sabah. apa pinjam2. KL yang pinjam duit sama sabah, KL yg ada utang bah sama kita, bukan kita yg berutang sama diorang (KL).

    ReplyDelete
  9. kebanyakan yg kasi penuh tu kompleks.... pun pilak ja........buduh mau laung satu malaysia sama diaorang........cakap perkataan keningaupon tida pas!

    ReplyDelete
  10. Yaa i was at the Keningau stadium and my God there were many of them ... i think suluk bugis and evenb javanese..

    ReplyDelete
  11. kan dya mw sruh tu pilak2 undi dia nnti msa PRU spya diorg manang...

    ReplyDelete
  12. Kitaiii ...Dia bg loan kunun sdgkan duit Sabah juga maa tu..monipu biar galap sikit ba..kalau btul mo bantu rakyat nda payah bg loan ba..sma juga mo kc bankrap Sabah..Paluiiiiiiiii

    ReplyDelete
  13. la jgan bayak cakap. lain kalikasih tau u punya nenek moyang fikir-fikir dulu mau merdeka sama durang bah. Ini kita sudah maju kedepan baru mau kasih merdeka negara sendiri. apa ni!!! bodoh juga kamu ni. biarlah sampaina mereka kasih pinjam. yang penting kita sudah merdeka ba.nanti ada orang yang masih jajah sabah lagi. Gunakan akal bukan ikut nafsu. kita sudah silap sekali jgn silap ke2 kali. Dulu 30 tahun kita ada bangunan cantik ka ??? kita ada lapangan terbang besar ka ??? kita ada jalan bertingkat di Karamunsing n patagas. mengapa mau musnahkan kemajuan yang ada .. skrg apa hasil bumi yang di Sabah ???? klau mau perintah sendiri. Naaaaa kita sudah silap ba... jgn dimusnahkan perpaduan yang ada . Paluiiiiiii kamu ni orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan cakap palui sama orang ma,masa itu diaorang janji 20 perkara(bukan sikit) maa,sekarang mcmna?diaorang memang tida mampu maa,kalo masa tu tida jadi...kita lagi kaya dari diaorang tau..jangankan jalan betingkat kau tu,lima tingkat pun boleh buat tau!(lagi tinggi dari rumah kau)tengo saja singapore..apapun saya salute semangat lupa sejarah kau tu,ada sekolah ka?

      Delete
    2. mungkin ic ko ne pon dari projek ic,ka ko memang tiada ic ne?

      Delete
  14. Pairin pun mau projek juga.. mau cari makan ba.. Tapi yg sial dia, loan pula, interest dia macam along mungkin. Mana kita tau.. Tapi kalau rakyat Sabah tidak sedar juga,.. bankrup ba sabah tidak lama lagi... ni orang semua lari p Australia.. Rumah pun sudah ada di sana...

    ReplyDelete
  15. BN kasi loan... bila Sabah boleh bayar balik? Mcm kasi ikat kuat, smp nda kasi lepas.

    ReplyDelete

Search This Blog