"Kerajaan yang dipimpin oleh UMNO tidak serius menangani isu pendatang asing di Sabah" |
By Luke Rintod of FMT
KOTA KINABALU: Rakyat Sabah marah dengan sikap ‘acuh tak acuh’ pemimpin-pemimpin Kerajaan Persekutuan menangani isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri itu.
Pengerusi Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah, Dr Jeffrey Kitingan berkata kalau betul sudah setuju kenapakah Perdana Menteri (Datuk
Seri Najib Tun Razak) dan timbalannya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) teragak-agak untuk mengumumkannya ketika mereka berada di Sabah baru-baru ini.
“Kalau mereka sudah bersetuju sejak Februari lagi kenapa begitu lambat umumkannya? Mana garis panduannya (TOR), siapa ahli-ahli RCI itu dan bila mereka akan memulakan kerja mereka menyiasat hal ini dan juga pemberian MyKad kepada para pendatang ini,” soal beliau ketika ditemui FMT di sini hari ini.
“Soalan-soalan ini mesti dijawab, mereka mestilah lebih spesifik dan jika Kerajaan Persekutuan jujur sepatutnya ada pengumuman awam dibuat dan penyiasatan RCI mesti memberikan jawaban dan penjelasan sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).
“Jika tidak, mereka tidaklah jujur dan orang akan cakap mereka mahu sembunyi sesuatu untuk digunakan dalam PRU13 nanti. Ada khabar angin dan laporan baru-baru ini bahawa ada lagi MyKad diberikan kepada para pendatang di Sabah.
“Kenapa kerajaan teruskan Projek IC ini jika mereka prihatin terhadap keselamatan negara dan kebimbangan rakyat Sabah terhadap pengambilalihan Sabah oleh orang asing?,” tanya beliau.
Tidak jujur
Sementara itu timbalannya Daniel John Jambun yang juga pengerusi Common Interest Group Malaysia (CigMa) menyifatkan pengumuman itu sebagai ‘seperti melepaskan batuk di tangga’ dan tidak jujur.
“Kenapa pula berdolak dalih kalau sudah setuju sejak Februari lagi, tahun ini? Apa ini? Jelas tidak jujur dan seperti ada ‘udang di sebalik batu.’ Main-main kah? Ini soal kedaulatan Sabah dan keselamatan generasi kami,” tegas Jambun.
Sementara itu sorang bekas ketua “think-tank” Parti Bersatu Sabah (PBS), Dr Libin Kutup Rampasan yang menetap di Amerika Syarikat sekarang tetapi kini berada di sini kerana melawat sanak saudara, mempersoal kejujuran Kerajaan Persekutuan dalam hal RCI.
“Saya tidak fikir mereka serius dalam menyiasat kebanjiran pendatang asing di Sabah dan pemberian MyKad kepada ratusan ribu pendatang ini,” katanya sambil menambah Pusat kelihatan teragak-agak dan seperti mencari alasan untuk mengelak.
“Mereka seperti mengelak tanggungjawab walaupun masalah ini sudah menghantui rakyat Sabah sejak sekian lama. Jangan-jangan RCI nanti hanya mengabui mata saja.
“Rakyat Sabah sudah tentu tidak mahu RCI ini menjadi seperti suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock atau pun seorang pegawai SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) Ahmad Sarbaini hari itu,” katanya merujuk laporan siasatan dua kes kematian misteri yang tidak memuaskan banyak pihak.
Seorang aktivis masyarakat Paulus Ghani juga ragu-ragu apakah Kerajaan Pusat benar-benar akan membongkar isu kebanjiran pendatang haram di Sabah dan pemberian MyKad kepada mereka.
Siasat dari segala sudut
“Kalau RCI betul-betul ditubuhkan untuk menyiasat hal ini, mereka mestilah menyiasat dari segala sudut dan membongkar siapakah dalang-dalang di sebalik kebanjiran pendatang Filipina dan Indonesia di sini,” katanya.
Semalam di Dewan Negara, Nazri juga berkata kerajaan sudah memulakan proses bagi menyediakan TOR suruhanjaya siasatan tersebut bagi memastikan semua masalah berkaitan PATI di Sabah ini dapat diselesaikan secara komprehensif.
“Terma-terma rujukan suruhanjaya itu perlulah menyeluruh dan tidak hanya terhad kepada aspek siasatan,” katanya ketika menjawab soalan Senator Paul Kong Sing Chu (BN-MCA) dari Sabah yang ingin tahu status terkini RCI.
Nazri dalam jawapannya berkata RCI itu juga meliputi aspek keselamatan, sosial, ekonomi dan alam sekitar. Katanya, ini bagi membolehkan suruhanjaya mengemukakan cadangan penyelesaian yang berkekalan.
Katanya lagi, kerajaan Persekutuan akan mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada kerajaan negeri Sabah dan pihak-pihak yang berkenaan.
haiyaaa susah lah sabah ini macam..
ReplyDelete